Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Rabu, 3 Disember 2014

AreNaa...Sahabat Selamanya

Alhamdulilah..aku kembali ke blog aku nie..dh berdebu dah rase..yelah hampir sebulan dah aku tak menulis kt blog nie...ari nie aku kembali..walaupun sibuk dengan Assignment yang menggila..aku mencuri sedikit ruang untuk menulis...

23 Oktober yang lalu..tanpa ku sangka..tuhan memberi ruang untuk aku mengenali seseorang yang kini menjadi sahabat baharu ku kini..seseorang ini cukup untuk aku perkenalkan sebagai AreNaa..Persahabatan ini diharap terus kekal abadi selamanya..

Persahabatan yang dibina biar terus kekal abadi...Ibarat Allahyarham Achik dan Nana yang pernah mencipta fenomena dalam hiburan Negara..mereka ini digelar Pasangan Duet Paling Serasi..Atau pun seperti Jozan yang digelar Ikon Persahabatan masa kini...


Hari ini sudah sebulan lebih persahabatan ini terbina..penuh dengan suka duka..juga gosip yang melingkari persahabatan ini..namun diharap persahabatan terus kekal kukuh berdiri...menempuh pelbagai dugaan yang melanda..

Secara peribadinya..aku bersyukur dengan persahabatan yang terbina ini..secara tidak langsung terbinanya persahabatan mengurangkan kesedihan dan kesunyian yang melingkari hidup ku selepas aku kehilangan seseorang dalam soal hati yang lalu..

Dan seandainya dia membaca tulisan aku dalam blog ini..aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membina persahabatan dengan ku dan aku harap persahabatan ini biar dilalui dengan indah dan kekal berpanjangan..Lirik lagu sahabat daripada Najwal Latif ditujukan khas kepada nya...

Sahabat Najwal Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/11/lirik-lagu-sahabat-najwa-latif.html#ixzz3Korjj1nu

Sabtu, 1 November 2014

Gadis Melayu Terakhir

Masihkah ada
Gadis Melayu yang bersopan-santun
Mengamal nilai-nilai kemelayuan
Masih berpegang teguh
Kepada adat dan budaya bangsa

Jika tiada
Hilanglah identiti
Musnahlah bangsa
Apabila nilai-nilai ketimuran
Di pandang sepi
Adat dan budaya pula
Tidak di perdulikan lagi

Masihkah ada
Gadis Melayu yang berakhlak mulia
Menjunjung tinggi pakaian tradisinya
Dan tidak pula terpengaruh
Dengan fesyen terbuka globalisasi

Jika tiada
Hilanglah kemelayuannya
Runtuhlah sendi bangsa
Apabila baju kurung baju kebaya
Dianggap ketinggalan zaman
Fesyen barat...yang dulu
Dihina ibu pertiwi
Kini...kau sanjungi
Kau hiasi ditubuhmu

Masihkah ada
Gadis Melayu yang dicari
Jika ada....jika sememangnya ada
Dimanakah dia....siapakah dia
Dialah gadis Melayu Terakhir
Penyelamat bangsa tiang Negara

Dialah yang dicari....yang ku cari

Sabtu, 18 Oktober 2014

Ku Tetap Menanti Mu

Disini ia bermula
Dari kehebatan takdir
Kita bertemu dan bermesra
Mengukir janji
Untuk kekal selamanya

Bermula dari situ
Dugaan dan cabaran
Kita tempuh bersama
Kita harungi bersama

Namun
Mendung datang tanpa diundang
Tanpa disangka
Perhubungan kita makin jauh

Hari ke hari..
Kita hilang keserasian
Aku mencari mana puncanya
Yang meretakkan mahligai indahku

Kini..
Ku ketahui..
Aku bukan yang kau impikan
Aku hanya tempat persinggahanmu
Aku kau tinggalkan
Demi mengejar kebahagian
Yang tidak pasti..

Aku redhai
Dengan apa yang kau lakukan
Namun..
Aku tetap menanti
Kerana aku..

Sudah terlanjur mencintaimu..

Ini adalah sajak terbaru ciptaan aku..seperti biasa diadaptasi dari Kisah diri sendiri..bersedia menerima kutukan dan kritikan..demi menjadikan aku penulis Sajak yang berkualiti..Terima kasih kerana membuang sedikit masa untuk singgah membaca..Terima Kasih..

Rabu, 17 September 2014

Aku Insan Lemah

Aku Insan Lemah

Telah ku mungkiri
Janjiku lagi
Janji kepada Mu
Untuk kembali
Ke jalan Mu..

Tuhanku
Maaf kan aku..
Aku insan lemah
Sering kali kecundang..
Dek dugaan dan cabaran..

Janjiku kepada Mu
Untuk tidak mengulangi
Kesilapan lalu..
Sering ku mungkiri

Tuhanku..
Ampun kan aku
Aku insan lemah
Sering kali ku mencuba..
Untuk tidak mengulangi
Kesilapan lalu..
Namun..
Aku insan lemah..

Janji dan taubatku..
Sering kali ku langgar..
Dek keseronokan dunia..
Aku jadi hanyut
Aku lupa bahawa
Dunia hanya sementara
Akhirat jua kekal abadi..

Tuhanku..
Bantu lah aku..
Dalam menempuh dugaan dan cabaran
Bimbinglah aku..
Agar tidak mengulangi
Kesilapan lalu..

Terlalu banyak dosa ku kepada Mu
Namun tidak pula Neraka ku pinta
Tetap jua Syurga menjadi idaman
Untuk kebahagiaan abadi

Tuhan ku
Ampun kan aku
Maafkan aku
Aku insan lemah
Perlu bantuan dan bimbingan Mu
Untuk ke Syurga idaman

Kebahagian Abadi… 

Alhamdulilah..sekali lagi aku dapat siapkan sajak terbaru aku..Aku Insan Lemah..dan seperti biasa aku adaptasi dari kisah sebenar yang terjadi di sekeliling kita..kepada anda pembaca setia blog aku..anda adalah juri..dan anda berhak untuk memberi kutukan membina..agar aku dapat meningkatkan gaya tulisan aku dalam penghasilan sajak di masa akan datang..Terima Kasih..

Dua Tahun Di UMK..Terima Kasih Semua

Alhamdulilah dalam sedar atau tidak..Aku kini berada di Sem 5 UMK..rasa baru jew aku daftar masuk UMK pada bulan September 2012..mengimbau kenangan lalu dengan keadaan sekarang..pergh banyak berubah..

Bulan September 2012..bermulanya aku melangkah kaki ke UMK..berbekal semangat dari En Mat Atar,En Rizhan dan Pn Fauziah..Pensyarah aku di UniSZA bersemangat mahu aku ke UMK..paling aku terharu..En Mat Atar sanggup telefon aku untuk pastikan aku ke UMK..Terima Kasih Pensyarah ku..Bermula dari situ..dengan semangat dan panduan dari kenangan di UniSZA..membawa aku mencipta kejayaan yang cemerlang di Sem 1..disini lah juga persahabatan dengan kawan – kawan aku..soal hati juga berbicara..namun bicara itu terhenti pada awal tahun 2013..dan kembali semula berbicara pada Oktober 2013..sebelum terhenti pada Mei 2014..

Kini..cukup 2 tahun aku berada di UMK..cukup untuk aku mengenali siapa kawan..siapa lawan..Alif, Safiy, Sue, Adda..Terima Kasih kerana masih terus bersama aku..tika aku jatuh..dibaginya tongkat untuk bangkit semula..mencipta kejayaan..

2 tahun di UMK..banyak mengajar aku..tentang kehidupan..tentang Fitnah..tentang Karenah Kawan – kawan..namun semua itu bukan mudah untuk aku tempuhi tanpa semangat dari kawan – kawan..Terima Kasih kawan – kawan aku kat UMK..

Bercakap tentang kawan..aku bersyukur sebenarnya…dari dulu sehingga sekarang..aku punyai ramai kawan yang sudi berkawan dengan aku..malah kata – katanya banyak menyedarkan aku..Antaranya Syafiq dan Hanafi iaitu kawan aku kat SmkPM..pernah berkata..Jangan terus berada dalam kenangan lalu,tetapi cipta lah kenangan baru..Ila dan Wahida iaitu kawan aku kat UniSZA pernah cakap kat aku..Terima kawan kita seadanya..InsyaAllah kita akan bahagia…Kata – kata semangat dari mereka ini lah sebenarnya yang membawa aku terus berdiri…disamping kata azimat dari Ain..seorang lagi kawan aku kat UniSZA..yang berbunyi..Kau mampu boleh lakukan…

Dhiya kawan aku di SmkPM juga pernah menegur aku dengan perkataan…Kau jangan jadi lembik..kau kena kuat..ketika aku down dalam soal hati dan ketika blog aku dihentam..di serang bertubi tubi..sekali lagi Dhiya memberi aku semangat..dengan satu mesej yang berbunyi..Teruskan Berkarya..


Alhamdulilah..aku bersyukur..kepada di kurniakan kawan – kawan yang sudi berkawan dengan aku..dari SmkPM..UniSZA dan UMK..termasuklah yang nama tercatat atau tidak tercatat kat atas tadi…Terima Kasih semua..jasa dan sumbangan anda..tidak mampu dibalas..Hanya Tuhan yang mampu membalas… 

Selasa, 9 September 2014

Kisah Cinta Seorang Lelaki

Cinta itu adalah anugerah dari Allah kepada hambaNya..Setiap orang pasti akan merasai cinta..Namun hari ini aku nak berkongsi kisah cinta yang bagi aku sangat unik untuk aku kongsi kan kepada semua. Kisah cinta ini adalah kisah cinta seorang lelaki yang diizinkan untuk dipaparkan disini untuk tatapan semua.

Kisah cinta lelaki ini bermula pada tahun 2003..ditakdir Tuhan memberi rasa cinta kepada seorang gadis yang bagi lelaki ini..gadis terbaik..namun cinta lelaki ini dipermainkan..dia kecewa sehingga tertutup pintu hatinya untuk bercinta lagi..

Namun sesudah enam tahun, pada tahun 2009, hatinya terbuka apabila terpandang seorang gadis yang mukanya hampir sama dengan gadis yang dicintai enam tahun yang lalu..dia menyimpan perasaan cinta dalam hati kerana takut kecewa lagi..namun perasaan itu diluahkan jua..seperti yang diduga..dia kecewa kerana cintanya ditolak..akhirnya gadis itu pergi tanpa berita..

Kekecewaan lelaki ini segera terubat seolah tuhan tidak mahu dia kecewa lagi..pada tahun 2010 didatangkan tanpa diduga seorang gadis yang cukup sempurna..cukup dengan sifat islamik..membuatkan lelaki ini bersyukur kepada tuhan..namun dia bimbang untuk menyatakan cinta kerana merasakan dirinya tidak layak untuk gadis itu..perhubungan terus mekar sehingga kecuaian lelaki di laman Facebook membuatkan gadis ini kecewa dan meninggalkan lelaki ini. Lelaki ini kecewa dengan kecuaian diri sendirinya..

Namun tuhan masih bersama lelaki ini dengan menghantar seorang gadis yang cukup baik..seorang yang selalu memberi semangat kepada lelaki ini..melalui sikap itu, pada tahun 2011..lelaki ini jatuh cinta dalam diam kepada gadis ini..lalu diluahkan kepada gadis ini..gadis ini tidak menolak tetapi gadis ini sebenarnya sudah berpunya..namun gadis ini menyatakan bahawa dia mahu terus berkawan dengan lelaki ini..lalu segala masalah yang berlaku kepada lelaki ini..gadis ini selalu menjadi pakar motivasi..memberi semangat sehingga gadis ini terpaksa pulang ke negeri asalnya..kerana gadis ini adalah pelajar di sebuah IPTA di negeri lelaki ini..
Setelah kepergian gadis ini,Tuhan seakan tidak mahu lelaki ini kesunyian..pada tahun 2012 dia datangkan pula seorang gadis yang menambat hati lelaki..dia jatuh cinta kepada gadis ini..namun gadis ini hanya menjawab ada jodoh ada lah..perhubungan hanya bertahan 4 bulan apabila gadis ini menyatakan dia sudah berpunya…kecewa lelaki ini..buat pertama kali lelaki ini menangis kerana terlalu kecewa…
Namun tuhan datangkan pengganti pada akhir tahun 2012..didatangkan seorang gadis yang bagi lelaki ini cukup comel..diye meluahkan perasaannya..namun gadis ini menerima tetapi masih bersedih akibat putus cinta..lelaki ini selalu ada disisi gadis ini..menjadi penasihat..sehingga takdir menyatukan kembali gadis ini dengan bekas kekasih..lelaki ini cukup kecewa…dia menangis lagi kerana dia dibuang begitu sahaja..

Hampir setahun lelaki ini kecewa..macam – macam dilakukan untuk melupakan gadis itu..dia begitu kecewa..dia cuba mencari pengganti namun takdir telah menetap pada akhir tahun 2013..tuhan datangkan seorang gadis yang cukup dengan sifat islamik..lelaki ini tertarik lalu meluahkan kepada gadis itu..gadis itu menerima..perhubungan yang dibina cukup bahagia namun takdir tuhan..didatangkan bekas kekasih gadis ini..membuatkan gadis ini berada dalam dilemma dan akhirnya gadis membuat keputusan untuk meninggalkan kedua duanya…
Itulah kisah cinta seorang lelaki yang amat sedih..kini lelaki itu keseorangan namun dia mampu bergembira..kerana dek pengalaman cintanya yang lepas..dijadikan tauladan dan pengajaran..yang akhirnya..kecewanya dalam tidak begitu begitu meresap dalam dirinya kali ini..dan dia pada kali ini menyatakan bahawa cara terbaik untuk kekal gembira iaitu REDHA..apabila kita redha dengan setiap yang berlaku dalam hidup kita..pasti kita akan merasa bahagia…Semoga kisah cinta lelaki menjadi tauladan kepada semua pembaca..

Isnin, 11 Ogos 2014

Alhamdulilah

Alhamdulilah..syukur ke hadrat Illahi..hari ini aku kembali untuk mencoret sesuatu di blog aku ini..hari ini 11 Ogos 2014..tarikh dimana 2 0rang kawan aku akan berhenti kerja dari Sabasun HyperRuncit..iaitu Sue dan Nurul..kebetulan atau suratan takdir...kedua orang kwn aku ini memiliki rupa paras yang sama dengan kwn aku sewaktu di SmkPM dan di UMK..Sue yang wajah dan tingkah lakunya mirip serta hampir sama dengan kawan aku di SMKpm iaitu Nabilah..manakala Nurul memiliki rupa paras, tingkah laku, cara jalan sama seperti kawan aku di UMK..juga gadis yang pernah membahagiakan aku..iaitu gadis yang pernah aku gelarkan AreFaa..
Pertama kali aku melihat mereka..aku tersenyum kerana kehebatan takdir dan hikmah pertemuan yang ditetapkan tuhan sebenarnya menjadi pembakar semangat untuk bekerja buat kali ketiga di Sabasun HyperRuncit..kerana aku sebenarnya seronok untuk melihat kehebatan Tuhan dalam menrencana setiap kehidupan kita.
Namun hari ini..hari last mereka di sabasun..dan secara kebetulan juga..aku juga merancang untuk berhenti kerja pada minggu hadapan..dan bila difikirkan balik..hebat ketentuan takdir tuhan dalam merencana kan kehidupan kita.
Itulah cerita kehidupan aku di Sabasun yang akan berakhir pada minggu hadapan..cerita aku sabasun banyak sebenarnya..dari kali pertama aku bekerja di Sabasun pada tahun bulan Mei 2012..pengalaman kerja kali pertama benar2 mematang kan aku..tentang kehidupan kita..tentang perjuangan rakyat Palestin..tentang pengaulan lelaki dan Perempuan..bagi aku..Sabasun adalah Madrasah Kehidupan dalam soal bekerja..

Cerita kehidupan aku untuk kali kedua di Sabasun pula bermula pada bulan Ramadhan tahun 2013..kali ini ceritanya seperti sebuah Madrasah kehidupan dalam soal mencari pengalaman kerja kerana pada kali ini aku berpeluang untuk merasa 3 pengalaman keje..pertama sebagai Pembantu kafe..kedua sebagai Staff SSB..ketiga sebagai pembantu penjual air..Itulah yang dikata Madrasah kehidupan dalam mencari pengalaman kerja...
Dan sekarang..2014..cerita aku kembali di Sabasun...sebagai Staff SSB..aku jadikan ini sebagai pengisi masa lapang dan release tension selepas banyak cabaran dugaan yang berlaku ketika di Sem 4 lalu..dan takdir tuhan menemukan aku dengan 2 sahabat yang ceritakan di awal tadi..banyak menormalkan aku kembali..Alhamdulilah..aku dah kembali seperti dahulu...Terima kasih Sue dan Nurul..anda anugerah Allah untuk aku..dalam misi aku untuk lupakan segala kenangan pahit dalam soal hati yang lalu...

Selasa, 22 Julai 2014

Ramadhan Di hayati..Syawal Di Rai

Hari ini kita berada di minggu terakhir Ramadhan..sekejap sahaja berlalu..aku pun baru sekarang sempat mencoret tentang Ramadhan..terasa Ramadhan kali ini tidak seindah Ramadhan dahulu..itu bagi aku..kerana dahulu ketika masuk 15 Ramadhan..maka pelita minyak tanah pasti akan menerangi segenap kawasan rumah..bunyi meriam buluh mengambil tempat bila malam menjelma..bandar – Bandar akan disinari cahaya lampu yang berkelip..terasa indahnya bila dikenang Ramadhan lalu..
Bagi aku, Ramadhan paling indah adalah Tahun 2007..kerana ketika itu..aku memiliki kenangan indah bersama kawan – kawan…berseronok di malam – malam Ramadhan selepas berterawih..kini kenangan itu terus menjadi kenangan yang pasti tak akan berulang..terima kasih kepada penggerak kenangan itu..Nuzdran..Hadaina..Layalia..Adam..Yuthika..Fahmy..dan Shaira..Semoga nama – nama ini berbahagia selalu dengan kehidupan yang dilalui..dan suatu hari nanti kita akan berkumpul kembali seperti Ramadhan 2007..
Dan Ramadhan kali ini..seperti Ramadhan tahun lalu dan 2012..aku banyak menghabiskan masa di Sabasun HyperRuncit sebagai pekerja..sebagai mengisi masa lapang masa cuti semester aku..dan untuk aku melupakan kenangan sedih Sem 4 UMK..namun bukan mudah untuk kita melupakan sesuatu yang kita sayang..semakin jauh kita cuba lari,semakin dekat dia datang..ditakdirkan Tuhan..aku bertemu dengan seseorang..rakan sekerja aku yang sebijik seperti dia..cara jalan..paras muka..memang mirip seperti dia..bila aku pandang dia..pasti kenangan sedih akan datang..tapi bak Zizan Razak..nampak sama tapi bukang diye..
Apapun yang terjadi..hari ini aku bersyukur kepada tuhan..segala dugaan dan cabaran soal hati di sem 4..kini aku dapat terima dengan tenang..soal hati dan perasaan kini ku titipkan noktah buat sementara..cukuplah segala pengalaman  yang aku lalui dan aku terima semua ini sebagai ketentuan takdir.

Dan untuk Syawal yang akan menjelang tiba, aku ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri..Maaf Zahir dan Batin kepada kawan – kawan aku di Kampung Pelong..kawan – kawan aku di SMKpm 2004 – 2009..di UniSZA 2009 – 2012..di Sabasun HyperRuncit..di UMK..semoge semuanya berbahagia selalu..Salam AidilFitri Maaf Zahir Batin... 

Isnin, 14 Julai 2014

Kenangan Sem 4..Harapan Sem 5

Sem 4 telah berlalu..pelbagai kenangan yang berlaku..kadang – kadang langsung aku tidak faham dengan apa yang berlaku..cabaran dan dugaan yang melanda aku sem ini..buat pertama kalinya aku down giler – giler..masalah hati dan perasaan akhirnya memberi aku hilang keyakinan..namun aku bersyukur dengan kawan – kawan aku yang akhir memberi aku tongkat untuk cuba bangkit semula.
Terima Kasih buat SUE kerana selalu memberi aku pandangan..Thanks buat ADDA yang tak putus – putus memberi aku sokongan semangat..juga buat Safiy dan Alif kerana selalu buat aku yakin untuk melangkah dalam kehidupan di UMK ini.
Dan istimewa buat seorang gadis yang aku gelarkan AREFAA..Terima Kasih kerana atas kebahagian yang pernah diberikan..jasa dan kenangan bersama akan terus jadi kenangan abadi selamanya..dan semoga persahabatan yang dibina akan terus berkekalan..walau apa jua keadaan yang berlaku..
Hari ini..aku mula mengerti bahawa segala yang berlaku ada hikmah dari Nya..segala cabaran dan dugaan sem 4 yang berlaku akan menjadi kenangan berharga bagi aku untuk melalui kehidupan di masa hadapan.

Semoga sem 5 yang akan membuka tirai September nanti akan memberi seribu kebahagian buat aku..pastinya aku mengharapkan kejayaan dalam Final Exam sebagai permulaan kebahagian di Sem 5 nanti..InsyaAllah..aku redha dengan apa yang berlaku..aku terima ketentuan dan kehebatan takdir Mu..dengan hati yang terbuka.. 

Selasa, 24 Jun 2014

Kehebatan Takdir

Kehebatan Takdir

Dahulu..
Takdir datang menyatukan kita
Memberi ruang untuk kita
Mengecapi kebahagian
Menyelit rasa rindu
Bila berjauhan
Mengukir kenangan indah
Untuk selamanya

Hari ini..
Takdir telah memisahkan kita
Aku menangis
Bila kehilangan kebahagian
Dengan mu
Rasa rindu
Terus menbebankan aku

Namun..
Kata semangat darimu
Selalu membuat aku sedar
Tentang hakikat pertemuan
Dan kehebatan takdir

Hari esok..
Aku masih berharap
Dan masih terus menanti
Agar takdir sekali lagi datang
Datang untuk
Menyatukan kita kembali

Semoga..
Diantara kita tiada benci
Kerana kita terpisah
Bukan kerana kita
Tetapi..

Kerana Kehebatan Takdir.. 


Ini adalah sajak terbaru ak..setelah lama ak tak mencipta sajak baru..seperti biasa sajak ini dicipta dengan adaptasi daripada kisah benar yang terjadi di sekeliling kita..ia kisah yang pernah terjadi pada diri aku sendiri..yang baik dijadikan pengajaran yang buruk dijadikan sempadan...bersama hayatinya...

Isnin, 12 Mei 2014

Bila Kita Redha..Kita Bergembira

Tinggal 2 minggu lagi..maka akan berakhir sem 4 ini..bagi aku sem 4 nie..sem yang penuh dengan dugaan..dugaan belajar yang semakin susah dan dugaan hati yang melanda aku..semua nie benar - benar menguji aku..kadang2 mengalir air mata aku..mengenangkan nasib diri..

Namun aku bersyukur..hari ini walaupun aku kehilangan sesuatu yang aku sayang..namun bila kita redha dengan semua ketentuanNya..kita mampu untuk tersenyum..namun kadang - kadang kita bersedih kerana itu kita..manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Untuk melalui dugaan dan cabaran yang melanda aku di Sem ini..aku merakamkan penghargaan buat sahabat aku ini..Adda dan Sue yang banyak memberi semangat kepada aku..juga kawan-kawan yang sudi berkawan dengan aku..secara tak langsung juga menjadi dorongan semangat..dan memberi aku rasa bahagia bila aku melihat korang berbahagia..

Banyak pengalaman dan pengajaran yang aku timba di sem 4 ini walaupun sem 4 ini belum berakhir namun pengalaman berdikir barat dan berboria adalah kenangan manis aku sem ini..walaupun airmata pernah mengalir laju mengenang susahnya untuk berlatih dikir barat namun ia adalah pengalaman buat aku kerana ia adalah pertama kali aku berdikir barat..

Soal hati juga berbicara di sem ini..bermula di akhir sem lepas dan tanpa diduga berakhir di akhir sem ini..hebatnya ketentuan tuhan..dalam merancang pertemuan dan perpisahan..kerana pertemuan dan perpisahan hadir tanpa diduga..dan bila difikir balik..aku begitu kagum dengan ketentuan takdir Tuhan...

Selasa, 29 April 2014

Dugaan Melanda..InsyaAllah Mampu Kuhadapi

Dah agak lama aku tak menulis sesuatu kat blog aku nie..terlalu banyak masalah yang menlanda aku..membuat aku letih..semangat aku down..sem nie bagi terlalu bnyak masalah yang melanda..buat aku rebah hingga hampir tak mampu untuk aku bangkit..namun skunk aku berusaha untuk bangkit..walau merangkap untuk bangkit..

Dugaan dalam pelajaran dan dugaan hati membuat aku teringat kembali kenangan silam aku dahulu..airmata aku mengalir bila aku mengenangkan susahnya untuk aku belajar dikir barat..ini lah kali pertama air mata aku mengalir untuk pelajaran di UMK..di UniSZA airmata aku pernah mengalir apabila menerima assignment subjek programming..dan Final Projek Flash..

Kenangan silam aku banyak menjadi pengajaran dan panduan untuk aku bangkit namun kadang2 aku terlalu lemah untuk bangkit..airmata aku mengalir mengenangkan dugaan demi dugaan melanda aku..namun aku bersyukur punya kawan2 yang selalu menjadi tongkat untuk aku bngkit semula..

Dugaan hati walaupun aku sudah banyak kali berhadapan dengan nya..namun aku juga lemah dan terjatuh tersungkur..saat itu satu persatu kenangan dugaan silam datang seolah olah cuba memberi jawapan dan panduan untuk aku menghadapi dugaan ini..

Dugaan dan demi dugaan yang melanda..aku yakin ada hikmah dari Nya..namun skunk aku terlalu lemah..namun aku yakin aku mampu hadapinya..InsyaAllah..

Selasa, 11 Mac 2014

Aku Berbahagia..Aku Bersyukur

Alhamdulilah aku kembali lagi ke blog ini..kini aku menjadi blogger kepada dua blog aku iaitu blog ini..JEJAK AIMAN.BLOGSPOT dan blog yang baru aku lahirkan KOLEKSI KARYA AIMAN..hari nie aku memasuki minggu keempat di Semester 4 UMK..

Aku bersyukur kini aku berbahagia dengan apa yang aku ada..setelah memiliki DIPLOMA TEKNOLOGI MULTIMEDIA di UniSZA..kini aku di UMK untuk IJAZAH di FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF WARISAN..dan bagi aku Pensyarah Terbaik diantara Terbaik ialah En Mat Atar Mat Amin di UniSZA dan En Tarmizi Azizan di UMK kerana dua insan ini begitu mudah bagi aku untuk meluahkan segala masalah akademik dan Terima Kasih aku  ucapkan buat dua insan ini..

Aku berbahagia dan dapat menerima segala dugaan dan cabaran di UMK..walau pada mula aku menerima kejutan budaya kerana suasana di UMK juga berbeza dengan UniSZA..namun segala pengalaman di UniSZA menjadikan aku kuat untuk melalui kehidupan di UMK.

Aku bersyukur kerana memiliki kawan-kawan yang begitu memahami aku..dan aku dapat untuk menerima kawan-kawan yang datang dari pelusuk Negara kerana pengalaman di UniSZA yang begitu bermakna menjadikan aku lebih dewasa dalam bersahabat.


Dan yang paling aku bahagia dan bersyukur kerana aku kini menemui kebahagian yang pernah aku impikan sebelum ini..kebahagian dalam soal hati..kedatangannya secara tiba-tiba mengisi ruang kosong dihati aku betul-betul buat aku bersyukur..dan ianya bermula dari Takdir dari Yang Atas..ALLAH..

Label