Alhamdulilah
aku kembali lagi ke blog ini..kini aku menjadi blogger kepada dua blog aku
iaitu blog ini..JEJAK AIMAN.BLOGSPOT dan blog yang baru aku lahirkan KOLEKSI
KARYA AIMAN..hari nie aku memasuki minggu keempat di Semester 4 UMK..
Aku bersyukur
kini aku berbahagia dengan apa yang aku ada..setelah memiliki DIPLOMA TEKNOLOGI
MULTIMEDIA di UniSZA..kini aku di UMK untuk IJAZAH di FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF
WARISAN..dan bagi aku Pensyarah Terbaik diantara Terbaik ialah En Mat Atar Mat
Amin di UniSZA dan En Tarmizi Azizan di UMK kerana dua insan ini begitu mudah
bagi aku untuk meluahkan segala masalah akademik dan Terima Kasih aku ucapkan buat dua insan ini..
Aku
berbahagia dan dapat menerima segala dugaan dan cabaran di UMK..walau pada mula
aku menerima kejutan budaya kerana suasana di UMK juga berbeza dengan
UniSZA..namun segala pengalaman di UniSZA menjadikan aku kuat untuk melalui
kehidupan di UMK.
Aku bersyukur
kerana memiliki kawan-kawan yang begitu memahami aku..dan aku dapat untuk
menerima kawan-kawan yang datang dari pelusuk Negara kerana pengalaman di
UniSZA yang begitu bermakna menjadikan aku lebih dewasa dalam bersahabat.
Dan yang
paling aku bahagia dan bersyukur kerana aku kini menemui kebahagian yang pernah
aku impikan sebelum ini..kebahagian dalam soal hati..kedatangannya secara
tiba-tiba mengisi ruang kosong dihati aku betul-betul buat aku bersyukur..dan
ianya bermula dari Takdir dari Yang Atas..ALLAH..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...