Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Ahad, 29 Disember 2013

Imbasan 2013....Harapan 2014

Tinggal beberapa hari lagi kite akan melangkah ke Tahun baru 2014....bermakna umur kita pun makin meningkat.....2013 kita tinggal dan 2014 akan kita jejaki....pelbagai perkara yang berlaku pada diri aku...dan juga negara aku sendiri...iaitu Malaysia...

Walaupun pelbagai perkara yang melingkari perjalanan kehidupan aku di sepanjang 2013....namun detik 31.10.2013 menjadi detik penamat segala kekecewaan dan kesedihan lalu...apabila aku menemui seorang gadis yang bersedia bersamaku melayari perhubungan dengan aku....

Semoga perhubungan yang dibina dari ketentuan Takdir ini terus berkekalan dan diredhai selalu....dan tahun 2014 yang menjengah tiba akan memberi sinar kebahagian yang berterusan kepada perhubungan yang dibina ini...Amin

Dan untuk negara tercinta aku....Negara Malaysia....aku sayangkan negara aku....walau berlainan fahaman parti politik.....Keamanan dan Kestabilan perlu dikekalkan....Peristiwa berdarah Pencerobohan Tentera Sulu perlu dijadikan iktibar agar ia tidak berulang lagi...

Ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada perlu disalurkan dengan cara yang betul....agar keamanan dan kestabilan Negara terpelihara....dan Kerajaan yang sedia ada perlu sedar dan berubah agar menjadi sebuah kerajaan yang Adil dan Saksama....serta perlu kembali kepada matlamat awal yang dicanangkan dulu iaitu Rakyat Di Dahulukan....

Jumaat, 22 November 2013

KEHEBATAN TAKDIR : Permulaan Sebuah Perhubungan

Selepas aku kehilangan seseorang yang pernah memberi semangat kepada aku pada Sem 1 dahulu....sehingga aku down di Sem 2....hari ini aku bersyukur aku dipertemukan Tuhan dgn seseorang yang boleh memberi semangat baru untuk aku bangkit kembali di Sem 3 ini....

Takdir tuhan menemukan aku dengan dia di sem ini adalah tepat pada masanya....ketika aku merancang untuk jadi sem ini sem kebangkitan aku....InsyaAllah semoge dipermudahkan tuhan.

Kisah aku dan dia berkait rapat dgn takdir dari Tuhan....kerana pada suatu hari aku terpandang dia...lalu dihati aku teringin untuk memiliki ikatan persahabatan dengan dia....selepas itu aku tak jumpa lagi dia..

Namun,takdir tuhan tak siapa dapat menghalang....group dia meminta pertolongan aku....aku rasa inilah masanya untuk aku memulakan....dengan sokongan sahabat aku....aku mulakan langkah perkenalan...dengan penuh kesyukuran aku bersyukur....langkah perkenalan aku diterima..lalu disitu bermulalah segalanya.

Tanpa ku sangka...bermula kisah aku dan dia....dengan takdir tuhan....membenarkan aku dan dia.....melayari ikatan persahabatan yang terjalin....berbual mesra....bergurau senda....menjadikan aku dan dia semakin rapat....semakin serasi......lalu terbina sebuah perhubungan....janji dan ikrar mula diukir....agar kisah ini terus berkekalan....selamenya

Dan pada tuhan....
Aku bersyukur kerana denganMu jua....
Perhubungan ini terbina....
Memohon agar 
Kau lindungilah 
Dan jagelah agar perhubungan yang terjalin ini....
Berada di landasanMu selalu....
Dan terakhir Terima Kasih Tuhan....

Dan kepada dia
Aku mengucapkan Terima Kasih
Kerana sudi bersamaku
Melalui
Ikatan perhubungan ini
Dan semoge
Ia kekal selamenya


= 31.10.13 ==AreFaa=

Rabu, 13 November 2013

Aku Yang Dulu.....Aku Yang Sekarang

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang.....
Dulu....
Aku tidak punya apa-apa...
Seorang budak kampung
Tak tahu apa-apa
Aku mengenali komputer masa umur 16 tahun
Dengan memiliki akaun MySpace....
Itupun
Bergetar tangan nak pegang komputer
Selepas diajak oleh kawan-kawan
Ke Bestari Dot Com
Sebuah pusat Internet percuma
Yang di sediakan oleh Kerajaan Terengganu
Memiliki telefon pada usia 18 tahun...
Itulah aku yang dulu....

Namun hari ini
Semuanya berubah
Aku memiliki blog sendiri
Dengan bantuan kawan baikku
Syed Saifullah pada tahun 2009

Berjaya melangkah ke Universiti
Menjadikan aku lebih banyak berubah
Loghat Terengganu yang pekat
Berubah menjadi biasa-biasa
Namun aku tetap orang ganu boh

Memiliki Diploma Teknologi Multimedia
Dan sekarang Ijazah Pengajian Warisan
Di Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan
Menjadikan aku celik IT

Disebalik aku yang sekarang....ada insan-insan yang berjasa kepada aku...tidak perlu aku catatkan sorang2 kerana terlalu ramai mereka yang bergelar kawan kepada aku....cukup dengan ucapan TERIMA KASIH buat semer kawan aku di SMKPM 2004 - 2009 dan di UNISZA 2009 - 2012 serta mereka yang pernah mengenali aku di SABASUN HYPErRUNCIT Mei - Sept 2012 dan Jun - Ogos 2013 serta kawan2 aku sekarang di Universiti Malaysia Kelantan.....Terima Kasih Semua....



Selasa, 12 November 2013

Airmata Perjuangan....Sabasun HyperRuncit

Sebut sahaja nama SABASUN HYPErRUNCIT....pasti seluruh rakyat TERENGGANU mengenalinya...sebuah Pasaraya yang bersifat Islamik serta konsisten dalam melaksanakan Kempen Boikot Demi Palestin.....Dan aku juga pernah menjadi sebahagian daripada Keluarga Sabasun......dari bulan Mei 2012 hingga September 2012 sebagai Staff Customer Service dan pada bulan akhir Jun 2013 aku kembali lagi sehingga lah pada Ogos 2013 sebagai Staff S.P.u dan Staff S.S.B.....

Tetapi hari tak nak cerita pasal aku bekerja disini....yang aku nak cerita adalah Kisah Perjuangan Menongkah Arus Sabasun dalam menjadi Sabasun yang berdiri megah pada hari ini....

Kisah Sabasun bermula 18 tahun yang lalu....melalui pembukaan kedai yang kecil yang kini membesar sehingga sehingga memiliki cawangan kedua iaitu Sabasun HyperRuncit 2....(sila kilik untuk sejarah Sabasun http://www.sabasun.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=82&Itemid=62 )

Namun perjalanan Sabasun bukan mudah.....ada saja halangan dari pihak2 tertentu untuk menjatuhkan Sabasun....antara nya ada usaha daripada pihak2 yang berkuasa mahu membuang Parking Lot Jalan di hadapan Sabasun 1 dan mahu mengambil balik Tempat Parking Sabasun 1....Itu di Sabasun 1 belum lagi di Sabasun 2 yang agar keras usahanya dalam menjatuhkan Sabasun 2....

Membenarkan Giant dan Mydin membuka operasi di sebelah Sabasun 2 adalah satu usaha halus bagi menjatuhkan Sabasun 2....namun usaha mengambil balik tanah Sabasun 2 adalah usaha Terang-terangan bagi menjatuhkan Sabasun 2....

Jika Sabasun 2 mahu di ambil tanah.....dan kesannya jika tanah di ambil maka Sabasun akan di roboh....tetapi Alhamdulilah Sabasun 2 terus berdiri sehingga ke hari ini dan Sabasun 2 semakin pesat berkembang dengan pembesaran bangunan Sabasun 2....

Namun usaha yang seakan sama berlaku di Sabasun 1 apabila permintaan Sabasun untuk memperbaharui Lesen pada Januari lalu masih tidak diterima sehingga ke hari ini...iaitu saat coretan ini di tulis...namun bersyukur lah...sehingga ke hari ini SABASUN HYPErRUNCIT 1 dan 2 terus berdiri megah di Bukit Kecil Kuala Terengganu dan di Wakaf Tembesu Gong Badak.

Dan InsyaAllah...Sabasun akan membuka Cawangan ketiga tidak lama lagi....Bersama kite berdoa agar Sabasun terus berdiri kukuh disebalik usaha berterusan menjatuhkannya....semoga kepimpinan Sabasun....Mok su (Pengerusi Sabasun)...Abg Long (Pengarah Urusan)...Abg Ngoh (Pengarah Operasi) terus tabah dalam membawa Sabasun ke Puncak Kejayaan.....

Selasa, 5 November 2013

Kehebatan Takdir....Dua Hati Bersatu

Kehebatan Takdir

Selepas kekecewaan
Dalam soal hati yang lalu
Aku tekadkan pendirianku
Untuk tidak memikirkan lagi
Soal hati.....

Namun....
Takdir tuhan tidak siapa
Dapat menghalangnya
Dia datangkan seorang gadis
Yang akhirnya mengetuk hatiku
Untuk kembali berbicara
Soal hati....

Lalu aku mulakan langkah
Aku cuba untuk mendekatinya
Tatkala aku hampir gagal
Takdir Tuhan datang lagi
Menyatukan aku dengan dia

Bermula dari situ
Aku dan dia
Berkawan berkenalan
Mencipta pelbagai kenangan
Suka duka pahit manis

Kini…
Aku dan dia
Melayari perhubungan
Yang ditakdirkan ini
Dengan kebahagian

Dan…
Doa ku panjatkan
Kepada sang pencipta
Agar hubungan ini berkekalan
Selamanya..

Aku kembali bersajak hari ini....selepas sekian lama tidak bersajak....sajak ini seperti biasa diadaptasi daripada kisah aku dengan seorang gadis....aku harap perhubungan aku dengan dia kekal selamanya....Amin...

Jumaat, 25 Oktober 2013

Hikmah Perpisahan....Meraih Kegembiraan


Baru-baru nie aku terjumpa bende nie kat dalam beg aku....bende nie dibeli semasa aku pergi ke Muzium Diraja Kelantan bersama seseorang.....niat dihati nak bagi kat DIA...tp DIA tak nak....lalu aku simpan dan berhajat nak bg masa birthday DIA....tp tak sempat kerana DIA buat keputusan untuk tinggalkan aku..... 

Semua nie buat aku tringat kembali kenangan silam aku bersama dengan DIA....pada akhir bulan Oktober tahun lepas.....

Kenangan ini bermula disebabkan satu tugasan yang akhirnya membentuk sebuah perhubungan antara aku dan DIA...

Proses menyiapkan tugasan itu mencipta kenangan terindah antara aku dan DIA....Kenangan di Pantai Sabak....seterusnya KB Mall.....Muzium Perang.....Muzium Diraja....Muzium Kraftangan dan berakhir di Pantai Cahaya Bulan....yang pasti membuatkan aku terus mengingati Kenangan lalu...sebgai panduan untuk aku meniti perjalanan hidup ini.

Kenangan ini hanya mampu bertahan sehingga pertengahan bulan Januari tahun ini....sebelum berakhir dengan penuh tragedi.....yang membuatkan terus dilanda kesedihan.....

Namun....hari ini aku bersyukur....aku dipimpin....aku dibangkitkan dengan kata-kata nasihat dari Kawan-kawan.....yang akhirnya aku mampu bangkit....

Kini....aku mampu untuk kembali seperti dahulu.....kenangan bersama kini kusimpan sebagai satu lagi koleksi kenangan terindah dalam hidup ku.....

Dan hari ini juga...aku sekali lagi menadah tangan bersyukur....kerana hikmah dari Kenangan lalu...byk menyumbang kepada Kegembiraan ku hari ini....betul kata pepatah...."Tuhan amik sesuatu yang kita sayang sebab Dia nak bagi yang lebih baik kita..." 

Khamis, 10 Oktober 2013

Salam Mid Sem Semester 3




Alhamdulilah aku kembali mencoret di blog ini…..kini dalam tak sedar…aku berada di Sem 3 Umk….bila mengimbas kembali lalu….buat aku gembira sedih semua ada….Sem 1 aku lalui dengan penuh kegembiraan….Sem 2 penuh dengan kesedihan…..Sem 3 adalah sem yang akan ku cuba cipta sebuah kebangkitan….agar kegembiraan Sem 1 kembali…..



Kisah unik aku dengan EmiAzila….disamping persahabatan aku dengan Geng Gila Otak….Alif…Safiy…Adda…Nad…..Sue serta Geng Gangster Suhana….Double Mira…Kiza…dan Mali Amalina….menjadi pelengkap kehidupan aku di Sem 3 ini….untuk mencipta kebangkitan dari kesedihan lalu….
Namun kadang2 aku lemah bila melibatkan soal perasaan dan hati….kerana soal ini milik Allah…tidak pernah di rancang….dia datang membuatkan ku lemah….namun ku bersyukur….aku punyai pakar motivasi iaitu Suhana….sering membuatkan ku sedar….Terima Kasih….

Hari ini….di saat Sem 3 menghampiri pertengahan….dan 11 Oktober nanti cuti Mid Sem akan mengambil tempat…..aku ingin lupakan seketika soal perasaan dan hati yang kadang-kadang menganggu diri ku….untuk kembali ke matlamat asal ku….iaitu mencipta kebangkitan….

Dan aku juga ingin mengambil kesempatan buat semua kawan-kawan aku….EmiAzila….Geng Gila Otak dan Geng Gangster Suhana…..salam Mid Sem buat semua dan Terima kasih kerana menjadi Sahabat aku…Insan Kerdil yang lemah ini….yang paling special adalah buat EmiAzila….kenapa EmiAzila..?...kerana tanpa dia sedari…dia lah yang memberi kebangkitan selepas kekecewaan aku dalam soal hati lalu….sehingga aku dapat melupakan kisah silam bersilang kekecewaan hati yang lalu….


Sekali lagi…..kawan-kawanku….Terima Kasih dan Salam Mid Sem….

Jumaat, 4 Oktober 2013

UniSZA Tetap Terbaik

UniSZA tetap terbaik....itu yang dapat aku katakan selepas 3 Sem aku berada di Umk....aku juga menjadi bertambah rindu kepada UniSZA selepas makin ramai kawan-kawan aku...update status rindu kenangan di UniSZA....

Bagi aku...UniSZA lah membawa aku ke Umk....PN Fauziah,En Rizham dan En Mat Atar....mereka tiga pensyarah yang bersungguh-sungguh mahu aku ke Umk....sampai En Mat Atar sanggup Telefon aku...untuk pastikan aku ke Umk....sungguh Terharu....Buat mereka ini...aku akan buktikan aku tidak menghampakan mereka....

Buat kawan-kawan seperjuangan aku kat UniSZA dulu....aku bergitu merindui mu....Terima kasih banyak mengajar aku....Erti keyakinan...Erti Persahabatan....menyumbang ilmu yang membuatkan aku berdiri seperti hari ini....

Aku doakan agar korang semua terus cemerlang dan berjaya dalam bidang ditempuhi....dan harap walaupun jauh terpisah....semoga nanti kita akan kembali berkumpul seperti dahulu....makan di Restoren Syakirin....berFutsal di Arena....Menonton bola di Stadium....bermalam di Makmal Multimedia....dan banyak lagi kenangan terindah yang tak dapat aku lupakan.....kerana walaupun kita semua bergaduh sampai tak bertegur sapa....tetapi itulah pengajaran...kenangan yang akan mematangkan kita untuk terus melangkah di masa hadapan....In Sha Allah...


Selasa, 24 September 2013

Balasan Nafsu....Skrip Cerita Terbaru

Dulu anda mungkin pernah terbaca Skrip Cerita Balasan....yang pernah aku siarkan di blog kalu tak pernah jom klik di http://www.aiman-3dinamik2006.blogspot.com/2011/02/balasan-setiap-pembuatan-ada-balasannya.html .....dan kat bawah ini adalah kesinanbungan Skrip Cerita Balasan....yang diberi tajuk Balasan Nafsu.....tetapi Balasan Nafsu bukanlah menyambung Kisah Balasan tetapi mengisahkan kisah yang berlaku sebelum Balasan.....jadi kat bawah nie lah....skrip cerita Balasan Nafsu....jadi seperti biasa...anda adalah juri....lepas baca harap komen...untuk jadikan pengajaran dan panduan buat aku....Jom Hayati Kisah ini......

Balasan Nafsu

Balasan Nafsu adalah kesinambungan kisah Balasan yang menceritakan kisah Hazman yang sebelum dia memasuki Universiti iaitu ketika dia berada di kampung. Hazman adalah baru sahaja habis SPM dan dia cuba untuk mencari pekerjaan bagi mengisi masa lapangnya ini. Setelah puas mencari akhir dia diterima bekerja di sebuah Pasaraya.

Di pasaraya itu,Hazman telah berkenalan dengan Azlina. Perkenalan itu membawa kepada persahabatan yang amat rapat. Mereka mula datang dan pulang kerja bersama dan ini menimbulkan rasa curiga di hati Azrul yang dalam diam menaruh hati kepada Azlina. Pada suatu hari, Azrul telah memberi amaran kepada Hazman dan hampir mencetus pergaduhan tetapi dapat dileraikan oleh Azmir yang kebetulan melihat kejadian itu.

Selepas peristiwa itu, Hazman bertekad untuk meluahkan perasaan cinta kepada Azlina dan dia berjaya meluahkannya ketika dia membawa Azlina berjalan-jalan di pantai. Azlina menerima cinta Hazman dan membuatkan perhubungan mereka bertambah rapat sehingga ke pengetahuan ibu bapa mereka.

Suatu hari di hari lahir Azlina,Hazman datang ke rumah Azlina untuk meminta izin keluarganya membawa Azlina keluar.Mereka pun keluar dan Hazman membawanya ke pondok di tepi sungai. Pondok itu adalah tempat Hazman lepaknya bersama kawan-kawannya. Dipondok itu, Hazman telah memberi anak patung kepada Azlina tanda hadiah sempena hari lahirnya. Azlina yang terlalu gembira berdiri namun dia tergelincir dan rebah ke atas Hazman. Secara tidak sengaja mereka berpeluk dan nafsu mula mengoda sehingga mereka tewas.

Seminggu selepas kejadian itu,Azlina memberitahu Hazman bahawa dia takut dia akan mengandung kerana dia merasa lain pada badannya.Namun Hazman tetap menyakinkan Azlina bahawa dia tidak akan mengandung.Tetapi takdir tuhan tidak siapa dapat menghalangnya,Azlina akhirnya mengandung.

Azlina memberitahu kepada Hazman tetapi Hazman tidak dapat menerimanya malah dia menyuruh Azlina menggugurkan kandungan itu. Azlina tidak mahu menggugurkan kandungan itu dan mahu Hazman bertanggungjawab tetapi Hazman tetap dengan keputusannya.

Hazman yang dalam keadaan tertekan telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran tanpa memberitahu Azlina. Hazman juga telah meminta keluarganya agar tidak memberitahu sesiapa dimana dia menlanjutkan pelajaran.

Seminggu kemudian,Azlina cuba mencari Hazman setelah dia tidak dapat menghubungi namun dia diberitahu Hazman telah pergi melanjutkan pelajaran. Azlina kecewa dan telah menggugurkan kandungannya.

Sebulan selepas itu, Azlina diganggu dengan kelibat anak patung yang memanggilnya “Mama” ketika dia hendak tidur. Keadaan ini menyebabkan Azlina hidup dalam ketakutan yang akhirnya meninggal dunia dan mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan.

Macam mane....ok tak...?Seperti biasa lah aku selalu harapkan...setiap Skrip Cerita aku....suatu hari nanti akan berubah jadi sebuah Filem atau Drama....In Sha Allah....

Isnin, 16 September 2013

Jejak Kenangan Smkpm

Tiba-tiba aku terkenang KENANGAN di SMKPM....Masih jelas KENANGAN sewaktu aku mula2 melangkah kaki disini....CIKGU NAWAL menjadi cikgu pertama aku kenal...

KENANGaN ketika di 1 ETIKa...
Kisah aku dengan ASROL
Surat LAYANG aku dengan AININ SOFIYA
Semuanya bila di ingat....
Rasa KELakar pulak....


KENANGAN di 2 ETIKA
Kisah PERSAhabatan aku dengan AMIR dan AZWAN
Memberi aku PENGERTIAN tentang PERSAHABATAN....


KENANGAN terus berputar....Mengingati KENANGAN indah di 3 DINAMIK....Disinilah bermula KISAH CecuNario.....Bersama dengan SYED....FADZRIN....SYAFIQ....HISYAM....HANAFI....
Memberikan aku ERTI KESERONOKAN dalam belajar....
Disinilah aku mula belajar tentang LAWAK....
JUGA disinilah....Aku mula berubah menjadi seorang yang GILA-GILA...

4 BESTARI DAN 5 BESTARI
Juga memberi KENANGAN buat aku....
KENANGAN bersama MUNZIR.....AIZAT....DHIYA....MIRAH....ANIS....AMIR
Dan ramai lagi....
Terus melakari KEHIDUPAN di SMKPM....


Terlalu banyak KENANGAN disini.....Terlalu sukar untuk DILUPAKAN....Kerana TERLALU banyak yang aku belajar....LIMA TAHUN SEBULAN aku disini.....betul2 MEMATANGKAN aku


Dan hari ini...
Aku MERINDUI ANDA...
SAHABAt terbaik SmkPM....
Aku MENDOAKAN
AGAR anda semua....
Dari 1 ETIKA...2 ETIKA....3 DINAMIK....4 BESTARI....5 BESTARI...
Juga SEBULAN di 6 BAWAH BESTARI...
BERBAHAGIA dan di bawah PERLINDUNGAN-NYA selalu...
AMIN...



Cerita Kehidupan Ku

Ku luah kan
Apa yang aku rasa
Maafkanlah jika engkau terasa
Biar ku paparkan
Apa yang terjadi
Moga jadi pengajaran buatmu

Sungguh tak kusangka
Kau sanggup permainkan ku
Dalam diam kau menjauh
Tanpa aku menyedarinya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Dengan keputusanmu ini
Persahabatan kita
Akan terus ku kenang
Buat selama-lamanya

Kau bina mahligai
Dari airmata ku
Yang jatuh berderai
Dari keputusanmu

Walaupun
Rasa sebak dihati
Namun ku bahagia
Melihat kebahagianmu
Aku akan tetap di sini
Mengingati janji
Dan kenangan indah
Bersamamu teman

Tuhanku
Tabahkan hatiku
Berikan aku ketenangan
Agar dapat ku lalui
Dugaan dan cabaran ini

 Namun
Hari ini
Semakin jauh ku lari
Semakin dekat engkau denganku

Inilah yang dinamakan
Dugaan dan cabaran
Dalam kehidupan
Kerana kita

Milik Allah

Sajak di atas ini adalah diubah suai dari LAGU LESTARI....MAHLIGAIMU DARI AIRMATAKU....lagu ini bagi aku seperti menceritakan kehidupan aku....lalu aku edit dan ku jadikan satu sajak yang betul2 seperti kehidupan aku....Setiap kali juga airmata ku mengenang bila mendengar lagu ini....Sedih wooo....

Jumaat, 13 September 2013

Semester Baru Semangat Baru

Seminggu sudah aku berada di Sem 3 UMK ini.....
dengan berbekalkan semangat dari kekecewaan Final Exam Sem 2 lalu...
aku bertekad untuk mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kejayaan Sem 1 dulu....
aku tau bukan mudah kerana dulu...
aku memiliki seorang gadis yang selalu disisi....
memberi semangat dan harapan....

Walaupun kini....
Dia tiada lagi di sisiku...
Dengan semangat yang aku...
Akan ku cuba buktikan...
Bahawa aku mampu
Untuk berdiri sendiri....

Buat apa aku terus mengharapkan dia....
Yang akhirnya
Aku kecewa....
Dan yang paling menyedihkan...
Result Final Exam jatuh....

Kini....
Aku punya semangat baru...
Ku ingin lupakan soal hati
Untuk ku fikirkan soal masa depan
Kerana itu lebih penting....

Sekarang tidak kira....Lu Abg Long ka...Lu Ayahanda....Ini Sem 3 Gua Pegang

Rabu, 28 Ogos 2013

Maafkan Kami Saudaraku

Alhamdulilah...syukur kepada Allah...siap juga sajak terbaru aku....sajak ini adalah TRIBUTE untuk saudara-saudara kite di SYRIA...PALESTIN...dan MESIR....tidak perlu citer panjang2....jom lah kite hayati sajak ini...dan anda adalah juri serta dialukan untuk KOMEN...supaya sajak ini dapat dipertingkatkan lagi....InshaAllah....
Saudaraku….
Maafkan kami….
Ketika kamu ditindas di Palestin
Kami hanya mampu
Menadah tangan berdoa
Memohon agar penindasan itu berakhir…

Kami tidak mampu menolongmu…
Dengan perisai ketenteraan kami..
Kerana…
Ketenteraan kami tidak sehebat mereka..

Namun…
Kami tetap berdoa untukmu…
Kami menderma demimu…
Kami boikot barangan Amerika
Rejim Zionis Yahudi
Agar ekonominya runtuh…
Demi kemenangan mu…

Saudaraku
Maafkan kami
Ketika kamu sekali lagi
Ditindas di Syria
Kami hanya mampu memandang
Kerana…
Kamu ditindas oleh
Saudara seislam mu sendiri…

Namun…
Tidak kami berdiam diri
Doa dan sumbangan derma
Kami sumbangkan
Agar kamu kembali aman
Di Negaramu sendiri…

Saudaraku
Maafkan kami
Hanya doa dan derma
Mampu kami berikan
Ketika hari ini
Kamu ditindas pula di Mesir

 Maafkan kami Saudaraku
Saat kami akan bergembira
Menyambut Ulang Tahun
Kemerdekaan kami
Kamu terus ditindas
Di Syria…di Palestin…di Mesir


Maafkan Kami Saudaraku

Sajak ini adalah dicipta dengan gaya simple kerana ini adalah PEMBUKAAN untuk sajak-sajak yang berunsur PATRIOTIK dan ISLAMIK di masa akan datang....InshaALLAH....


Isnin, 19 Ogos 2013

SAJAK TERBARU : Disini Ia Bermula....Kisah Hati

Sebelum apa-apa...aku rasa masih belum terlambat...untuk aku ucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua pembaca blog JEJAK AIMAN ini....kerana kita masih berada di bulan SYAWAL....kembali aku ke blog ini...setelah lama tak update sesuatu kat blog ini....hari ini aku nak kongsikan SAJAK TERBARU aku yang bertajuk.....DIsini Ia Bermula....Kisah Hati....Jom kita hayatinya....IN SHA ALLAH....

Disini ia bermula
Ditakdirkan kita bersama
Untuk satu tugasan…

Bermula dari itu…
Kita semakin rapat
Suatu ketika
Awak ada masalah
Awak mengadu kat saya…

Awak kata
Dia sakitkan hati awak…
Dia dah bencikan awak
Awak menangis…
Takpelah awak
Saya ada di sisi awak
Beri awak semangat
Beri awak kenyakinan

Akhirnya…
Awak makin ceria…
Saya gembira…
Awak kata…
Saya lah punca
Awak ceria….

Saya dan awak makin rapat…
Makin serasi bersama…
Selalu bersama…
Mencipta kenangan terindah

Janji mula diukir…
Harapan mula disemai….
Agar kita terus berkekalan
Selamanya…

Namun….
Panas tidak berpanjangan
Awak mula berubah
Mula menyepikan diri

Saya anggap itu hanya gurauan
Tetapi itu lah hakikat
Saya dah hilang awak
Awak yang dulu…

Suatu hari
Saya sentap
Bila awak kata
Awak dengan dia dah baik…
Tapi saya tak kisah
Kerana saya
Hanya impikan persahabatan

Hari ini…
Awak dah lupa saya…
Tapi saya tetap ingat awak…
Awak persenda saya…
Saya sedih…
Awak bahagia dengan dia
Saya hanya memandang
Dengan hati yang calar…
Awak makin jauh dengan-Nya
Tapi saya selalu doa

Agar awak dekat-Nya

Disini Ia Bermula....Kisah Hati adalah sajak terbaru ciptaan aku....pertama kali aku mengunakan perkataan "Saya Awak " dalam sajak aku....Pembaharuan demi pembaharuan agar sajak aku lebih terkini....Sajak ini seperti biasa diadaptasi dari kisah benar....iaitu kisah aku sendiri.....Untuk itu, hayati lah dan ambil pengajaran dari yang tersurat dan tersirat dari sajak ini....IN SHA ALLAH....

Ahad, 21 Julai 2013

Bu-Dang 2

Bu-Dang 2 adalah kesinambungan SKRIP CERITA Bu-Dang yang pernah aku ciptakan masa aku study kat UniSZA dulu sebagai tugasan subjek PENULISAN SKRIP....jadi sebelum membaca SKRIP CERITA Bu-Dang 2 ini...bacalah dulu SKRIP CERITA Bu-Dang...dengan membuat carian kat dalam blog ini....dan kat bawah ini....adalah SKRIP CERITA Bu-Dang.....


Dan dibawah ini pula adalah SKRIP CERITA Bu-Dang 2...iaitu kesinambungan SKRIP CERITA Bu-Dang....jadi anda semua yang sudi membaca blog ini....adalah juri atau hakim untuk memberi komen terhadap SKRIP CERITA Bu-Dang 2 ini....dan aku kini adalah dalam usaha untuk menyambung untuk SKRIP CERITA Bu-Dang 3 pula.....

Bu-Dang 2
Bu-Dang 2 adalah kesinambungan daripada Bu-Dang.Kisah Bu-Dang 2 bermula selepas Hairi dan abangnya bebas dari buruan Ah long. Hairi dan Aiman mendapat tawaran untuk sambung belajar di sebuah Universiti di Kelantan. Manakala Daniel dan Zack kini menjual burger berhampiran dengan rumah Zack.
                Hairi dan Aiman kini belajar di Kelantan dan mereka berdua kini menjadi kawan rapat. Disana Aiman berkawan rapat dengan seorang gadis, Azira tetapi persahabatan mereka tidak disenangi oleh Hairi kerana Hairi tahu yang Aiman sudah punya kekasih iaitu Huda. Persahabatan mereka ini juga tidak disenangi oleh Azwan iaitu bekas kekasih Azira lalu Azwan merancang sesuatu bersama kawan baiknya Amir. Amir sebenarnya bekas pelajar yang dibuang kerana dia sebenar adalah ketua gangster.
                Di Bandar, Zack sebenarnya masih bersedih atas kepergian Hadaina dan asyik termenung mengenangkan kenangan dia bersama dengan Hadaina. Suatu hari datang seseorang yang memperkenalkan diri sebagai abang Hadaina, Amirun memberitahu Zack bahawa dia sekeluarga mahu menuntut bela di atas kematian Hadaina apabila mengetahui hanya Ah Long sahaja yang dikenakan hukuman manakala empat orang konco dibebaskan. Zack bersetuju untuk bersama dengan Amirun tanpa berbincang dengan Daniel atau kawannya yang lain.
                Di Kelantan, Hairi dan Aiman keluar ke pantai bersama Azira dan ketika sedang berbual mesra di tepi pantai datang Azwan dan Amir menegur mereka membuatkan mereka terkejut. Azwan dan Amir memberi amaran kepada Aiman dan Hairi agar tidak mendekati Azira lagi dan jika tidak diendahkan oleh Aiman dan Hairi,mereka berjanji akan melakukan sesuatu yang lebih dasyat lagi.
                Zack berbincang dengan Amirun serta seorang lagi kawan Amirun, Azuan untuk merangka strategi untuk membalas dendam. Mereka mendapat tahu bahawa konco-konco Ah Long kini berada di Kelantan lalu mereka merancang untuk ke Kelantan. Daniel sebenarnya sedar akan perubahan sikap Zack yang banyak berfikir dan tidak menumpukan perhatian pada peniagaan burger mereka lagi. Daniel cuba bertanya kepada Zack tetapi Zack hanya menjawab dengan “Aku sedang merancang sesuatu agar Ina tenang di sana” membuatkan Daniel tertanya-tanya.
                Dua minggu selepas amaran dari Azwan dan Amir, Hairi cuba mengajak Aiman berbincang mengenai kemelut yang dihadapi. Tetapi Aiman menolak kerana menganggap amaran dari Azwan hanya lah main-main.Berlaku perselisihan antara Aiman dan Hairi yang menyebabkan hubungan mereka renggang.
                Aiman dan Azira keluar bersama ke Pantai Irama untuk melepaskan tekanan belajar tapi dalam tanpa di sedari oleh mereka,pengerakan mereka diperhatikan dan diikuti oleh Azwan dan Amir serta konco-konco mereka. Ketika mereka sampai di pantai, mereka di serang oleh Azwan dan Amir serta konco-konco. Azwan menangkap dan membawa pergi Azira manakala Amir dan konco-konconya mula untuk membelasah Aiman.
                Tiba-tiba datang Zack dan Amirun serta Azuan yang sudah memerhati gerak geri konco –konco Amir yang sebenarnya adalah konco-konco Ah Long.Berlaku perang mulut antara mereka yang seterusnya menimbulkan antara mereka. Aiman yang sudah tidak berdaya hanya mampu melihat keadaan itu. Amirun dan Azuan sudah seolah tidak berdaya lagi untuk melawan konco-konco Ah Long lalu melarikan diri. Mereka cuba untuk membelasah Zack namun secara tiba-tiba datang Hairi dengan kuasa Budang menewaskan Amir dan konco-konconya.


                Selepas daripada peristiwa itu, Aiman meminta maaf kepada Hairi kerana tidak mengambil peduli amaran dari Azwan manakala Zack memohon maaf kerana terlalu mengikut perasaan sedihnya. Namun perasaan cinta dan sayang Aiman kepada Azira tetap tidak berubah walaupun kerana Azira dia hampir kehilangan nyawa. 

Aku berharap suatu hari nanti SKRIP CERITA aku ini...dapat ditukar kepada DRAMA atau FILEM....InShaAllah.....


Rabu, 10 Julai 2013

Salam Ramadhan....Salam Ulang Tahun Blogku

Coretan dibawah ini sepatutnya diterbitkan pada bulan Jun lalu...tapi kerana kesibukan aku...yang kini kembali semula untuk bekerja sementara di SABASUN HYPErRUNCIT...terpaksa dilewatkan terbitannya.....jadi hari ini juga kita menyambut 1 Ramadhan...jadi aku ingin ucapkan SALAM RAMADHAN buat semua pembaca setia blog ini...semoga RAMADHAN kali ini lebih baik dari tahun lepas...INSHAALLAH....

Pada bulan lepas iaitu bulan JUN...genaplah empat tahun blog ini....jadi aku dah sediakan coretan khas dibawah ini....sekadar mengimbas kenangan perjalanan blog ini....jadi jom dan selamat membaca semua...sebagai pengisiaan sambil berpuasa ini....hehe

Aku Blogger : Jejak Aiman.Blogspot  
Bulan Jun 2009 lahirlah blog aku ini….bermula hasil tunjuk ajar seorang sahabat…iaitu SYED…dengan nama Salam CecuNario 3D…..bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru…tapi apa pun 2009 ialah TAHUN KELAHIRAN untuk blog ini.
Memasuki 2010….aku kembali ke blog aku….dengan cuba untuk mengubah blog ini ke tempat yang terbaik….dengan nama baru iaitu Coretan Rasa Aiman SmkPM….akhir aku berjaya….menjadikan blog lebih baik dari sebelumnya…dan aku namakan tahun ini sebagai TAHUN PEMBANGUNAN untuk blog ini.
2011 adalah tahun yang penuh ujian untuk blog ini….yang sedikit sebanyak menjejaskan penjalanan blog ini….awal tahun ini….aku dihujani dengan kepergian seorang insan….yang akhirnya memberi kesan kepada blog ini….apabila aku mengambil keputusan untuk menutup blog aku….namun hanya seminggu aku buka balik blog….dengan nama baru iaitu Jejak Aiman SmkPM….selepas kata-kata pedas yang disulami dengan semangat dari DHIYA….menyentap semangat untuk terus berkarya dalam blog ini….Tahun ini juga blog aku diserang bertubi-tubi….apabila aku mengutuk orang yang pernah mengutuk aku….ketika itu blog aku di PRINTSCREEN….namun semua ini menjadi semangat untuk meneruskan blog ini….2011 adalah TAHUN UJIAN buat blog ini….
Memasuki 2012….penyakit malas mula melanda diri aku….malas untuk update blog….akhir blog dibiarkan tanpa entry terbaru berbulan-bulan….sehingga aku berkenalan seorang sahabat….HASLINA…sewaktu aku bekerja sementara di SABASUN…apabila aku update blog dengan tajuk…Kerana Dia Aku kembali….dan selepas itu aku cuba membuka lembaran baru kepada blog ini….dengan pembaharuan dalam segala hal…dengan nama baru iaitu Jejak Aiman.Blogspot…
2013….setelah empat tahun meniti perjalanan hidup…aku dan blog ini cukup matang…untuk meneruskan karya dalam blog ini….aku kini cukup berhati dalam karya aku….kerana prinsip aku hari ini ialah mahu semua happy dengan karya aku….walau aku mengutuk biar aku mengutuk secara berhemah….kerana bagi itu adalah cara terbaik….
Dan hari ini…kita sedang berada bulan JUN yang juga bulan KELAHIRAN blog ini…aku blog aku ini…JEJAK AIMAN.BLOGSPOT….terus berdiri kukuh…dan aku juga akan berkarya….dengan karya terbaik…yang mampu dijadikan pengajaran kepada semua pembaca blog aku ini…..InshaALLAH….

TERIMA KASIH….SALAM JEJAK AIMAN.BLOGSPOT

Isnin, 17 Jun 2013

REVIEW SEM 2 UMK : Dugaan dan Cabaran

Alhamdulilah...akhirnya berjaya juga aku lalui sem nie...walaupun byk cabaran dan dugaan tapi berkat sokongan kawan-kawan aku....samaada dari UMK....kawan-kawan aku semasa belajar di UniSZA dulu...dan juga kawan2 sewaktu aku bekerja di SABASUN dulu....

Memulakan sem ini dengan kesedihan....tapi mujur aku punyai kawan2 yang bagi aku semangat...ALIF ANUAR...SAFIY...SUE...ADDA....NAD....mereka sahabat di UMK...yang memberi aku semangat....agar dapat aku lalui sem ini dengan penuh kenyakinan....

Namun semangat dari dua org insan ini....WAHIDAH...sahabat aku dari UniSZA dulu...dan HASLINA...sahabat sewaktu aku bekerja di SABASUN betul2 membuat aku sedar...bahawa aku tidak harus terus berada dalam kesedihan...bermula dari situ aku cuba bangkit....untuk melupakan terus kesedihan itu...

Alhamdulilah...tuhan datangkan pembantu....takdir tuhan...aku berkenalan dengan EMI...perkenalan sebagai sahabat...sedikit sebanyak berjaya membuatkan aku lupakan kesedihan itu...dan aku terus melangkah kehadapan....

Namun....berlaku dugaan dan cabaran tanpa ku duga....kutuk mengutuk mengambil tempat....aku dikatakan macam2....dihina...dicaci...membuat aku rasa sedih dan kecewa....kadang2 juga buat aku keliru...mengapa dan kenapa ini terjadi...

Namun....semangat dari SUE....membuat aku rasa kuat....persahabatan antara aku dan ALIF ANUAR...SAFIY...NAD...ADDA...membuat aku rasa bahagia....disamping....persahabatan UNIK aku dengan EMI....dan hubungan aku dengan KAWAN SPECIAL ku...HASLINA....melengkapkan kebahagiaan aku....dan terus melupakan kesedihan lalu....


Sue...
Aku bersyukur...
Memiliki kawan mcm ko...
Tanpa ko sedari...
Ko buat aku kuat...
Untuk hadapi...
Dugaan dan cabaran...
Di Semester ini...
Terima kasih banyak2....

Sue...
Maafkan aku...
Jika ko ada terasa...
Aku hanya manusia biasa...

Dan untuk semua kawan2 aku...aku mintak maaf jika ada yang terasa dengan aku...aku hanya manusia biasa...tak dapat nak puaskan ati semua...aku tau ada yang terasa...bila aku menulis blog...dan tidak ada namanya...maafkan aku...itu bukan bermakna aku lupa...tapi ruang yang tidak cukup...jadi InshaAllah...nama anda akan ada di blog aku jugak...selagi anda kawan aku...Maafkan aku...khusus buat SUE..dan ADDA...jangan lah merajuk dengan aku...tak best lah...huhuhu...

Pape pun buat semua....SELAMAT BERCUTI DAN JUMPA LAGI DI SEM 3....



Ahad, 16 Jun 2013

Group Gila Otak....Sahabat Sejati


Bermula di UMK....tinggal sebilik semasa SEM 1 UMK...membuatkan kami berempat begitu serasi....mempunyai kepala yang gila-gila....membuat mereka yang bersama dengan kami geli hati...dan kadang2 ketawa tak ingat dunia....

Aiman Norman...berasal dari SELANGOR...memang mempunyai kepala yang gila-gila...seorang yang simple dalam semua perkara....termasuklah pasal cinta...Gua tabik Lu....

Alif Anuar....seorang lagi kawan aku...yang mempunyai kepala gila-gila...tp dia tak de lah se simple Aiman Norman....tapi selalu membuat kawan-kawan sekelas ketawa....lawaknya tidak dijangka...dan dia lah yang menggelarkan kami....GROUP GILA OTAK...






















Dan aku dan Safiy pelengkap kepada kepala gila-gila mereka...pelengkap kepada GROUP GILA OTAK agar mantap...dan mampu memberi mereka yang bersama kami...rasa bahagia...tak nak sedih2....

Namun...dalam mereka ketawa dan tersenyum dengan telatah kami...tapi tetap ada yang tak suka....tetap ada mengutuk...dengki dengan kami berempat....sehingga kadang-kadang kami terasa....tetapi kami bak kata Alif Anuar...Gua tak de hal lah bro...

Dan bagi aku...aku bertuah kerana ditakdirkan bersahabat dengan mereka ini...kerana aku juga mempunyai kepala gila-gila...dan ini membuatkan aku rasa ngam dengan mereka ini.....


Menyebabkan kami terus bersahabat...walau kadang-kadang terasa...kerana biasalah dalam persahabatan...kita kena menerima sahabat kita seadanya....




Itulah kami...berlainan negeri...KELANTAN...TERENGGANU...PERAK...SELANGOR...tetapi masih mampu bersama....berkongsi masalah bersama....sehingga masalah cinta mampu dikongsi....dan kadang2 loghat kami yang berbeza menjadi modal untuk mengenakan diantara kami....membuatkan persahabatan kami berempat tidak sunyi dari ketawa....dengan AIMAN NORMAN yang sifatnya yang SIMPLE....ALIF ANUAR dengan usahanya untuk bercakap LOGHAT KELANTAN....walaupun dia orang PERAK....

Semoga persahabatan kami ini terus kekal selamanya....walaupun kami suka menyakat dan mengusik kawan-kawan...serta kepala gila-gila...tetapi kami tetap memandang kehadapan....untuk menggenggam segulung IJAZAH suatu hari nanti...dan kami....aku,ALIFF AIMAN....SAFIY....ALIF ANUAR...AIMAN NORMAN...memohon maaf jika kepala gila-gila kami...membuat anda stress....niat kami ingin buatkan mereka yang berkawan dengan kami....rasa gembira....tidak mahu sedih2...tension2...bereh....

AKHIRNYA....AKU UCAPKAN SELAMAT BERCUTI....KITA JUMPA LAGI DI SEM 3....GROUP GILA OTAK MENGGILA LAGI DI SEM 3....




Sabtu, 15 Jun 2013

Kisah Sebuah Persahabatan

Alhamdulilah aku kembali lagi ke blog ku....hari ini aku ingin rakam penghargaan aku buat seorang kawan aku....yang bersama aku....memberi semangat ketika aku bekerja di SABASUN dulu....di AWAL aku belajar di UMK....dan pada masa skunk...iaitu pada ketika aku mahu menghadapi FINAL EXAM SEM 2 nie....

Aku mengenalinya dari sebuah senyumannya....masa aku dan dia bekerja sekali di SABASUN....lalu tercipta persahabatan aku dgn dia.....dari situ bermula kisah persahbatan aku dengan diye....dia selalu memberi aku semangat....sehingga hari-hari terakhir aku dan dia bekerja di SABASUN....

Selepas aku berhenti kerja....dan melanjut pelajaran di UMK...dia juga menjadi pemberi semangat...ketika aku mula menyesuaikan diri dengan UMK ini...namun berlaku sesuatu...yang akhirnya persahabatan aku dengan dia renggang....

Takdir tuhan pada ketika aku sedang melalui sebuah kesedihan....dia datang kembali menyambung kisah persahabatan lalu....aku dan dia kembali bersahabat....masa tu juga aku sedang bersiap untuk kembali ke UMK untuk sem 2....dia kembali menjadi pembakar semangat....sehingga ke hari ini...

Dan InshaALLAH...pada tanggal 30 JUN nanti genap setahun persahabatan aku dan dia...dan aku harap persahabatan aku ini akan terus kekal...dan segala kisah pahit dan manis yang berlaku antara aku dan dia dulu....dapat ku jadikan pengajaran agar...persahabatan aku dan dia ini terus kekal selamanya.....


SAHABAT- NAJWAL LATIF
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


Sahabatku.

SEMOGA PERSABATAN KITA TERUS KEKAL SELAMANYA.....SELAMANYA KITA BERSAHABAT....SEMOGA PERSABATAN KITA DIBERKATINYA....DAN DIBAWAH PERLINDUNGAN SELALU.....INSHAALLAH.....

Khamis, 13 Jun 2013

Sahabat Untuk Selamanya

Tinggal beberapa hari lagi sem 2 akan berakhir….sem 2 aku mulakan dengan kesedihan…namun aku bersyukur….diketemukan dengan seorang gadis….yang boleh buat aku gembira….yang boleh buat aku lupakan terus kesedihan lalu….terima kasih buat gadis ini….terima kasih kawan….

Tetapi….jangan disalah sangka….gadis ini hanya kawan aku….kawan yang selalu buat aku hepy….bila aku bersama dia….aku rasa bahagia dan tenang….dengan telatah dia…..walaupun kadang2 dia macam menyampah….bila aku selalu usik diye…..hahaha…

Masih jelas di ingatan aku….segala kenangan bersama diye….mengajarnye PHOTOSHOP…..ILUSTRATOR….semua ini akan menjadi sebahagian dari kenangan hidup aku….


Itulah sebahagian daripada kenangan aku bersama seorang gadis….seorang kawan bernama EMI….jangan lah mengatakan apa-apa aku dengan diye….kerana dia kata….aku dan dia hanya kawan….tapi bagi aku…dia kawan yang buat aku rasa gembira….tenang….tanpa dia sedari….

Terima kasih kawan....semoga persahabatan terus kekal....serta diberkatiNya....dan jika dia terbaca tulisan blog ini...aku harap persahabatan aku dengan dia seperti lagu ini...

Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..

Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…

Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…

Dan akhirnya...terima kasih banyak-banyak....dan selamat bercuti....InsyaAllah sekiranya ada rezeki dariNya...kite jumpa lagi di Sem 3....



Rabu, 12 Jun 2013

Hanya Satu Persinggahan

Dahulu
Tika engkau bersamaku
Tika itu engkau bersedih
Aku merawat luka sedihmu
Aku bagi kau semangat

Alhamdulilah
Engkau bangkit
Engkau kata
Aku puncanya
Aku kata itu
Takdir Allah

Bermula saat itu
Kita semakin mesra
Kita kukuhkan
Dengan kenangan
Demi kenangan

Namun
Panas tidak berpanjangan
Engkau mula berubah
Tiada lagi mesej mu
Menemani malam ku

Aku mula mencari punca
Dan akhirnya
Aku sedar
Aku hanya tempat
Untuk mengadu
Tempat persinggahan
Sebelum kau temui bahagia

Walaupun
Kau tinggalkan aku
Aku tetap doakan kau
Bahagia dengan kehidupanmu

Dan ingat lah
Aku tak rugi apa-apa
Tetapi engkau yang rugi
Hilang orang yang menyayangimu sepenuh hati
Hilang tempat mengadu masalah
Dan kau hilang insan
Yang akan menolong kau
Bila kau dihimpit masalah

Inilah sajak terbaru aku....setelah lama sudah aku tidak mencipta sajak....sajak ini adalah kisah sebenar yang pernah berlaku dalam kehidupan kite....bersabarlah jika ada di antara kita yang pernah menempuh keadaan seperti sajak ini.....kerana di sebalik yang berlaku ada hikmah-Nye...

Label