Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Selasa, 24 September 2013

Balasan Nafsu....Skrip Cerita Terbaru

Dulu anda mungkin pernah terbaca Skrip Cerita Balasan....yang pernah aku siarkan di blog kalu tak pernah jom klik di http://www.aiman-3dinamik2006.blogspot.com/2011/02/balasan-setiap-pembuatan-ada-balasannya.html .....dan kat bawah ini adalah kesinanbungan Skrip Cerita Balasan....yang diberi tajuk Balasan Nafsu.....tetapi Balasan Nafsu bukanlah menyambung Kisah Balasan tetapi mengisahkan kisah yang berlaku sebelum Balasan.....jadi kat bawah nie lah....skrip cerita Balasan Nafsu....jadi seperti biasa...anda adalah juri....lepas baca harap komen...untuk jadikan pengajaran dan panduan buat aku....Jom Hayati Kisah ini......

Balasan Nafsu

Balasan Nafsu adalah kesinambungan kisah Balasan yang menceritakan kisah Hazman yang sebelum dia memasuki Universiti iaitu ketika dia berada di kampung. Hazman adalah baru sahaja habis SPM dan dia cuba untuk mencari pekerjaan bagi mengisi masa lapangnya ini. Setelah puas mencari akhir dia diterima bekerja di sebuah Pasaraya.

Di pasaraya itu,Hazman telah berkenalan dengan Azlina. Perkenalan itu membawa kepada persahabatan yang amat rapat. Mereka mula datang dan pulang kerja bersama dan ini menimbulkan rasa curiga di hati Azrul yang dalam diam menaruh hati kepada Azlina. Pada suatu hari, Azrul telah memberi amaran kepada Hazman dan hampir mencetus pergaduhan tetapi dapat dileraikan oleh Azmir yang kebetulan melihat kejadian itu.

Selepas peristiwa itu, Hazman bertekad untuk meluahkan perasaan cinta kepada Azlina dan dia berjaya meluahkannya ketika dia membawa Azlina berjalan-jalan di pantai. Azlina menerima cinta Hazman dan membuatkan perhubungan mereka bertambah rapat sehingga ke pengetahuan ibu bapa mereka.

Suatu hari di hari lahir Azlina,Hazman datang ke rumah Azlina untuk meminta izin keluarganya membawa Azlina keluar.Mereka pun keluar dan Hazman membawanya ke pondok di tepi sungai. Pondok itu adalah tempat Hazman lepaknya bersama kawan-kawannya. Dipondok itu, Hazman telah memberi anak patung kepada Azlina tanda hadiah sempena hari lahirnya. Azlina yang terlalu gembira berdiri namun dia tergelincir dan rebah ke atas Hazman. Secara tidak sengaja mereka berpeluk dan nafsu mula mengoda sehingga mereka tewas.

Seminggu selepas kejadian itu,Azlina memberitahu Hazman bahawa dia takut dia akan mengandung kerana dia merasa lain pada badannya.Namun Hazman tetap menyakinkan Azlina bahawa dia tidak akan mengandung.Tetapi takdir tuhan tidak siapa dapat menghalangnya,Azlina akhirnya mengandung.

Azlina memberitahu kepada Hazman tetapi Hazman tidak dapat menerimanya malah dia menyuruh Azlina menggugurkan kandungan itu. Azlina tidak mahu menggugurkan kandungan itu dan mahu Hazman bertanggungjawab tetapi Hazman tetap dengan keputusannya.

Hazman yang dalam keadaan tertekan telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran tanpa memberitahu Azlina. Hazman juga telah meminta keluarganya agar tidak memberitahu sesiapa dimana dia menlanjutkan pelajaran.

Seminggu kemudian,Azlina cuba mencari Hazman setelah dia tidak dapat menghubungi namun dia diberitahu Hazman telah pergi melanjutkan pelajaran. Azlina kecewa dan telah menggugurkan kandungannya.

Sebulan selepas itu, Azlina diganggu dengan kelibat anak patung yang memanggilnya “Mama” ketika dia hendak tidur. Keadaan ini menyebabkan Azlina hidup dalam ketakutan yang akhirnya meninggal dunia dan mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan.

Macam mane....ok tak...?Seperti biasa lah aku selalu harapkan...setiap Skrip Cerita aku....suatu hari nanti akan berubah jadi sebuah Filem atau Drama....In Sha Allah....

Isnin, 16 September 2013

Jejak Kenangan Smkpm

Tiba-tiba aku terkenang KENANGAN di SMKPM....Masih jelas KENANGAN sewaktu aku mula2 melangkah kaki disini....CIKGU NAWAL menjadi cikgu pertama aku kenal...

KENANGaN ketika di 1 ETIKa...
Kisah aku dengan ASROL
Surat LAYANG aku dengan AININ SOFIYA
Semuanya bila di ingat....
Rasa KELakar pulak....


KENANGAN di 2 ETIKA
Kisah PERSAhabatan aku dengan AMIR dan AZWAN
Memberi aku PENGERTIAN tentang PERSAHABATAN....


KENANGAN terus berputar....Mengingati KENANGAN indah di 3 DINAMIK....Disinilah bermula KISAH CecuNario.....Bersama dengan SYED....FADZRIN....SYAFIQ....HISYAM....HANAFI....
Memberikan aku ERTI KESERONOKAN dalam belajar....
Disinilah aku mula belajar tentang LAWAK....
JUGA disinilah....Aku mula berubah menjadi seorang yang GILA-GILA...

4 BESTARI DAN 5 BESTARI
Juga memberi KENANGAN buat aku....
KENANGAN bersama MUNZIR.....AIZAT....DHIYA....MIRAH....ANIS....AMIR
Dan ramai lagi....
Terus melakari KEHIDUPAN di SMKPM....


Terlalu banyak KENANGAN disini.....Terlalu sukar untuk DILUPAKAN....Kerana TERLALU banyak yang aku belajar....LIMA TAHUN SEBULAN aku disini.....betul2 MEMATANGKAN aku


Dan hari ini...
Aku MERINDUI ANDA...
SAHABAt terbaik SmkPM....
Aku MENDOAKAN
AGAR anda semua....
Dari 1 ETIKA...2 ETIKA....3 DINAMIK....4 BESTARI....5 BESTARI...
Juga SEBULAN di 6 BAWAH BESTARI...
BERBAHAGIA dan di bawah PERLINDUNGAN-NYA selalu...
AMIN...



Cerita Kehidupan Ku

Ku luah kan
Apa yang aku rasa
Maafkanlah jika engkau terasa
Biar ku paparkan
Apa yang terjadi
Moga jadi pengajaran buatmu

Sungguh tak kusangka
Kau sanggup permainkan ku
Dalam diam kau menjauh
Tanpa aku menyedarinya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Dengan keputusanmu ini
Persahabatan kita
Akan terus ku kenang
Buat selama-lamanya

Kau bina mahligai
Dari airmata ku
Yang jatuh berderai
Dari keputusanmu

Walaupun
Rasa sebak dihati
Namun ku bahagia
Melihat kebahagianmu
Aku akan tetap di sini
Mengingati janji
Dan kenangan indah
Bersamamu teman

Tuhanku
Tabahkan hatiku
Berikan aku ketenangan
Agar dapat ku lalui
Dugaan dan cabaran ini

 Namun
Hari ini
Semakin jauh ku lari
Semakin dekat engkau denganku

Inilah yang dinamakan
Dugaan dan cabaran
Dalam kehidupan
Kerana kita

Milik Allah

Sajak di atas ini adalah diubah suai dari LAGU LESTARI....MAHLIGAIMU DARI AIRMATAKU....lagu ini bagi aku seperti menceritakan kehidupan aku....lalu aku edit dan ku jadikan satu sajak yang betul2 seperti kehidupan aku....Setiap kali juga airmata ku mengenang bila mendengar lagu ini....Sedih wooo....

Jumaat, 13 September 2013

Semester Baru Semangat Baru

Seminggu sudah aku berada di Sem 3 UMK ini.....
dengan berbekalkan semangat dari kekecewaan Final Exam Sem 2 lalu...
aku bertekad untuk mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kejayaan Sem 1 dulu....
aku tau bukan mudah kerana dulu...
aku memiliki seorang gadis yang selalu disisi....
memberi semangat dan harapan....

Walaupun kini....
Dia tiada lagi di sisiku...
Dengan semangat yang aku...
Akan ku cuba buktikan...
Bahawa aku mampu
Untuk berdiri sendiri....

Buat apa aku terus mengharapkan dia....
Yang akhirnya
Aku kecewa....
Dan yang paling menyedihkan...
Result Final Exam jatuh....

Kini....
Aku punya semangat baru...
Ku ingin lupakan soal hati
Untuk ku fikirkan soal masa depan
Kerana itu lebih penting....

Sekarang tidak kira....Lu Abg Long ka...Lu Ayahanda....Ini Sem 3 Gua Pegang

Label