Dahulu
Tika engkau
bersamaku
Tika itu engkau
bersedih
Aku merawat luka
sedihmu
Aku bagi kau
semangat
Alhamdulilah
Engkau bangkit
Engkau kata
Aku puncanya
Aku kata itu
Takdir Allah
Bermula saat itu
Kita semakin mesra
Kita kukuhkan
Dengan kenangan
Demi kenangan
Namun
Panas tidak
berpanjangan
Engkau mula
berubah
Tiada lagi mesej
mu
Menemani malam ku
Aku mula mencari punca
Dan akhirnya
Aku sedar
Aku hanya tempat
Untuk mengadu
Tempat
persinggahan
Sebelum kau temui
bahagia
Walaupun
Kau tinggalkan aku
Aku tetap doakan
kau
Bahagia dengan
kehidupanmu
Dan ingat lah
Aku tak rugi
apa-apa
Tetapi engkau yang
rugi
Hilang orang yang
menyayangimu sepenuh hati
Hilang tempat
mengadu masalah
Dan kau hilang
insan
Yang akan menolong
kau
Bila kau dihimpit
masalah
Inilah sajak terbaru aku....setelah lama sudah aku tidak mencipta sajak....sajak ini adalah kisah sebenar yang pernah berlaku dalam kehidupan kite....bersabarlah jika ada di antara kita yang pernah menempuh keadaan seperti sajak ini.....kerana di sebalik yang berlaku ada hikmah-Nye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...