Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Sabtu, 26 Mac 2011

Sekali Sakit Selamanya Sakit

Sering kali aku termenung....kenapa masih ada yang terus mengutuk....sedangkan tahu ia berdosa....tahu menyakiti hati orang itu dilarang ALLAH....ku coret kali ini bukan nak kutuk sape-sape....tapi satu ku harap...perubahan demi sebuah persahabatan....sedarlah bila kita menyakiti hati orang...ALLAH akan membalasnya....bagi aku...kutuk ialah perkara biasa dalam hidup aku...tapi aku pantang bila org kutuk aku dgn bende yang sama...bila orang kutuk kawan baik aku....bila orang kutuk kuarga aku....aku betul2 pantang...dan aku akan pergi meninggalkan mereka ini....kerana bagi aku orang mcm nie...tak layak dijadikan kawan....dan selepas tu jgn salahkan aku bila aku buat sesuatu yang membuatkan orang terasa...kerana prinsip aku cukup mudah....
Sekali Berkawan Selamanya Tetap Kawan....
tapi harus diingat...
Sekali Aku Disakiti Selamanya Tetap Sakit...


Selasa, 22 Mac 2011

Terakhirku Untukmu

Aku kembali lagi ke sini...
mencoret sesuatu untukmu...
gadis yang terlalu berjasa buatku...
entah dimana silapnye...
Kini semuanya telah menjadi kenangan...
Terindah dalam hidupku...
Selame-lamenye....
Namamu terpahat dihati...
Kenangan bersamamu tersemat dikalbu....

Tanggal 23 Mac nanti...
Kau akan menggenggam keputusan SPM...
Ku doakan agar kau...
Cemerlang dan Terbilang...
Amin...

Lapan hari berikutnya...
Tanggal 31 Mac nanti...
Ulang tahun kelahiranmu akan menjelma...
Sekali lagi...
Aku doakan kau akan terus berbahagia....
Bersama keluarga juga insane-insan tersayang...

Kucoretkan ini adalah terakhir dariku untukmu...
Ku harapkan coretan ini memberi seribu erti....
Untukmu juga untukku....
Terakhirku...
Ku doakan yang terbaik dalam SPM....
Ku ucapkan Salam Hepy Besday....

Coretan ini adalah coretan terakhir aku untuk Gadis yang terlalu istimewa buatku....Selepas ini tiada lagi coretan untuknya....Aku dan Blog mengucapkan
Salam Hepy Besday...Terbaik dalam SPM

Rabu, 16 Mac 2011

Tekanan Dihantui Kenangan..

Ketika tekanan menghantui diri...ketika itu datang kenangan bersama kawan2....indahnya bila bersama mu dulu...yang selalu ada menyokong dari belakang...sudi membantu bila diperlukan....tak banyak karenah tak byk alasan...itulah yang ku katakan dulu....anda adalah kawan terbaik tiada tandingan....tak pernah terasa bila dikutuk...kerana anda pandai mengutuk....masih jelas dingatanku....kata kata dari kawan baik aku....Hanafi dan Amir (3dinamik2006)...."Ciptalah kenangan baru dan usah terus berada dlm kenangan kita"....itu kata dari Hanafi....Amir pernah menulis msj kat aku yang berbunyi...."Sebijak mane pun orang itu akan dapat diperbodohkan jika diya mahu diperbodohkan"....Kini aku masih mencari teman yang sehebat mereka...sepandai Muhsin....Selawak Syafiq....Sebijak Syed...Sekreatif Syamil....Aku akan terus mencari....dan terus mencari kerana pada suatu ketika aku rasa aku dah temui pencarian ku....Tapi rupenya aku silap....Dan kini disaat aku terus dihantui dgn tekanan....tekanan dari kawan....tekanan dgn assignment n projek....kadangkala ia membuat aku lemah....tp dgn sisa semangat yang ada aku bangkit...bersama dgn Kenangan Bersama Mu yang masih jelas diingatan.....Bersama mu kawan SEKAMPUNG....kawan SEKELAS di SKPM dan SMKPM....juga anda yang masih menganggap aku KAWAN.....
=Sekali Berkawan Selamanya Tetap Kawan=

Isnin, 7 Mac 2011

Aku Bukan Boneka...Mula Bersuara

Dah lame aku tak update blog nie...ari nie ak kembali ke blog nie...untuk bersuara mempertahankan diri...mempertahankan diriku...pendapat dan macam2 lagi...untuk membuktikan yang aku bukan Boneka...Ye,dulu aku tak kisah sangat org nk kutuk aku...hina aku...selagi tak mencederakan aku...tapi semakin dibiarkan semakin melampau pula...semakin naik kepala...Korang buat aku macam tak ada perasan...suka hati bapak tiri laki mak diye jew....kutuk aku...kate macam2....Dulu,aku biarkan bukan kerana aku takut tp kerana aku tak nak lukakan hati sape2...aku nak anda selesa dgn aku...Tp korang ambil kesempatan buat sesuka hati korang...Nah,mula hari nie ak akan mula bersuara dan mula membuktikan yang aku bukan boneka...Tp ingat kalau aku tak suka kat seseorang tu...aku benci kat seseorang tu...aku tak kan cakap depan2...kerana aku tak bergaduh dgn sape...kerana diri aku berpegang kpd....
Sekali berkawan Selamanya Tetap Kawan...Tapi....Sekali Hati aku Sakit Selamanya Tetap Sakit...

Khamis, 3 Mac 2011

Jejak Kejuaraan Sukma

Sukma datang lagi...Sang Juara mahu menjejak kejuaraan lagi...Juara buat kali ketiga....Dengan logo baru dan semangat terengganu Nelang....Bulan jun nanti Kontinjen Terengganu akan menjejak kejuaraan ketiga berturut-turut Sukma yang berlangsung di Kuala Lumpur nanti...Kite Rakyat Terengganu,marilah kita sama2 berdoa agar impian ini menjadi kenyataan....InsyaAllah...Dibawah petikan Akhbar yang menunjuk kenyakinan Kontinjen Terengganu menjejak kejuaraan ketiga...

KONTINJEN Terengganu meletakkan sasaran 24 pingat emas pada Sukan Malaysia XVI (Sukma) di Kuala Lumpur, Jun ini dalam usaha mempertahankan kejuaraan buat tiga tahun berturut-turut dan yakin mampu berbuat demikian berdasarkan kepada ramai atlit berpotensi musim lalu masih kekal mewakili negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat yakin kontinjen negeri mampu mengulangi kejayaan gemilang dengan mencapai sasaran emas itu.

“Saya yakini keupayaan atlet kerana sebilangan besarnya memenangi pingat emas di Sukma Melaka tahun lalu masih bersama kita tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan logo baru Kontinjen Terengganu dan majlis penyampaian insentif skim kemenangan serta insentif skim wakil negara di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Terengganu, semalam.
Hadir sama Ketua Kontinjen Terengganu, Datuk Wan Ahmad Wan Muda dan Pengarah Majlis Sukan Terengganu, Zainal Abidin Husin.

Kontinjen Terengganu menggunakan logo baru tahun ini berbentuk penyu belimbing dengan slogan Terengganu Hanelang.

Rozi berkata, sasaran emas paling banyak dalam acara kanu (10 emas), basikal (4), judo (3), lawan pedang (2), masing-masing satu emas bagi bola tampar pantai, bola baling, futsal , ragbi dan sofbol.

Harapkan Impian ini menjadi kenyataan...Bersama kite menjejak kejuaraan Sukma buat kali ketiga...Doa seluruh warga Terengganu diperlukan....
Ganu Nelang Sokmo Boh....

Selasa, 1 Mac 2011

Superhero...(Perjuangan Demi Negara)

 Ini adalah skrip cerita ketiga aku...selepas Budang dan Balasan....anda yang berminat nak membaca skrip cerita yang lepas boleh search kat blog nie...Dan skrip cerita kat bawah nie adalah skrip yang ketiga yang diberi tajuk SuperHero....Skrip aku yang kedua yang bergenre Aksi Komedi selepas Budang...Aku pun tak nak cerita banyak2,korang bace ar lu dan komen....

SuperHero
(Perjuangan Demi Negara)

Kisah ini bermula apabila sekumpulan kawan lama(Aiman,Fahmy,Adam,Nuzdran,Amirul) yang berkumpul kembali ketika mereka sedang cuti semester.Pada suatu hari ketika mereka sedang bermain bola sepak,Amirul terpijak seekor kucing sehingga mati.Setelah berfikir mereka mengambil keputusan untuk menanam bangkai kucing itu.
    Setelah kejadian itu,Amirul mengalami mimpi aneh.Dalam mimpi itu,kucing yang dipijaknya datang mengucapkan terima kasih kerana telah membebaskannya daripada cengkaman seorang bomoh yang bersubahat dgn sekumpulan penyiasat daripada luar negara untuk mencuri sistem rahsia negara.Kucing ini juga menjelaskan bahawa dia sebenarnya kucing jadian milik bomoh itu.Untuk itu dia menghadiahkan sebilah Pedang Sakti supaya dapat menewaskan bomoh dan sekutunya.
    Beberapa hari selepas itu,ketika mereka sedang berbual sambil membaca akhbar,mereka terbaca berita tentang sekumpulan penyiasat dari luar Negara untuk masuk ke dalam Negara ini.Menurut berita itu lagi,mereka ini mahu mencuri Sistem Rahsia Negara.Amirul pun teringat akan mimpinya tempoh hari dan memberitahu kepada kawan-kawannya.Mereka pun bersetuju dengan cadangan Amirul untuk menyiasat berita ini.Hasilnya mereka dapati bahawa betullah ada sekumpulan penyiasat luar negara sedang berusaha dengan seorang bomoh tempatan untuk mencuri sistem rahsia Negara.
Bermula dari itu,dengan semangat patriotik,mereka cuba untuk menewaskan kuasa jahat ini dengan bantuan Pedang Sakti yang dapat menambahkan kuasa dan menjadikan pemakainya menjadi kebal.
    Akhirnya kuasa jahat itu dapat ditewaskan dan bomoh itu telah ditahan polis serta dituduh atas tuduhan cuba untuk mengkianati negara.Bomoh dan sekumpulan penyiasat ini akhirnya dijatuhkan hukuman di bawah akta ISA...Tamat..



Korang semua dh bace dah...Jadi sudi2kanlah komen untuk memberi lebih panduan dlm menghasilkan skrip di mase depan....InsyaAllah....

Selasa, 22 Februari 2011

Balasan (Setiap Pembuatan Ada BalasanNya)

Setiap kita usahakan pasti akan mendapat balasanNya....Dibawah ini adalah skrip cerita yang aku ciptakan sempena projek Audio Video....Tp skrip tidak dapat menarik minat kawan-kawanku....Jadi aku letakkan lah kt dlm blog ini....Tak lupa gak kpd Kawan2 aku yang berjaya dlm STPM,aku ucap Tahniah...Ingatlah Setiap Pembuatan yang kita lakukan akan mendapat balasanNya...
 
Balasan
(Setiap Pembuatan Ada BalasanNya)

Kisah ini mengisahkan kehidupan seorang pelajar Kolej hazman.Cerita ini bermula ketika Hazman sedang membaca akhbar bersama kawan-kawannya pada waktu makan malam.Tiba-tiba dia terbaca berita seorang gadis yang membunuh diri kerana putus cinta.Mereka pun mengulas berita itu.
    Selepas itu,mereka pun balik ke bilik masing-masing.Tiba-tiba,hazman sakit perut dan pergi ke tandas.Semasa dalam tandas,Hazman merasa ada sesuatu yang memerhatikannya.Tetapi,dia tidak memperdulikannya dan terus ke biliknya.
    Hazman masuk kedalam bilik dan tiba-tiba dia ternampak ada anak patung di atas katil.Tetapi sekali lagi,dia tidak memperdulikannya dan terus membuang anak patung itu.
    Keesokannya,Hazman pergi ke kelas seperti biasa dengan kawan-kawannya.Sering kali juga ketika didalam kelas dia merasa seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikannya.Hazman merasa pelik dengan keadaan yang menimpa dirinya.
    Pada waktu malam,ketika dia hendak tidur,tiba-tiba dia ternampak anak patung yang dibuangnya semalam berada di atas katil.Dia memegang anak patung itu dan berfikir kenapa anak patung masih berada di atas katilnya lagi. Secara tiba-tiba, dia teringat kenangan bersama kekasihnya bahawa dia pernah menghadiahkan anak patung kepada kekasihnya pada hari lahir kekasihnya.Tiba-tiba badan hazman berpeluh dan dia merasa seram lalu dengan keadaan tergesa-gesa dia membuang anak patung itu sekali lagi dan terus berselimut diatas katilnya.
    Keesokkannya,kawan hazman datang kebilik untuk mengajak pergi kelas.Kawannya terkejut melihat keadaan biliknya yang berselerak manakala hazman tiada didalam biliknya.Tiba-tiba,Hazman datang dari belakang mengejutkan kawannya.Keadaan Hazman yang lesu dan tidak bermaya menimbulkan kemusykilan kepada kawannya.
    Dengan keadaan yang berlaku kepada dirinya,Hazman tidak tahan lagi lalu menceritakan kepada kawannya tentang keadaan yang berlaku kepada dirinya.Kawan-kawannya juga pelik dengan keadaan yang berlaku kepada diri Hazman.
    Pada malam berikutnya,Hazman sekali lagi diganggu anak patung itu.Tetapi pada kali ini,anak patung berdarah dan memanggilnya “papa” membuatkan Hazman keluar dari biliknya dan berlari meninggalkan biliknya.Ketika berlari,tiba-tiba dia terserempak dengan anak patung yang sedang menangis lalu Hazman menukar arah lariannya.Ketika sedang berlari,dia terserempak pula kawan-kawannya.Dia beritahu kawannya bahawa dia sedang dikejar anak patung.Ini menambahkan lagi rasa musykil kepada kawannya.
    Keesokannya,dia duduk bersendirian dan berfikir kenapa dia mengalami gangguan demi gangguan.Tiba-tiba  dia teringat lagi kenangan bersama kekasihnya,dia teringat bahawa dia pernah terlanjur dengan kekasihnya.Kekasihnya mengandung tetapi dia tidak mahu bertanggungjawab dan mengambil keputusan untuk sambung belajar ke kolej ini.Dia merasakan mungkin ini punca segala gangguan yang berlaku kepadanya.Hazman tiba-tiba menyesal lalu berdoa kepada tuhan memohon ampun keatas dosa-dosa yang pernah dilakukannya.
    Hazman juga mengambil keputusan untuk kembali ke kampungnya bagi memohon kemaafan daripada kekasihnya.Sekembalinya dikampung,dia diberitahu oleh keluarganya bahawa kekasihnya baru sahaja mati dalam keadaan yang mengerikan.Berita ini memberi tekanan yang amat dasyat kepada Hazman.
    Seminggu kemudian,kawan-kawannya datang kebiliknya setelah seminggu hazman menghilangkan diri.Alangkah terkejut melihat Hazman bercakap seorang diri dalam keadaan gembira dan sedih.

Khamis, 17 Februari 2011

Kenangan Ber"Reunion"....

Bersama kawan2 perempuan...bekas pelajar Ting.5 2008....semua dh berubah...makin cute dan cantik....Menyesal tak adjust dari dulu....hahak

Syafiq tengah syok makan ayam...makanan kegemaran nie....Ayin pulak entah lah...trauma ke...?hahak

Inilah gambaran kenangan Reunion bekas pelajar Form 5...Tak lah bila kita sama berkumpul mcm nie lagi...
Reunion ini telah diadakan pada cuti Tahun Baru Cina baru2 nie....Walaupun sekadar 13 org yg join....sekadar suka-suka....tetapi cukup bg aku Kenangan Terindah pertama di Tahun 2011....Semoga kita jumpa lagi....Dan Ber"Reunion lagi.....InsyaAllah....

Rabu, 16 Februari 2011

Aku Tanpa Cinta-Mu...

Terasa indah bila berada di tepi pantai....Disitu boleh kita bermunasabah diri....Menginsafi diri....Kelemahan dan kekerdilan diri....Disisi maha Pencipta....Lagu Aku Tanpa Cinta-Mu....Nyanyian Mirwana dan Jay Jay...Bagiku mempunyai makna yg tersendiri....Mengajak kita sama2 bermunasabah....Ingatlah kita hanya insan biasa....Selalu buat silap....Marilah kawan-kawanku....Kita berubah menjadi Insan Kamil....Menjadi Muslim Soleh dan Muslimah Solehah....
Artist: Mirwana
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
Masa masih ada....dikala nyawa masih dikandung badan...berubahlah...jejakilah Al-Quran dan Al-Hadis.... untuk bekalan masa hadapan....dikala pintu taubat masih terbuka....Insya-Allah...

Isnin, 14 Februari 2011

Antara Syurga Dan Neraka


Inilah yg akan terjadi jika dibiarkan gejala sosial terus berlaku dalam masyarakat kita...ari ini cube kita lihat kalendar....ada sesetengah kalendar sengaja mencatat pada tarikh ari ini(14 feb) sebagai hari kekasih...perlu kah dibuat begitu....Apa kejadahnya ini...?Sesetengah kalendar seolah-olah cuba mempromosikan hari kekasih...Kenapa...?Lupekah kita tarikh ari kekasih ini lah Kerajaan Islam jatuh di Sepanyol dan gugurnya Lefternan Adnan dalam pertempuran dgn Tentera Jepun...Jadi wahai anak2 gadis dan jejaka islam Malaysia,ingatlah jika anda menyambut ari kekasih bermakna anda bergembira dgn kejatuhan Islam di Sepanyol dan Gugur seorang perwira Lefternan Adnan...Untuk itu bersamalah kita lupekan Hari Kekasih pada ari ini...
Jika anda tetap mahu menyambut Hari Kekasih,Maka anda telah menempah jalan ke Neraka...

Sebaliklahnya pilih jalan ke Syurga dgn berselawat ke atas Jujungan Besar Nabi Muhammad pada Hari Keputeraan Nabi Muhammad pada esok(15 feb)....Bersamalah kita berubah dan berselawat kpd nabi...Ingat sekali kita berselawat kpd Nabi,Allah dan Para Malaikat-Nya akan berselawat dgn 10 kali ganda untuk kita.
 Wahai teman-teman bersama lah kita hayati lagu ini....

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Anda Menyambut Keputeraan Nabi,Bermakna Anda Menempuh Jalan Ke Syurga

Khamis, 10 Februari 2011

Debaran Database Berakhir

Akhirnye berakhirnya debaran aku untuk memasuki kelas database....bkn ape,tiap2 kali bile waktu kelas nie...lecture wajib kn pelajarnye untuk bg tazkirah...Pagi tadi ketika waktu klas diye...nama aku tiba2 dipanggil utk bg tazkirah....aku pun melangkah maju kehadapan...bg sebijik dua tazkirah....nampak nak sangat...hahak..Tajuk tazkirah aku ialah masa...Pergh,dlm x sedar aku berjaya bg tazkirah dgn jayanya...mcm x caya jew....pape pun ari ini secara rasmi berakhirlah debaran aku untuk memasuki kelas database ini...Syukur kpda tuhan krn memberi semangat dan keyakinan untuk aku memberi tazkirah tadi...Pape pun aku nak ucapkan terima kasih buat kawan baik aku,Engku Nazrin krne bg idea dan semangat untuk aku memberi tazkirah ari ini....
Syukur Kepada Tuhan....Terima Kasih Kawanku

Isnin, 7 Februari 2011

Semangat Yang Hilang

Kembali lagi aku ke blog nie...dh lame ak tak update blog nie...bkn tak de ape yg nk dicoretkan...tapi...,entah lah...aku langsung takde semangat nak coret kt dlm blog nie...ari nie aku pakse diri aku untuk coretkan sesuatu kt blog nie...kesian lak tengok blog nie...berabuk takde sebarang coretan baru..yelah,blog nie bagi aku sangat penting....blog nie diciptakan di Perpustakaan Awan Negeri Terengganu dan dikembangkan di UniSZA... bermula dgn nama Salam Cecunario 3D pada pertengahan tahun 2009....dan berubah kpd Coretan Rasa Aiman Smkpm pada pertengahan tahun 2010...dan pada awal tahun 2011,nama blog ini berubah lagi dek satu tragedi yang berlaku dalam hidup aku...maka pada pertengahan Januari 2011,Coretan Rasa Aiman Smkpm dikuburkan dan ku lahirkan Jejak Aiman Smkpm...Tapi Semangat aku masih lagi hilang...puas sudah ku mencari...ku tinggalkan pesan...ku kirim mesej...agar dapat ku temui ....dirimu umpama sebutir permata...yang bersinar....Itu kata AXL’S...Tapi yang aku mahu ...satu jew ...semangat aku...Kembalikan semangat aku....
Ya Allah..Ya Tuhanku..
Kembalikan lah semangat aku
Untuk aku mencoret blog...
Untuk aku tumpukan
Pelajaran aku kat UniSZA ini...
Ya Allah...Ya Tuhanku..
Aku meminta kepada Mu...
Kerana Engkau tempat ku meminta..
Aku merayu kepada Mu..
Kerana Engkau tempat ku merayu..
Aku berdoa kepada Mu...
Hanya kerana Engkau...
Maha pemberi...Maha Pengasih...
Hanya Kerana Engkau...
Yang Mampu Memberi Semangat..
Amin...Yarolbal-alamin..

Selasa, 25 Januari 2011

Jejak Kenangan Semalam

Masih ku ingat...
Suatu masa...
Telefon ku berbunyi..
Menandakan mesej masuk..
Dari seseorang yg tak ku kenali...
Aku biarkan saja...

Tetapi...
Mesej itu tetap datang...
Aku cuba mencari kepastian..

Akhirnya..
Di bulan yg mulia..
Bulan Ramadhan...
Aku mendapat kepastian...
Mesej itu bukan misteri lagi...
Datang dari kawan aku sendiri..
Aku biarkan saja...

Tetapi..
Dia selalu prihatin kepadaku..
Mengambil berat tentang diriku...
Disaat aku sedang jatuh...

Bermula dari itu...
Persahabatan mula terjalin...
Dia menjadi pakar motivasiku..
Dikala aku hilang keyakinan...

Tetapi...
 Panas tidak berpanjangan...
Mahligai persahabatan mula bergoncang..
Dek sedikit perselisihan faham...

Namun..
Aku cuba untuk...
Mempertahankan mahligai itu...
Dengan memohon kemaafan darimu
Tetapi..
Kau hanya berserah kepada nasib...

Teman...
Maaflah kesalahan ku...
Tiada niat dihati ini untuk menyakitimu
Sedangkan nabi ampunkan umat...
Inikah kita manusia yang sering
Melakukan kesilapan....

Teman..
Ku perlukan
Sokongan semangat darimu
Untuk mencipta kejayaan yg lebih hebat lagi...

Sajak ini dicipta sebagai kenangan terhadap persahabatan aku dgn seorang teman....Sajak ini juga adalah sajak terbaru aku ditahun 2011 ini....

Khamis, 20 Januari 2011

Kembali Mencoret.............Jejak Aiman Smkpm.

Assalamualaikum....setelah hampir 2 minggu aku menghenti dan menutup sementara blog ini atas satu tragedi yg amat menyedihkan....Hari ini aku kembali mencoret untuk blog ini...Dan blog ini juga skunk tampil dgn imej baru...blog ini juga bkn berdiri atas nama Coretan Rasa Aiman Smkpm lg....tetapi Jejak Aiman Smkpm...Coretan Rasa Aiman SmkPm telah ku kuburkan bersama tragedi 11.1.11...dan ku lahirkan Jejak Aiman SmkPm bersama dgn semangat baru drpd kawan2...sahabat2...juga seorang Kawan Baik aku.....walaupun bergitu bile terkenangkan tragedi nie...airmata aku dgn mudahnya akan mbasahi bumi....bile mengingati bahawe aku telah kehilangan Pakar Motivasi yg byk berjasa kpd aku....kehilangan seorang teman yang amat istimewa bg aku....Tp xpe lah...mybe ad hikmahnya...aku redha dgn ketentuan yg ditakdirkan Nya....Jadi bermula hari ini...jam ini...saat ini...blog ini kembali menemui anda dgn nama baru...Jejak Aiman Smkpm....akan mencoret jejak2 yg kutinggalkan...akan menjejak isu2 semasa yg berlaku dlm masyarakat kini....InsyaAllah...Aku juga ingin mberi krdit untuk Dhiya Nasuha...kawan baik mase SMKPM dulu atas kate2nye..."Mu nie terlalu ikut perasaan sgt...jgn lembik sgt...jgn jadi bapok"..Kate2 ini punca aku kembali meneruskan kembali blog ini... 
==Terima kasih Dhiya....==

Sabtu, 15 Januari 2011

Tulis curi2 kat blog si alip........

....................Kitew mulakan dengan assalamualaikum w.b.t......ehem2..............memandangkan blog ini hampir di tinggalkan oleh tuannyew, saya ingin menulis ckitlh papew kt cnie,,,hehe .....(padahal xdew apew pown sajew jew huhu)..........pada,sem lepas iaitu ketika saya dan alip berada di sem 3 saya pernah menulis satu tulisan kat blog diew nie....(sapew komen ngarut2 aq carik!!! hehe tadew laaa).....di ingatkan!!! penulis sekarang bukan ALIP AIMAN!!!!! budak oversea tulis hehehe...........
.....................Sekarang nie....si alip dalam keadaa tertekan,(ayat skema)bagai makan tak kenyang,tidur tak lena....tak tau laaa pasal apew.......memandangkan diew selalunyew menggunakan Laptop syer untuk menulis blog nyew...(sebab dier tarak broadband,xpelah pinjam jew laaa alip,hee~).....secara curik2 aq tulis sumthing laaa kt cnie...bley yer alip!!!! jangan marah ek!!!!! hehehehehehe....kesian si alip...huhuhu.......sekarang nie si alip kelihatan seperti biasa  tetapi dalam hati siapalah tahu kan,haha........sekarang nie dier ok laaaa...hehe......x nampak sedih g...haritu tengok cam nak nanges jew....hehehe..slalu syer tengok dier gosok2 matew dier...huhu....gatal kew alip!!!! hahaha....dier balik2 katew...tanak sambunglaaa...apewlaaa....hah!!! aq sambung blog ko!!! hahahahaha......jangan marah alip......syer kawan yg bek!!! hahahaha!!!!!.....ALIP JOM TENGOK CITER KOREA!!!!!KO TENGAH SEDIH KAN!!!!! JOM ARH!!!!! G BILIK WAN TENGOK CITER!!!!! BEZ2!!!!!! hehehehehe...cian si alip.....huhuhu......
........................Nasihat dari kawan satu U.........jangan tension2 alip!!!! pointer dah nek pg 3.25 banggew arh ckit!!!!... nie nak tension2 mende mu nie!!!!.........jangan tension alip!!!! pasnie aq nak bagi ko tension ntuk Projek 3d & audio video canew????? cube ko gtau aq!!!....sakit atiey aq xley bg ko tension!!!! cdey ko to x!!!!!.....marah nie!!!!...hehehehe.......
............hehehe...nak tulis sekejap jew sebenarnyew....hehehe.....tapi ambik masew lama pulak....hehehe....so selamat berjaya dalam idup ko alip hehehehe.....jangan tension2!!!! BUBYE!!!!!!!!!!.........jangan maraaa yew...hehehe....

Kawan si alip yang tulis!!!!!!

Rabu, 12 Januari 2011

Tragedi 11.1.11........Blog dihentikan?

Tarikh 11.1.11 iaitu semalam adalah satu tarikh yg istimewa bg sesetengah org...namun bg aku ia menrupakan satu tragedi yg amat dahsyat...dh lah pagi tu berlaku satu kejadian yg amat memalukan...mlm tu pulak lagi dahsyat....berlaku sedikit masalah dgn seorang gadis amat brjasa kpd aku...kejayaan di sem 2 n sem3 byk bergantung kpd sokongan smangat dari nye...masalah tu x perlu lah diciter kan...biar lah aku dan diye yg mengetahui...ape pun aku nk ucp time kasih kt diye krne masih sd mnjadi kwn aku walaupun brlaku sedikit peselisihan faham antara aku dan diye....Buat diyenya...jika diye sd mmbace coretan ini...aku ingin ucpkan..
    
Teman,
    Thanks masih sdi brkwn dgn ku
    Disebalik masalah yg melanda kite
    Thanks frenz....Frenz Forever....

Aku tak tau sama ada aku masih ada semangat utk meneruskan blog ini....atau pun menghentikan sahaja blog ku ini....atau mungkin blog ini akan berwajah baru....Tp yg pasti aku masih x brsemangat utk meneruskan blog ini...selepas tragedi 11.1.11....
Airmata Ku Mengalir.....Buat pertama kali di Sem Baru Tahun Baru....


Sabtu, 8 Januari 2011

Teristimewa Di Facebook

Dah dua coretan aku coretkan pasal isu-isu semasa dlm sukan....juga pasal bangsa melayu yg hilang identity...jadi hari nie aku nk kembali mencoret psl diri aku....yg kini berade di Semester 4 di UniSZA...dua tahun selepas meninggalkan laman sekolah menengah di SMKPM....tp hari ini aku tak nk coret psl UniSZA atau SMKPM...tp tentang seorang yg amat istimewa bg aku...tentang diye yg bnyk bantu aku...diye smakin hebat...semakin ber’IT’...Diye kini di Facebook...tanpa ku sedar diye dh add aku dan tanpa aku sedar juga aku dh confirm kn diye jd kwn facebook aku...membuat aku merasa facebook kini terlalu istimewa bkn lg Facebook laman kenangan ku....Biarlah kenangan tu pergi jauh2...biarlah aku menjadikn tahun baru nie lbih bermakna...lebih istimewa...apabila yg terismewa berada di facebook....Teristimewa untuk Gadis Specialku....Terima Kasih...

Rabu, 5 Januari 2011

Melayu Hilang Identiti

Aura tahun baru masih terasa....kini kite melangkah ke tahun 2011..semakin dekat kite ke tahun 2020....Tahun yg dikatekan kite akan menjadi Negara maju...Tp berbanggekh kite disaat kite menuju ke tahun wawasan....satu persatu identity bangsa kite hilang....

=Gadis Melayu=
Lihatlah anak gadis kite ari nie...tudung dh hilang di kepala....pakaian yg membaluti tubuh mereka bkn lagi baju kurung baju kebaya....rambut yg dulu hitam jd warna warni....subang yg dulu dipakai ditelinga kini pusat juga bersubang....dulu rokok sinonim dgn lelaki kini anak gadis kite pun merokok bro...Itu anak gadis kite ari nie...Tp bkn semua begitu...masih ada yg beridentiti melayu....kekal dgn kemelayuannye...gadis inilah yg ku cari...ku tabik...gadis2 mcm nie ku gelarkan Gadis Hebat Gadis Melayu Terakhir....Itu anak gadis kite...gadis melayu...Ape citer pulak Jejaka2 kite..
=Jejaka Melayu=
Jejaka melayu pun byk yg dh hilang identity...budak sekolah pun dh warna rambut....dibadan pulak ada yg bertatu....Jejaka yg sepatut memimpin si gadis ke jalan yg lurus tetapi dibawanya ke lembah kehancuran...si gadis pula bagai pak turut ikut je kate si jejaka...kononnya nk buktikan cinta...akhirnya berlaku lah perbuangan bayi...

Itulah keadaan Gadis dan Jejaka Melayu....semakin lame semakin hilang identity...tp jgn salahkn mereka kerana mereka tak bersalah....yg salah mak bapak mereka....aku sedih melihat ibu yg tak kisah anak gadis keluar dgn lelaki....dengan alasan “biarlah, mereka muda lagi”...aku juga sedih bila mak bapak hanya pandang anak2 mereka warnakan rambut...tak de mulut ke nk tegur...?Ape nk heran kn bile mak bapak pun 2 kali 5 dgn anak2....Bile mak bapak dh tak beridentitikan melayu...Melayu hanya pada nama....Tp bkn mak bapak jew yg salah...masyarakat juga bersalah....kerajaan juga bersalah....masyarakat hanye memandang bile anak2 melayu lelaki dan perempuan berdua2....tak mampu kh nk tegur...kerajaan jgn hanya pandai berdebat di Parlimen...buatlah sesuatu supaya tahun 2020...negara kite maju...bangsa Melayu kite masih Beridentitikan Melayu....InsyaAllah

Selasa, 4 Januari 2011

Salah ke Harimau Malaya..?

Selepas kejayaan Pasukan Bola sepak Malaysia...ramai yang mengambil kesempatan...macam2 cerita timbul...cuti x patut diberikan lah..dan macam2 lagilah....tp yg paling melucukan ialah apabila gelaran Harimau Malaya cuba dipolitikkan...apa citer nie bro...?Bukan ke Harimau Malaya adalah gelaran kepada Pasukan Bola sepak Malaysia dari dulu lagi...Kenapa sekarang baru nk dipersoalkan..?Tp lebih dasyat ada yg dh huru harakan mengatakan kerajaan dh tukar Harimau Malaya kpd Harimau 1 Malaysia...Ape nie bro..?Kepada pihak kerajaan,rasenya x payah lah nk tukar gelaran tu...kerana Harimau Malaya dan Harimau Malaysia merujuk kepada bende yg sama iaitu Pasukan Malaysia....Jadi x payah nk sensitive sangat...yg penting kite adalah 1 malaysia....Bersamalah kite 1 malaysia menyokong Pasukan harimau Malaya untuk mencipta kejayaan yg lbih hebat lagi...InsyaAllah...

Isnin, 3 Januari 2011

Suka Duka 2010...Harapan 2011

=Duka 2010=
Tahun 2010 baru je berakhir...baru 3 hari ia meninggalkan kite...mninggalkan seribu kenangan...pahit manis suka duka 2010 akn ditinggal dlm lipatan sejarah...yg akan dikenang selamenye...aku yg menghrpkan tahun 2010 brakhir dgn kenangan trindah...ber’bbq’ brsame kwn2...ttp sebaliknye brlaku...plan yg ku rancang brsame dgn seorang kwn...tdk trjadi kenyataan...entah apa yg trjadi...kwn yg ku percayai meminggirkn aku...aku plan dgn diye...diye bncang plan aku dgn org lain..keputusan yg dibncangkn aku diberitahu last minit...Tp....entahlah lantaklah aku mlas nk pikir buat skit kpale jew...
=Suka 2010=
Sebelum tahun 2010 berakhir...seluruh rakyat msia berpesta menyambut kejayaan Pasukan bola sepak Negara menjulang Piala AFF buat kali pertama...siapa duga kekalahan memalukan 5-1 kpd Indonesia dlm perlawanan perbukaan diakhiri dgn kejayaan manis menjulang piala....Hendak bergelar juara bukan mudah...tewas 1-5 kpd Indonesia membuat pasukan Negara dipandang sinis oleh jurulatih pasukan yg bertanding...misalnye jurulatih Thailand pernah brkate”jika Indonesia boleh mnang 5-1 dgn msia,jadi kami rase kami boleh mnang drpd itu”.Apapun itu cerita ketika diperingkat kumpulan....malah pengulas sukan RTM pernah berkate”Msia layak ke separuh akhir kerana bantuan Indonesia..dihrpkan selepas ini kita tdk menghrpkan sape2 untuk pergi jauh..”.Itulah rentetan peristiwa sebelum perlawanan separuh akhir...Di separuh akhir ,harimau Malaya btul2 mengaum setelah pelbagai kutukan dan penghinaan...menjadikan Vietnam sebagai mangsa...dan seterusnye membalas dendam tewas 1-5 kpd Indonesia di Final biarpun pelbagai provokasi dan usaha untuk melemahkan pasukan msia yg dibarisi pemain muda....Hari ini kite brgembira harimau  Malaya kini menjadi raja asia tenggara....memiliki pemain muda yg mantap di semua posisi....bermula di penjaga gol...Khairul Fahmi Che mat yg sentiasa tenang menangkis percubaan lawan...Muslim dan Fadli bagaikan kembar yg sentiase berkomunikasi mempertahankan bahagian penalty Negara....Safiq Rahim yg menggalas tugas kapten mampu membuat percubaan mengelirukan dari luar kotak penalty...Pasangan penyerang Negara amat unik....Norshahrul memiliki kepakaran mengelecek lawan disebalik Safee Sali memiliki penyudah yang amat berbisa....Itulah kehebatan pasukan bola sepak malaysia sekarang...Tp kehebatan perlu dihebatkan lagi untuk lebih berjaya di peringkat yg lbih tinggi lagi...InsyaAllah
=Harapan 2011=
Disebalik suka duka 2010 itu...ad satu kejayaan yg mmbuatkan aku tersenyum sehingga ari nie...kejayaan aku dlm Sem 3 yg amat mmbanggakan...disebalik kejayaan itu aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kpd kawan2 aku,keluarga,Gadis special aku....krn byk bg sokongan semangat sehingga mencipta kejayaan ini...Tahun 2011 ini,aku hrp aku dpt menempuh Sem 4 dgn tenang dan mampu menempa kejayaan yg lbih cemerlang...Secemerlang Team Malaysia di Piala AFF...InsyaAllah...

Rabu, 22 Disember 2010

Terindah Hujung Tahun..

Berakhir final exam...ingat nk sambung coretan kt blog nie...tp mase x mengizinkan krn terlalu sibuk nk bersiap nk ke Selangor...majlis perkahwinan abang...apapun ari nie ada sedikit mase untuk ak coretkan sesuatu kt blog nie supaya blog nie x lah 6pak berkarat dan berabuk...

=Majlis Perkahwinan Abang=
Hajat nk upload gmbor baru ar meriah skit tp keadaan brukband nie yg slow jd cancer jew lah...Tp apapun majlis nie boleh dikatekan meriah dgn satu bas org kg pelong ke Selangor pada 2 minggu lpas...Bg ak pulak sebagai Kenangan Terindah Hujung Tahun krn dpt bersama kwn beruti di Selangor...Fuh meriah bro...hahak...Dan hari sabtu nie Majlis Kenduri akan diadakan di rumah aku...jd kawan2 yg knl aku..dijemput datang untuk kite pakat makan dan eratkan persahabatan antara kite...

=Nor Fahmy Nurul Aiman=
Diselangor lah juga...di majlis perkahwinan ini persahabatan kita menjadi erat...Nor Fahmy Nurul Aiman....bg ak pulak bermulalah persahabatan ak dgn Nor sepupu aku sendiri...sebelum ini hanya knl tp x pernah berbual mesra tp pernah brmsj...Itulah takdir tuhan...Takdir juga menjalinkan persahabatan aku dgn Nurul...Dan khadiran Fahmy bg tahu mengamatkan lg suasana dgn lawak bodohnye...Itulah yang Aku namakan sebagai Terindah Hujung Tahun...

Khamis, 4 November 2010

Terakhir Sebelum Final Exam

Terakhir sebelum final exam...apa maknanye tu..?Maknanya coretan hari ini adalah coretan terakhir aku kat blog nie sebelum aku menghadapi final exam...bermakna selepas ini aku akan menghentikan sementara coretan aku kat blog nie bagi memberi ruang untuk aku bersiap sedia untuk berjuang dalam Final exam nanti....InsyaAllah selepas final exam nanti aku akan kembali mencoret...
Sebelum
Memandangkan hari ini,hari terakhir minggu study...lepas tu cuti pulak 2 minggu...lepas tu barulah bermulanya Final Exam...bukan final Piala Malaysia...Tu dah lepas dah....Tapi penyokong Kelantan masih meraikan kejuaraan itu...Tak apalah,tak kisah...Jadi sebelum Final exam nie...elok rasenya aku mengucapkan Terima Kasih dan memohon Maaf kepada mereka yang berkenaan...Terima Kasih ku ucapkan buat Faisal Aziz kawan aku kat UniSZA....Diye lah kawan yang banyak ajar aku mengenali menatang ape lah Photoshop tu...ku sangkakan kedai gambar,rupenye...lu pikir lah sendiri...hahak...Tak lupe gak buat Safwan Matnor....Terima kasih mempercayai aku...Dan sebelum mengakhiri segmen mengucapkan Terima Kasih nie...aku nak lah jugak ucap terima kasih buat kawan aku kat UniSZA nie,Syakir Mat Yusof...yang boleh aku label Pakar lawak...Tapi tak lah sehebat SENARIO atau pun JOZAN tapi cukup membuatkan aku terhibur...tp kadang-kadang lawak diye menambahkan tekanan kepada aku....Terakhir nya semua budak2 Multimedia dan Matlumat,terima kasih....Berakhir segmen mengucapkan Terima Kasih...beralih pulak segmen memohon maaf....seperti biase....dalam nak final exam nie kan....aku seperti biase nak susun lah semua jari yang aku ada nie nak mohon maaf kepada kawan-kawan aku khususnya Budak Multimedia dan Matlumat... juga buat semua kawan2 kat UniSZA....Kat SMKPM....Kat Politeknik....Kat IPTA IPTS...Kat IPGM....Buat semua aku memohon seribu kemaafan seandainya selama kita berkawan...atas salap silap yang pernah aku lakukan....Harap dimaafkan...Amin...
Final Exam
Terasa baru je memasuki semester 3 nie...tiba-tiba dah nak Final Exam dah...Semester 3 aku mula dengan harapan baru...mahu mencari sinar...kini aku telah peroleh sinarnya....Ku temui segala pencarian ku..Final Exam yang akan ku tempuhi ini aku harap aku dapat keputusan seperti mana yang aku targetkan....Tewas dalam Final Exam semester 1 kan ku jadikan sejarah dan kenangan tak berulang lagi....InsyaAllah...Kejayaan final Exam semester 2 kan ku jadi kan panduan untuk ku mencipta kejayaan yang gemilang...InsyaAllah...Tetapi kejayaan Final exam semester 2 tak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan semangat dari keluarga dan kawan2....terima kasih buat Qamar gadis Pahang dan Eyla sepupu aku kerana mengembalikan semula semangat aku selepas tewas dalam Final Exam semester 1...Terima kasih juga buat Gadis Special yang selalu memberi sokongan semangat sehingga tercipta kejayaan ini....Final exam semester 3 pula akan ku pastikan kau dapat ku tewas...Amin....
Final Exam Tunggu..!!! Aku Cabar Kau..!!!!

Rabu, 3 November 2010

Musim Boh...Dulu...Kini...Selamenya...

Sekarang nie di negeri kelahiran aku...Terengganu sedang memasuki musim hujan...atau orang ganu panggil Musim Boh...Bagi aku bile masuk je musim boh nie...aku akan menjadi pendengar setia Radio...sebab dapat tahu kawasan yg kene banjir...pas tu dapat jadi macam mami jarum...penyampai cerita cepat dari berita...hahak
Dulu
Dulu musim boh di terengganu sgt best...asal musim hujan je...mesti org tangkap ikan air tawar...pas tu mesti ar ad banjir...kalu dah banjir mesti ada org main air banjir...yg best nye bkn budak2 je main air tp mak bapak budak pun main air gak...dah nampak macam pesta dah...
Kini
Kini musim boh tak se best dulu...sebab sekarang nie ikan air tawar dah tak berapa nak ada...sebab paya dan parit...baruh dan lubuk ikan dan jadi tapak rumah...tp banjir masih ada sebab kalau tak ada banjir tak de org ganu panggil musim boh...Musim nie jugak masih macam pesta mcm dulu...tp kempunan nak makan ikan air tawar....
Selamenya
Selamenya musim boh akan ada di terengganu...sehingga lah kiamat...tp aku tak pasti sama ada anak cucu cicit kita masih kenal ikan air tawar atau tidak...aku juga tak pasti sama ada musim boh nie masih jadi pesta atau tidak...
Semoga ada perubahan yang lebih baik untuk generasi akan datang...
InsyaAllah....Assalamualaikum...

Selasa, 2 November 2010

SMKPM Tentang STPM

Tepat pada tarikh 23 November 2010,kawan2 aku di SMKPM yang berada tingkatan 6 atas akan berjuang dalam STPM...Aku juga akan bersama mereka jika aku menyatakan untuk terus kekal di tingkatan 6 dulu...Apa pun kita bukan doraemon yang ada mesin masa...juga bukan Axl yang selalu berharap Andai Dapat Ku Undur Masa....Jadi sekarang aku hanya mampu berdoa dari jauh....semoga anda semua sukses selalu....dan dapat menggegar dan menentang dengan bergaya...Dapat menentang STPM dengan bergaya dan seterusnya menggegar SMKPM dengan kejayaan yang gemilang....InsyaAllah....
Sekadar Hiburan,aku sertakan dua buah sajak yang aku ciptakan khas sewaktu aku meninggalkan SMKPM dulu....Dan aku telah ubah sajak ini untuk sesuaikan dengan keadaan sekarang...

Ku coretkan puisi ini
Kerana ku rasakan perlu
Untuk ku sampaikan
Terima kasihku buatmu
Teman-teman
Tingkatan 6 bawah
SMKPM 2009....

Kerana...
Disaat pertama kali
Aku menjejak kaki
Ke Tingkatan 6 bawah
Aku dihimpit tekanan

Namun....
Disaat aku berkenalan denganmu
Tekanan itu tiba-tiba hilang
Cahaya kegembiraan
Kini datang memancarkan sinarnya.

Teman....
Disaat aku merasakan
Kita akan terus bersama
Berjuang dalam STPM
Tiba-tiba....
Datang guruh berdentum
Membuatkan aku tersedar
Kini...Aku ada pilihan
Antara kekal atau pergi

Walaupun aku terpaksa pergi
Berjuanglah kau di sini
Terima kasih
Atas semangat dan harapan
Yang telah kau beri
Akan ku kenang
Selamanya....

Sajak ini ditujukan khas buat mereka yang pernah mengenali aku semasa berada di Tingkatan bawah di Smkpm dulu....pada sebulan di bulan Jun 2009....Dan sajak dibawah ini pula ditujukan khas untuk Smkpm dan Tingkatan 6 atas SMKPM 2010...

SMKPM...
Setahun aku pergi
Masih segar kenanganku
Pahit manis ku tempuhi
Berada dilaman mu...

Dilaman mu...
Aku mengenal erti kegagalan
Dan kejayaan...
Aku kenal erti pertemuan
Dan persahabatan

Namun...
Walaupun aku disini
Telah ku siapkan
Barisan pejuang era baru
Yang akan terus berjuang
Memastikan namamu terus bersinar
Di medan pendidikan nasional...

Teman-teman
Tingkatan 6 atas SMKPM 2010
Kaulah pejuang era baru bangsa
Berjuanglah dan gegarkanlah Smkpm
Dengan kejayaan menawan STPM
Demi keluarga,Negara dan agamamu
Yang tercinta.....InsyaAllah...

Akhirnya....dari jauh aku berdoa....dari dekat kau berjuang....untuk kejayaan gemilang SMKPM....InsyaAllah.....Assalamualaikum....

Isnin, 1 November 2010

Assignment Buletin Fakulti


Setelah berminggu-minggu bekerja keras...hampir bergaduh sesama sendiri...akhir siap assignment nie...gambar diatas adalah cover depan Buletin group aku...yang dianggotai oleh Safwan,Syakir n Faiq...Tugas aku dalam menyiapkan buletin nie adalah mengarang berita n mencipta sajak...Tugas yang lain aku serah kn kpd yg pakar...Apa pun Syukur krn aku n kawan berjaya siapkan assignment nie...moral dlm menyiapkan assignment...KERJASAMA DAN PERSEFAHAMAN...

Khamis, 28 Oktober 2010

Gadis Special Gegar SPM..

Dah tak sampai sebulan je lagi...Exam SPM akan bermula tepat pada tarikh 23.11.2010...Bila sebut je SPM aku teringat lak kepada Gadis Special aku...Psl diye akan ambik SPM gak....Tp dh lame betul aku tak coret psl Gadis Special nie...Hari nie aku mencoret psl diye untuk aku mengucapkan Salam Perjuangan Buat Gadis Special ku kerana ku rase perlu...kerana sewaktu aku di Sem 2 dulu,gadis nie lah yang byk tolong aku sehingga aku mencipta kejayaan yg cemerlang lak jugak di Sem 2....
=Buat Gadis Specialku=
Aku ingin ucapkan salam perjuanganku
Buat mu...
Buat yang terbaik..
Aku akan terus menyokong mu
Kau Usaha....Aku Sokong....Kita Berdoa....Kejayaan Milikmu

Berakhir Minggu Memenatkan...Salam Final Exam

 Berakhir Minggu Memenatkan
Dah lame rase aku tak update blog...yelah terlalu byk keje yg perlu diberehkan....Nie lah org kate jgn buat keje last minit....Aku lak kate cmner tak buat last minit pasal byk sgt keje...Tp tak pe lah,ari nie hari terakhir minggu kuliah...minggu dpn dah study week...pas tu lak cuti 2 minggu dan baru final exam...Hebat betul UniSZA cuti dulu baru exam...memahami keadaan pelajarnya...hahak...Tp bila diingat permulaan minggu nie,penat betullah...Ahad present isnin test selasa present (sepatutnya) rabu present...pergh,boleh dikatakan minggu present...Tp tak pe lah semua tu markah tu...tp kadang-kadang keadaan mcm nie membuatkan ramai kawanku kt UniSZA tension dan stress...termasuklah aku...pape pun redha jew lah...

Salam Final Exam
Berakhir minggu nie...melangkah minggu dpn dah study week...lepas cuti 2 minggu...bermula lah Final Exam...jd aku ingin memohon maaf kepada semua kawan-kawan aku kat UniSZA nie kalau2 selama kita berkawan ada salah silap yang aku lakukan...Ingat aku insan biase...miliki naluri yg sama...selalu buat silap...Tak lupe kpd kawan2 blogger,ampun maaf dipinta seandainya selama aku mencoret,ada coretan yg membuatkan anda terasa...Terakhir buat semua kawan2 aku kat UniSZA,aku ucapkan
Salam Final Exam...Buat yang Terbaik..UniSZA Cemerlang...
Bereh boh....Assalamualaikum...        

Selasa, 19 Oktober 2010

Bertudunglah....Gadis Islam Malaysiaku





Cuba hayati gambar ini dan anda akan mengetahui kenapa Islam menyuruh kaum wanita untuk bertudung atau pakai hijab kepala...So,sebelum terlambat marilah kita sama berusaha untuk melihat Tudung masih dikepala kaum wanita Islam kita...Suami menyuruh isteri bertudung....Isteri menyuruh kawannya bertudung...Ayah menyuruh isteri dan anaknya bertudung...Yang lelaki menyuruh teman wanitanya bertudung...InsyaAllah sehingga Malaysia menjadi negara maju pun,wanita islam malaysia masih bertudung...amin...Bersama kita realisasikannya....Wanita Islam Malaysia Masih Bertudung 2020...InsyaAllah Amin...

Rabu, 13 Oktober 2010

Baju Rasmi Multimedia

 Permulaan yg baik...jika tiada aral melintang budak-budak multimedia (DTMM) akan memiliki baju rasminya tak lama lagi...Baju nie sebenarnya idea daripada Faisal Aziz yang sememangnya pakar bab2 design mendesign nie...

Ini adalah gambar penuh baju ini...

Semoga kehadiran baju ini menambahkan lagi pelajar multimedia untuk belajar dan mencipta kejayaan untuk masa depan UniSZA dan negeri Terengganu serta Malaysia..

Facebook Laman Kenanganku

Kite manusia...hanya mampu merancang dan terus merancang....tapi tuhan jua yang menentukan...Coretan Rasa Aiman Smkpm blog yang ku ciptakan ini bertitik tolak daripada Idea aku dan Syed untuk mengabungkan kembali awok 3Dinamik2006...tetapi idea itu tidak terlaksana hingga sekarang....kini syed dgn blognya dan aku dengan Coretan Rasa Aiman Smkpm....Bukan untuk terus berada dalam kenangan tapi menjadikannya semangat untuk terus maju dihadapan....Sungguh aku tidak percaya kini aku mempunyai laptop...Aku yang dulu jahil I.T kini ada Friendster...ada Facebook....ada blog...study dalam bidang Multimedia....Itulah sebenar bila kenangan dijadikan semangat untuk melangkah maju kehadapan....Tapi kadang-kadang kenangan itu membuatkan kita sedih...lemah bila membandingkan kenangan lalu dengan keadaan kita sekarang....Facebook sering membuatkan aku didatangi kenangan demi kenangan....kadang-kadang ada kawan yg bertanya bila aku lama memandang sesuatu gambar di Facebook,ko teringat kawan ko ea..?...lalu di curahkan dalam blog....Maka pelbagai komen dan kutukan datang...membuatkan aku berhati-hati dalam menulis blog...tidak terlalu dengan kenangan dan tidak terlalu peribadi...kini Coretan Rasa Aiman Smkpm sebagai ruang untuk aku meluahkan apa saja yang ku rasa perlu diluahkan....Sekadar Kenangan demi mencipta kejayaan....Assalamuaikum...

Selasa, 12 Oktober 2010

Pelong Kampung ku....Di Facebook

Ketika aku mula bergiat di Facebook dulu...aku tak jupe kawan kampung aku...tp setelah sekian lama makin ramai awok pelong di Facebook...lalu aku terfikir untuk menyatukan awok pelong di Facebook...lalu aku ciptakan S.T Pelong Club...tp club nie tak dapat bertahan lama kerana aku kurang berada di kampung kg...lalu aku "mendelete" club nie...tp sebenarnya tujuan asal aku untuk menyatukan awok pelong dah tercapai...tp bukan di S.T Pelong Club tp di S.T Pelong Terengganu (STPT)...Aku ucap salam memimpin buat tuan presiden STPT...
Ini kemeriahan kampung Pelong...gambar nie dirakam ketika musim wau yang lalu...betapa meriahnya jika awok kita saling menghargai setiap persahabatan yang terjalin antara kita....

Siapakah jejaka hensen ini.?..ini awok pelong yg kini berada di sebuah IPTA di Kuala Lumpur untuk dididik menjadi Cendiakawan Ulung suatu hari nanti...InsyaAllah...
Apapun itulah sedikit kehebatan dan kemeriahan kampung pelong yang dapat dicoretkan...
Pelong Kampung ku...Di Facebook...Pelong Terbaik...

Isnin, 11 Oktober 2010

Dari perspektif haiwan dan manusia..

Inilah manusia yang di berikan fikiran dan akal tetapi sanggup menikam kawan dari belakang.Mereka ini hanya mementingkan kepuasan dan keegoaan masing -masing.

Tapi binatang yang tak di beri akal tapi tahu menilai persahabatan...

Kite..?dimana kite dalam melayari persahabatan...ingat persahabatan lebih bermakna dari sebuah percintaan...So,hargailah persahabatan terjalin...bagi aku sekali aku sekali berkawan dengan seseorang selamenya dia tetap kawan aku walaupun si dia mungkin dah luperkan aku....Assalamuaikum..

Khamis, 7 Oktober 2010

Ku Temui Damai Abadi..

Dah lama aku tak coret pasal diri aku kat blog nie...asyik coret pasal diri orang je...diri sendiri pun dah tak terjaga...macam2 jadi kat aku sepanjang aku berada di sem 3 nie...masalah kecil,besar semua ada....orang astro kate macam-macam ada....dulu setiap masalah yang melanda akan ku coret dalam blog...tp sejak aku mendapat kegembiraan di UniSZA nie....sejak aku coret coretan Semangat Baru..Bangkit Semula....aku seolah tak bernafsu lg untuk mencoret segala masalah yang menlanda....aku dilanda masalah kekurangan idea...padahal banyak masalah yang aku hadapi...laptop masuk virus...pendrive hilang....tak dapat balik rumah setiap minggu...exam berlambak-lambak....assignment kene rejek...tp entah macam mane aku tak terfikir pun nak coret dalam blog....blog ku coret kisah tak penting...kisah orang dah lupekan aku....Kadang-kadang aku terfikir buat apa lah aku coret kisah orang yg dah lupakan aku...lupa jasa aku pada dia....tp aku tak kisah semua tu....biarlah diri dia dgn dunia dia....Tp suatu hari nanti aku akan pastikan dia akan terkejut melihat aku...sekarang dia boleh kutuk...mmg aku tak pandai bak kate Ella ku tak pandai bermadah berseri....tp ada ku kisah...kerana kini aku telah temui semula rentak aku...identiti aku....yang hilang setahun yang lalu...ku temui segala pencarian yang ku cari...pakar lawak...gadis putih...tempat belajar yang unik...tp semua tu tak sama yang telah aku ada....lawak mereka tak selawak syafiq dan syed...putih mereka tak seputih munirah...seunik tempat belajar tak seunik SMKPM...Orang kate patah tumbuh hilang berganti tp yang tumbuh tak akan sama dengan yang patah...yang berganti tak akan sama dengan yang hilang....tp kini hakikat aku telah temui damai abadi yang ku cari...ku temui segala pencarian...walaupun tak sama tp cukup untuk membuatkan ku damai di sini...semoga kawan2 aku kat SMKPM...Politeknik...IPGM...atau dimana saja andai berada....aku ucapkan salam persahabatan...damailah engkau di sana....Assalamuaikum....

Selasa, 5 Oktober 2010

CoREtAn SabaH MarI BAh......

Pada hari ini saya ingin menceritakan perihal kawan saya aliff.....saya berasa berbangga pada hari ini kerana diberi peluang oleh alifff untuk mencoret sesuatu(sebenarnya nak tulis menulis tapi aliff x bagi)....saya bertemu aliff pada tahun lepas iaitu tahun 2009 pada sem 1...ketika itu dia sedang berdiri di hadapan lab komputer bersama dengan seorang lagi rakan yang tidak diketahui namanya......saya merasakan aliff ni seorang yang sombong dan mengada-ngada(hahahahahahahaha!!!).....saya tidak berapa mengenalinya pada sem satu kerana pada ketika itu dia tinggal di blok yang berlainan (saya blok lama...sedih giler arhhh...dier plak dapat blok baru...).......aliff pada ketika itu tidak bergaul dengan rakan sekelas nya termasuk saya....apabila masuk sem 2 perangai aliff sama saja seperti sem satu mengada-ngada.....pada ketika itu..satu lawatan ke les copaque di shah alam(les copaque tu syarikat yang hasilkan animasi upin ipin) telah diadakan bagi pelajar-pelajar course multimedia di Universiti darul iman( sekarang universiti sultan zainal abidin)....pelajar multimedia cuma dikenakan bayaran sebanyak RM 5 sahaja...namun aliff dengan lagak sombongnya mengatakan dia ada exam koko pada hari sabtu....(macam lah saya n my pren xda koko pada arie tu.....dah lah koko aq pagi jam 8!!!)...so dia x pegi........sangat sombong nya aliff pada ketika itu....namun!!!! apabila masuknya sem 3......ALIFF!!!!! pun pindah masuk blok lama ngan kitorang(padan muke ko aliff).....pada ketika itu saya masih lagi belum mengenalinya.....pada 1st time assignment kitorang diberikan iaitu assignment efek gambar....aliff pun meminta tolong saya untuk mengajarnya mengedit gambar dan dia telah meminta video photoshop dari saya...(bangga aq alifff hahahahah riak sungguh aku)........dan dari situ saya mengenali aliff....aliff mula diterima atau menerima kitorang dan kini saya sedang mencoret sesuatu di blog nya dan dia sedang melihat POST ini dicoret(paham-paham jelah).....sekian dari saya!!! SABAH MARI BAH.....HAHAHAHAHA

Jaguh Sukma Rentap PMR

Dah lama blog nie tak mencoret tentang Jaguh Sukma...Layalia Rameli...Dulu kisahnya pernah dicoret dalam Coretan Khas:Terengganu Juara Sukma...Jadi hari ini aku ingin kembali mencoret tentang jaguh sukma ini...dalam coretan hari ini yang bertajuk  Jaguh Sukma Rentap PMR...bukan nak coret pasal apa..cume sekadar nak hulur Salam perjuangan dari seorang kawan kpd kwn...buat Jaguh Sukma ini yang akan merentap dalam PMR tak lagi...Semoga dia dapat mengenggam kejayaan dalam PMR sebagaimana dia mengenggam kejayaan dalam Sukma di Melaka baru-baru ini..Supaya Negeri Terengganu Berjaya menjadi negeri terbaik dalam PMR juga...bukan setakat UPSR sahaja terbaik....
Untuk itu tidak adil aku hanya mengucapkan Salam Perjuangan kepada Jaguh Sukma ini sahaja...lebih afdal aku memanjangkan Salam perjuangan kepada seluruh Pelajar tingkatan 3 di Terengganu ini....Sekali lagi blog Coretan Rasa Aiman Smkpm mengucapkan Salam Perjuangan kepada anda yang akan berjuang dalam PMR yang akan tiba tidak berapa lama lagi...InsyaAllah
Anda Usaha...Saya Doa...PMR Berjaya di Rentap....
Bereh...Assalamuaikum salam perjuangan...

Kenangan PMR 2006

Hari ini dah masuk hari kelima kita berada di bulan Oktober...bulan exam PMR..bila masuk je bulan nie aku tiba-tiba teringat kepada Kenangan 3Dinamik2006...Kenangan PMR 2006....Kenangan bersama kawan-kawan bersedia dan berjuang dalam PMR...Aku pulak yang selalunya akan mencipta sajak untuk majalah sekolah sanggup berhenti mencipta sajak pada tahun tu untuk bersedia menentang PMR...Yang paling seronok tahun tu pakar lawak selambe 3Dinamik2006,Syafiq yang masih kekal membuat lawak selambenya sehingga membuatkan pakar rentap 3Dinamik2006,Muhsin tertekan ketika dalam proses persediaan menentang PMR...Tapi ketika berjuang dalam PMR lagi dasyat...Hari tu seorang pengawas peperiksaan masuk jaga periksa...diye boleh pulak duduk kt tingkap belakang kelas...tingkap tu pulak dah lah tercabut,jadi angin yang bertiup membuat diye tertidur....Jadi apa jadi....jadi aman lah kami...hahak...Itulah kenangan terindah mase PMR dulu...rasenya awok 3Dinamik2006 masih ingat lagi kenangan tu...Jadi Coretan ini di coretkan bukannya apa sekadar mengingati kenangan untuk awok 3dinamik2006...dan sebagai pengajaran buat bakal pengawas peperiksaan PMR 2010...Bereh Assalamuaikum...

Isnin, 4 Oktober 2010

Bila Aiman SMkpm Beramal..

 Barisan Sukarelawan UniSZA di Asrama Darul Falah....Bakal menjadi penulis Skrip terkenal suatu ari nanti... Nak kenal mereka jom kite berkenalan dari atas kiri Syakir,Wahida,Safwan dan Aiman...Dan dihadapan lak macam tentera nie Fareha....

  Mereka sentiase ada bila anda memerlukan....

 Inilah jadinya bila berjumpa dengan kamera...macam2 posing daaa...

 Anak sapa lah nie...mengintai dari tirai tiang....

 Penganti Man Kidal dalam mimpi...

Kesepakatan Junior dan Senior...



Gambar-gambar diatas diambil sewaktu aku dan kawan2 di UniSZA menyertai majlis amal di rumah anak Yatim Darul Falah...Mulanya aku tak nak pergi kerana nak balik rumah tp ajakan dari kawan-kawan membuatkan aku pergi...Best dapat beramal sambil mencuci mata dan dapat makan free....Save bajet...hahak...Inilah jadi nya Bila Aiman Smkpm Beramal...Assalamuaikum

Khamis, 30 September 2010

Bile Aiman Smkpm Melukis Komik...









Komik ini dilukis sebagai memenuhi assignment Seni Lukis dan Seni Reka semasa aku study sem 2 dulu...Diletak dalam blog ini sekadar berkongsi walaupun komik nie tak lah secantik mane kerana aku bukan pakar dlm lukis2 nie...Nak komen atau kutuk...sila lah....

Ahad, 26 September 2010

Kembalilah Kepada Allah...Kawanku

Lirik Lagu Wali Band – Tomat (Tobat Maksiat)



Dengarlah hai sobat

Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat


Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim


Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali


Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim


Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim


Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim


Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim





Walaupun lagu ini lagu Indonesia..Tapi lagu ini sebenarnya banyak mesej yg hendak di sampaikan...Aku sengaja meletak lagu ini kat dalam blog nie...untuk di jadikan pengajaran kpd kawan-kawanku...Aku sedar siapa aku tapi kita mesti saling menasihati...kerana kita kan umat terbaik...
Kepada kawan aku,hayatilah lagu ini dan berusahalah untuk berubah menjadi muslim dan muslimat yang lebih baik...InsyaAllah...Buang yang keruh,ambil yang jernih supaya jernih itu memudahkan kita menuju ke Syurga Allah..Bereh.
Kepada aku,berusahalah untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama...Bereh...Assalamuaikum..

Syed Saifullah Birthday..

Tinggal 2 hari lagi...Nama di atas ini akan bergembira sambut hari lahir...Aku sebagai kawan baikmu...Dari UniSZA ku ucapkan Happy Birthday...Bro,semoga panjang umur dan berbahagia di samping insan tersayang dan keluarga tercinta..
Syed Saifullah,manusia pertama yg menjadi kawan aku dari keturunan Syed...Dari 2004 hingga sekarang,jika aku terlanjur bicara dlm persahabatan aku merapat tangan memohon maaf...
Syed Saifullah,manusia pertama yang mengajar aku cara mengurus blog.Tanpa dia aku tak mungkin dapat mencoret blog seperti hari ini..Terima kasih bro...

Buat anda semua hargai kawan anda di saat dia masih bersama,jangan bila dia pergi baru menangis meraung meratapi kepergiannya..
Buat Syed Saifullah,Terima kasih kerana pernah menghiburkan aku...Kau Guru blog ku...Kau kawan ku...Kejarlah cita-cita untuk kau kerja Cinta abadi...Bereh...Assalamuaikum..

Khamis, 23 September 2010

Kenangan Raya 2010....Awok SmkPM


Bersama kawan2 memeriahkan hari Raya...Nak kenal..?Jom kite berkenalan dari kiri Zul,khadir,Yunus,syafiq Pakar Lawak bodoh,zuan,Syamil Bos Raya,Penulis Blog,Syed pakar lawak dan ayin trauma...Tak luper gak kamera-Man kite Yoe Qasar.....Indahnya kalau raya tu setiap hari...hahak...Apa pun Raya tahun nie dh berlalu...Semoga tahun depan lebih meriah lagi....InsyaAllah...

Selasa, 21 September 2010

Ampun kan Aku...Tuhanku

Raihan / Mega Utami
(CC / Abu Nawas & Farihin Abdul Fatah)


Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu



Kita sering meminta keampunan dari tuhan...Tapi kita sering mengulangi kesalahan yg sama...Selepas itu kita meminta keampunan lagi....Aku juga bergitu...Bila buat kesalahan yg sama...Aku meminta ampun...Tapi hati sering tertanya...Apakah tuhan akan ampunkan aku....Tuhan,aku tiada daya untuk menahan dari mengulang kesalahan yg sama melainkan daya dari-Mu...Apa pun Aku sering dan akan sentiasa berdoa "Tuhan,Ampunkan Aku..."Amin Yarobalalamin.....Assalamualaikum....

Kembali Mencoret...Suka Duka Harapan.

=Kembali Mencoret=
Setelah hampir dua minggu lebih ak menghentikan coretan dlm blog nie,hari ini aku kembali mencoret..mencoret untuk sebuah kebaikan..Setelah ramadhan pergi,syawal ku jejak dgn penuh keindahan...Syawal ku raya dgn penuh keindahan dan pelbagai kenangan terindah dpt ku ciptakan...Bermula dgn mengunjungi sanak saudara di hari raya pertama dan dgn raya di rumah Gadis Special di hari raya kelima...Terkilan gak rasa tak dpt beraya di rumah Gadis Melayu Terakhir...Tp tak apa lah mungkin ada hikmahnya.

=Suka Duka Piala Malaysia=
Semalam aku mengikuti perkembangan bola sepak malaysia...Pelawanan bola sepak Piala Malaysia yg semakin sengit..Aku adalah peminat setia Bola sepak Terengganu...Jadi aku dpt dua keputusan yang mengembira dan menyedihkan aku...Gembira apabila melihat Pasukan T.Team yg semakin meningkat naik..Dimulakan dgn kekalahan 3-1 dgn Selangor...Kebangkitan 4-0 ketika meratap Perlis dan T.Team meneruskan rentak kemenangan dengan menjadi meratap pula Juara Liga Perdana Felda United...
Itu T.Team,lain pula dgn Abangnya Terengganu...Semalam tewas lagi,selepas tewas perlawanan pertama dgn Pahang 3-1,seri dgn Sabah 2-2 dan semalam kecundang dilaman sendiri kepada K.L 1-0...Aku sebenarnya tertanya-tanya kemana hilang penyudah berbisa Manaf Mamat dan Ashari Samsudin...Perancang tepat Jossep Kalang bersama Tengku Hazman...Ketepatan Sepakan prcuma Zairo Anuar Zalani...Benteng Kental Terengganu Marzuki Yusof dan Kekebalan Penjaga Gol Kebangsaan Sarbiniee Alawee...Apa pun Aku akan tetap menyokong pasukan Terengganu pada waktu Menang dan Kalah...
Bangkit Terengganu...Go T.Team Go..

=Harapan UPSR=
 Hari ini bermula Peperiksaan UPSR...Anak Terengganu akan memulakan serangan untuk terus mengekal kejayaan dalam UPSR...Aku dan Blog ini mengucapkan Selamat Berjuang untuk Wira Ganu dalam UPSR...Semoga akhir tahun nanti,sekali lagi Terengganu di umumkan Negeri Terbaik Dalam UPSR buat Kesepuluh Berturut-Turut...InsyaAllah...

Khamis, 2 September 2010

Kenangan Kad Raya...

Terasa nk bg kad raya jew...Tp kpd sape lah aku nk bg....lg pun posmen dh x nk terima kad raya dh...hahak

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Buat Semua Kawan-kawan....I miss U....

Rabu, 1 September 2010

Coretan Terakhir...Salam Lebaran

Terakhir Di Bulan Ramadhan
Coretan ini terakhir di bln Ramadhan...Maklumlah skunk nie tinggal seminggu jew agi kite akn sambut raya...jd ak akn hentikan buat sementara coretan ak kt dlm blog nie...supaya dpt merebut pahala di malam2 terakhir ramadhan nie...dan utk ak bersiap nk sambut raya juga...Coretan Rasa Aiman Smkpm akn bersambung semula slpas raya nanti...Ok..kpd semua bersama kite merebut mlm lailatulqadar....jgn kite asyik dgn lailatulkamdar jew...bereh..
Kembali Ke Identiti Asal
Setelah 2 sem ak hilang identiti...ak x dpt menerima gaya hidup disini...Hari ini selepas nasihat drpd kawan2...kawan di SMKpm...kawan di UniSZA...Ak kini mule rasa gembira berada dgn kehidupan ak di sini...Alhamdulilah ak juge dh temui identiti asal ak...seorang yg nakal dan sporting...Mungkin berkat bln Ramadhan...Mungkin juga berkat penukaran nama UniSZA daripada UDM...Alhamdulilah...
First Time Main Futsal
Dalam bln Ramadhan nie jugak...Semalam,ak wat pertama kali main futsal dgn member2 sekelas...Yg best 2 main futsal kul 12 tghmlm....Hebat ak skunk...hahak...Dulu,Ramadhan 2007 first time ak kuar mlm...skunk ramadhan 2010 first time main futsal tengah mlm...Futsal sbenarnya memberi ruang untuk melepaskn rindu pade bola sepak...pada posisi penjaga gol...Dah lame sgt ak x menjaga gol...Dan semalam ak kembali ke posisi penjaga gol...Best sgt bile lepaskan tension bersama kwan2...Semoga Kite akan main futsal agi...bereh...
Rebah Dalam Gembira
Hari ini aku rebah...Rebah dlm gembira...Pendrive ak tiba2 buat hal...akhirnya terpaksa lah buat semula assignment yg dh ak wat...Tp nasib baik ad kawan yg sudi tolong...Terima Kasih kawan2 ku kt UniSZA..yg tolong ak tadi...aku betul2 terharu...Dulu ak jatuh tersungkur...skunk ak rebah dalam gembira...Syukur...Berkat Ramadhan...
Coretan Terakhir...Salam AidilFitri
Sebelum ak meletak noktah dlm coretan kali ini...di coretan terakhirku di bln Ramadhan ini...ak ingin ucapkan Salam AidilFitri Maaf Zahir Batin kpd semua kawan2 ku....dkt UniSZA...kt SMKPM...kt Kg Pelong...Khusus kpd kawan aku yg pernah tercoret dlm blog ini...ak nk mohon maaf jika apa yg ditulis...dicoret...membuatkan anda terasa...maafkan ak...ak insan biasa...Yang Terbaik Dtg Dari Allah,Yang Buruk Dtg Dari Diri Aku...Maafkan aku...bereh...

Label