Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Ahad, 31 Mac 2013

Gadis Special Kembali....Hepy Besday



Setelah dua tahun terpisah…..kini perhubungan kita kembali terjalin….terima kasih kepada tuhan kerana kembali menyatukan kita….dan memakbulkan doa2 aku….Terima kasih gadis Specialku kerana sudi meneruskan kembali perhubungan ini…..Aku bersyukur kepada tuhan kerana memberi ruang untuk memperbetulkan salah silap ku dulu….Dan kepadamu gadis Specialku…aku ciptakan sajak ini khas untukmu…..sempena ulang tahun kelahiranmu….
Kemarin
Aku masih berdoa
Kepada tuhan
Agar kembali menyatukan kita
Agar dapat ku ubah
Segala kesakitan dengan kebahagian

Walaupun
Tuhan datangkan pengganti
Namun dirimu
Tetap ku nanti
Tetap Ku tunggu

Kerana
Dirimu terlalu istimewa
Pernah memimpin aku
Ketika aku jatuh
Mengejutkan aku
Ketika aku dalam lamunan

Hari ini
Aku menadah tangan
Mulut mengucap syukur
Doa dimakbulkan tuhan
Kita kembali bersama

Tuhan
Ku bersyukur kepadaMu
Kerana memberiku peluang kedua
Untuk tebus segala kekurangan
Agar kebahagiaan
Menjadi milik kita

Teman
Terima Kasih ku ucapkan
Kerana kembali
Meneruskan perhubungan ini
Aku cukup terharu
Dan aku akan cuba
Menjadi yang terbaik
Di antara yang terbaik

Hari esok dan esok
Bersamalah kita terus berdoa
Agar perhubungan ini
Dikekalkan tuhan
Dan diberkati Nya
In shaa Allah

Dan diharapkan perhubungan ini…kekal untuk selamanya….dan perhubungan yang pernah terjalin mampu menjadi pengajaran buat kita….agar tidak berulang lagi segala salah silap dulu…InshaAllah.

Aku juga ingin ucapkan salam ulang tahun kelahiran buatmu…semoga hidupmu terus diberkati oleh Allah dan dibawah perlindunganNya selalu…Amin…

Rabu, 27 Mac 2013

Sajak Terbaru....Hikmah Pertemuan


Hikmah Pertemuan

Kita bertemu dan berkawan
Atas takdirNya
Dan pastinya ada hikmah
Yang tersembunyi

Namun kita gagal….
Gagal untuk mentafsir
Kita buta untuk melihat
Melihat hikmah
Yang tersembunyi

Ketahui
Allah datangkan pertemuan
Pasti ada sebabnya
Adakala Dia datangkan
Pertemuan antara
Lelaki dan perempuan
Disusuli pula dengan cinta

Namun bukan untuk
Jadikan mereka
Pasangan bercinta
Tetapi untuk menguji mereka

Kadang kala….
Allah datangkan seorang lelaki
Kepada perempuan
Yang sedang bergaduh
Dengan pasangannya

Bukan untuk menjadi
Batu api atau menjadikan mereka
Pasangan bercinta
Tetapi
Pakar motivasi
Agar perempuan itu
Tidak tersilap langkah

Justeru
Sedarlah….setiap pertemuan
Pasti ada sebab
Yang mengiringinya
Dan bila pertemuan itu
Sudah menemui sebabnya
Ia akan berakhir
Dan kita perlu menerimanya
Sebagai hikmah pertemuan…..

Jumaat, 15 Mac 2013

Terima Kasih UniSZA



Alhamdulilah…sudah cukup sebulan aku berada di Sem 2 UMK….Setelah aku berada di UMK….kini aku nak bagitau bahawa….walaupun aku mencipta pelbagai kenangan di UMK…tapi jauh di sudut hati….UniSZA tetap terbaik…..

UniSZA mengajar aku….cara berkawan….menerima kawan dengan seadanya….itu kata Wahida….kawan aku kat UniSZA dulu….dan daripada pengalaman ini lah yang memudahkan aku di UMK….tetapi sayang mereka tidak seperti anda….wahai sahabat terbaikku UniSZA….kini aku rindu kan anda….betullah kate pepatah…..kite hanya menghargai seseorang tu bila diye dh tak bersama kita lagi…..

Nazrin…..kau memang pakar motivasi aku….kawan sembang bola yang terbaik….kini aku belum jumpa pengganti mu….Kini aku rindukan kritikan mu….kutukan mu….kritikan dan kutukan mu selalu membuatkan aku terfikir akan kebenaran kata-kata itu….

Abqari…..aku tak tahu kenapa aku boleh suka berkawan dgn kau….walaupun kau sering kutuk aku….tapi aku boleh senyum jew….haha…pelik betulkan….tapi yang paling aku rindu….ialah kau jadikan aku seperti pakar motivasi cinta…..haha

Ain dan Wahida…..kawan yang sentiasa bagi semangat kat aku….beri aku keyakinan baru….menyokong aku walaupun tau ia memang salah aku….bagi aku nasihat…..aku rasa tanpa diorang nie….aku mungkin tidak berada seperti mana aku berada skunk…..Terimalah kawan anda dengan seadanya….kata wahida….ketika aku berada di sem 2 UniSZA….selepas aku gagal dalam Final Exam Sem 1 UniSZA…..Ain juga pernah berkata kat aku….Kau mampu lakukan….setiap kali ada apa2 presentation….yang paling aku ingat adalah ketika dalam proses menyiapkan Final Projek Diploma….

Dan buat semua kawan aku kat UniSZA….termasuklah Safwan dan Faisal….aku rindukan korang….gelagat koranglah yang mematangkan….mengajar aku cara berkawan….mengajar aku sebuah kehidupan….dan terakhirnya aku doakan….buat semua kawan2 aku kat UniSZA….yang kini bertaburan di seluruh Negara….Gudluck and Take Care…..

Serta buat pensyarah terbaik aku kat UniSZA…..En Mat Atar…En Rizhan….dan Pn Fauziah….terima atas semangat dan dorongan yang diberikan…..sebelum ke UMK….didorongnya untuk pergi….dan kini aku di UMK….di baginya semangat….agar aku Berjaya mencipta kejayaan yang lebih cemerlang lagi….Terima kasih atas segala-galanya….akan ku buktikan…..

Isnin, 11 Mac 2013

Selamat Tinggal Penderitaan



Hari ini aku titik kn noktah dalam usaha ku….untuk kembali kan semula persahabatan kita….bukan aku sudah berputus asa…tapi sikap mu yang seolah-olah membenci diri ini….tidak mengapa…jika itu yang kau pinta…aku turut kn…demi kebahagiaan mu….kerana bagiku…kebahagiaan mu adalah kebahagiaan ku jua…

Namun keputusan ku ini bukan bermakna aku melupakanmu….tidak sama sekali…kerana bagiku…sekali aku berkawan….selama tetap dihatiku….segala kenangan yang tercipta akan tetap ku kenang untuk selama-lamanya…bukan mudah untuk ku lupakan kenangan bersamamu….kenangan ke kelas bersama….makan bersama….shopping bersama….berkongsi masalah bersama….semuanya bersama…

Tapi itu dulu….aku terima ketentuan takdir….bahawa kini kita jauh terpisah….bukan kerana aku…tapi keputusan mu sendiri memisahkan kita….tidak mengapa….mulai hari ini…aku akan berhenti dari menagih persahabatan mu….

Selamat tinggal kawan….segala kenangan terindah antara kita akan terus ku kenang buat selamanya….aku doakan agar kau berbahagia dengan kehidupan mu….aku akan pergi…tak kan kembali….jgn lah kau cari aku lagi….kau cari lah pengganti baru….untuk jadi pakar motivasi…jika kau dihimpit masalah….menjadi penghibur dikala kau kesunyian….

Ini adalah coretan terakhir aku….buat seorang insan….seorang teman…seorang kawan….semasa aku di Sem 1 UMK dulu….Terima kasih kerana beri kn aku kebahagiaan….dan pengalaman yang amat berguna untuk aku terus Berjaya dan cemerlang dalam Sem 2 ini….In Shaa Allah…

Sabtu, 9 Mac 2013

Kesinambungan Sajak " Dugaan Cinta "


Hari itu
Takdir tuhan menemukan kita
Kita berkawan dan bermesra
Terbit rasa sayang
Lalu kita berjanji
Kita akan terus berkawan

Namun
Dalam setiap perhubungan
Pasti ada dugaan dan cabaran
Kita tempuh dan harungi bersama
Perhubungan itu terus mekar

Hari ini
Kau berada di persimpangan
Memaksa kau membuat pilihan
Pilihan di antara dua

Pilihan telah dibuat
Membuatkan kita terpisah
Namun ku yakin
Perpisahan ini sementara
Demi kematangan kita

Hari esok
Aku akan terus berharap
Dan berharap
Takdir tuhan sekali lagi
Menemukan kita

Kerana ku percaya
Pada kekuatan doa
Serta ku yakin
Pada takdir yang memisahkan kita
Takdir juga
Yang akan menyatukan kita

Sajak ini telah dicipta ketika aku dalam kesedihan...namun berjaya juga aku mencipta sajak ini....sajak ini adalah kesinambungan sajak DUGAAN CINTA....tapi sajak ini bukan sajak realiti keadaan ini....sajak ini hanya lah kesinambungan sajak DUGAAN CINTA....ia juga menunjuk kan kehidupan kita perlu menerima realiti dan takdir dalam kehidupan kita....bila kita menerima takdir hidup kita...kita akan tenang....dan rasa bahgia....hahahahahak...

Label