Memulakan perjalanan sebagai Blogger pada bulan Jun
2009….dengan bantuan sifu blog Syed Saifullah pada ketika itu….dengan suasana
tenang di ruang membaca Perpustakaan Awan Kuala Terengganu….maka lahir blog
ini…dengan nama Salam Cecunario 3D….namun bukan mudah untuk memulakan sesuatu
yang baru….blog ini ibarat hidup segan mati tak mahu….tahun 2010 aku cuba untuk
memberi nafas….dengan beberapa pembaharuan cuba ku lakukan…menjenamakan blog
dengan nama baru…Coretan Rasa Aiman SmkPm….akhirnya aku Berjaya…dengan sokongan
kawan2….blog ini terus kukuh berdiri…namun panas tidak berpanjangan…memasuki
tahun 2011….aku dihujani dengan masalah2 peribadi….yang memberi kesan kepada
perjalanan blog ini….pernah suatu ketika aku menutup sementara blog ini….namun
berkat sokongan seorang kawan…aku membuka kembali blog ini…dengan wajah baru
nama baru….Jejak Aiman Smkpm….dengan harapan aku ketika itu….mampu memberi
semangat untuk aku….namun harapan tak sama dengan realiti….tahun 2011
sememangnya tahun yang penuh cabaran untuk aku dan blog ini….blog aku di
printscreen….serangan bertubi-tubi ke atas blog ini….namun aku bersyukur….aku
punya kawan….sebagai perlindung….sebagai semangat untuk aku meneruskan blog
ini…..dengan ujian,dugaan dan cabaran yang ditempuh….aku cukup yakin bahawa
blog ini sudah matang….dan akhirnya….sempena menuju ulang tahun keempat
penubuhan blog ini pada Jun 2013 ini….blog ini sekali lagi akan di jenamakan
semula dengan Jejak Aiman….tidak ada lagi nama Smkpm….kerana merasakan sudah
sampai masanya blog ini berdiri dengan sendiri tanpa nama Smkpm
lagi….perjenamaan semula blog ini akan melibatkan keseluruhan blog ini….dari
alamat blog ini hinggalah ke reka letak blog ini…..In Sha Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...