Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Khamis, 22 Januari 2015

Kenangan 2014..Harapan 2015

Alhamdulilah aku kembali lagi ke blog aku nie..agak lama sebenarnya tak berblog nie..banyak hal yang berlaku menyebabkan blog ini agak kurang focus sikit..hari ini dah hampir sebulan kita memasuki tahun baru 2015…

Tahun 2014 telah pun meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan yang indah dan sebaliknya..kenangan ini yang akan mematangkan kita untuk terus melangkah mengenggam apa yang kita inginkan.

Peristiwa MH370..MH17 dan banjir besar yang melingkari calendar 2014 pasti menjadi kenangan yang tak mahu di ulangi lagi dengan izinNya. Namun peristiwa ini sebenarnya menyatukan kita tanpa mengira politik, agama dan bangsa..Kita membina semangat perpaduan atas dasar Negara ini kita punya..MH17 membuktikan bahawa Negara kita dihormati dari kawan dan juga lawan..kejayaan rundingan dengan pemberontak untuk ke kawasan kejadian MH17 membuka mata dunia…DS Anwar Ibrahim memuji DS Najib Razak atas kejayaan rundingan itu..Itulah sebahagian coretan peristiwa yang berlaku pada tahun 2014 kepada Negara kita…

2015 kita mengharapkan Negara kita terus melangkah menuju tahun wawasan 2020…namun beberapa melangkah tahun 2015..kita dikejutkan dengan kutukan lantang seorang yang mengaku Warganegara mengatakan Khutbah Jumaat mempromosikan keganasan…kutukan sangat mudah untuk dibalas sebenarnya..kerana jika sememangnya mempromosikan keganasan…Orang bukan Islam tidak akan duduk aman di Negara Ini sehingga boleh mengutuk kesucian Agama Islam.

Tidak cukup dengan itu..budaya K.Pop yang di agungkan oleh Warga Malaysia termasuk mereka yang bergelar pemimpin…akhirnya memakan diri..apabila dengan bangganya gadis Melayu Islam bertudung memeluk erat Artis Lelaki K.Pop..sedihnya melihatnya namun itu lah sebenarnya bila Dasar Kebudayaan Negara yang digubal oleh pemimpin terdahulu dikhianati


Ayuh..Usah diminta azab Tuhan dengan melakukan perkara yang dilarang Tuhan..namun mintalah nikmat keamanan dan keberkatan ke Bumi Malaysia yang kita sayangi ini..

Label