Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Ahad, 21 Julai 2013

Bu-Dang 2

Bu-Dang 2 adalah kesinambungan SKRIP CERITA Bu-Dang yang pernah aku ciptakan masa aku study kat UniSZA dulu sebagai tugasan subjek PENULISAN SKRIP....jadi sebelum membaca SKRIP CERITA Bu-Dang 2 ini...bacalah dulu SKRIP CERITA Bu-Dang...dengan membuat carian kat dalam blog ini....dan kat bawah ini....adalah SKRIP CERITA Bu-Dang.....


Dan dibawah ini pula adalah SKRIP CERITA Bu-Dang 2...iaitu kesinambungan SKRIP CERITA Bu-Dang....jadi anda semua yang sudi membaca blog ini....adalah juri atau hakim untuk memberi komen terhadap SKRIP CERITA Bu-Dang 2 ini....dan aku kini adalah dalam usaha untuk menyambung untuk SKRIP CERITA Bu-Dang 3 pula.....

Bu-Dang 2
Bu-Dang 2 adalah kesinambungan daripada Bu-Dang.Kisah Bu-Dang 2 bermula selepas Hairi dan abangnya bebas dari buruan Ah long. Hairi dan Aiman mendapat tawaran untuk sambung belajar di sebuah Universiti di Kelantan. Manakala Daniel dan Zack kini menjual burger berhampiran dengan rumah Zack.
                Hairi dan Aiman kini belajar di Kelantan dan mereka berdua kini menjadi kawan rapat. Disana Aiman berkawan rapat dengan seorang gadis, Azira tetapi persahabatan mereka tidak disenangi oleh Hairi kerana Hairi tahu yang Aiman sudah punya kekasih iaitu Huda. Persahabatan mereka ini juga tidak disenangi oleh Azwan iaitu bekas kekasih Azira lalu Azwan merancang sesuatu bersama kawan baiknya Amir. Amir sebenarnya bekas pelajar yang dibuang kerana dia sebenar adalah ketua gangster.
                Di Bandar, Zack sebenarnya masih bersedih atas kepergian Hadaina dan asyik termenung mengenangkan kenangan dia bersama dengan Hadaina. Suatu hari datang seseorang yang memperkenalkan diri sebagai abang Hadaina, Amirun memberitahu Zack bahawa dia sekeluarga mahu menuntut bela di atas kematian Hadaina apabila mengetahui hanya Ah Long sahaja yang dikenakan hukuman manakala empat orang konco dibebaskan. Zack bersetuju untuk bersama dengan Amirun tanpa berbincang dengan Daniel atau kawannya yang lain.
                Di Kelantan, Hairi dan Aiman keluar ke pantai bersama Azira dan ketika sedang berbual mesra di tepi pantai datang Azwan dan Amir menegur mereka membuatkan mereka terkejut. Azwan dan Amir memberi amaran kepada Aiman dan Hairi agar tidak mendekati Azira lagi dan jika tidak diendahkan oleh Aiman dan Hairi,mereka berjanji akan melakukan sesuatu yang lebih dasyat lagi.
                Zack berbincang dengan Amirun serta seorang lagi kawan Amirun, Azuan untuk merangka strategi untuk membalas dendam. Mereka mendapat tahu bahawa konco-konco Ah Long kini berada di Kelantan lalu mereka merancang untuk ke Kelantan. Daniel sebenarnya sedar akan perubahan sikap Zack yang banyak berfikir dan tidak menumpukan perhatian pada peniagaan burger mereka lagi. Daniel cuba bertanya kepada Zack tetapi Zack hanya menjawab dengan “Aku sedang merancang sesuatu agar Ina tenang di sana” membuatkan Daniel tertanya-tanya.
                Dua minggu selepas amaran dari Azwan dan Amir, Hairi cuba mengajak Aiman berbincang mengenai kemelut yang dihadapi. Tetapi Aiman menolak kerana menganggap amaran dari Azwan hanya lah main-main.Berlaku perselisihan antara Aiman dan Hairi yang menyebabkan hubungan mereka renggang.
                Aiman dan Azira keluar bersama ke Pantai Irama untuk melepaskan tekanan belajar tapi dalam tanpa di sedari oleh mereka,pengerakan mereka diperhatikan dan diikuti oleh Azwan dan Amir serta konco-konco mereka. Ketika mereka sampai di pantai, mereka di serang oleh Azwan dan Amir serta konco-konco. Azwan menangkap dan membawa pergi Azira manakala Amir dan konco-konconya mula untuk membelasah Aiman.
                Tiba-tiba datang Zack dan Amirun serta Azuan yang sudah memerhati gerak geri konco –konco Amir yang sebenarnya adalah konco-konco Ah Long.Berlaku perang mulut antara mereka yang seterusnya menimbulkan antara mereka. Aiman yang sudah tidak berdaya hanya mampu melihat keadaan itu. Amirun dan Azuan sudah seolah tidak berdaya lagi untuk melawan konco-konco Ah Long lalu melarikan diri. Mereka cuba untuk membelasah Zack namun secara tiba-tiba datang Hairi dengan kuasa Budang menewaskan Amir dan konco-konconya.


                Selepas daripada peristiwa itu, Aiman meminta maaf kepada Hairi kerana tidak mengambil peduli amaran dari Azwan manakala Zack memohon maaf kerana terlalu mengikut perasaan sedihnya. Namun perasaan cinta dan sayang Aiman kepada Azira tetap tidak berubah walaupun kerana Azira dia hampir kehilangan nyawa. 

Aku berharap suatu hari nanti SKRIP CERITA aku ini...dapat ditukar kepada DRAMA atau FILEM....InShaAllah.....


Rabu, 10 Julai 2013

Salam Ramadhan....Salam Ulang Tahun Blogku

Coretan dibawah ini sepatutnya diterbitkan pada bulan Jun lalu...tapi kerana kesibukan aku...yang kini kembali semula untuk bekerja sementara di SABASUN HYPErRUNCIT...terpaksa dilewatkan terbitannya.....jadi hari ini juga kita menyambut 1 Ramadhan...jadi aku ingin ucapkan SALAM RAMADHAN buat semua pembaca setia blog ini...semoga RAMADHAN kali ini lebih baik dari tahun lepas...INSHAALLAH....

Pada bulan lepas iaitu bulan JUN...genaplah empat tahun blog ini....jadi aku dah sediakan coretan khas dibawah ini....sekadar mengimbas kenangan perjalanan blog ini....jadi jom dan selamat membaca semua...sebagai pengisiaan sambil berpuasa ini....hehe

Aku Blogger : Jejak Aiman.Blogspot  
Bulan Jun 2009 lahirlah blog aku ini….bermula hasil tunjuk ajar seorang sahabat…iaitu SYED…dengan nama Salam CecuNario 3D…..bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru…tapi apa pun 2009 ialah TAHUN KELAHIRAN untuk blog ini.
Memasuki 2010….aku kembali ke blog aku….dengan cuba untuk mengubah blog ini ke tempat yang terbaik….dengan nama baru iaitu Coretan Rasa Aiman SmkPM….akhir aku berjaya….menjadikan blog lebih baik dari sebelumnya…dan aku namakan tahun ini sebagai TAHUN PEMBANGUNAN untuk blog ini.
2011 adalah tahun yang penuh ujian untuk blog ini….yang sedikit sebanyak menjejaskan penjalanan blog ini….awal tahun ini….aku dihujani dengan kepergian seorang insan….yang akhirnya memberi kesan kepada blog ini….apabila aku mengambil keputusan untuk menutup blog aku….namun hanya seminggu aku buka balik blog….dengan nama baru iaitu Jejak Aiman SmkPM….selepas kata-kata pedas yang disulami dengan semangat dari DHIYA….menyentap semangat untuk terus berkarya dalam blog ini….Tahun ini juga blog aku diserang bertubi-tubi….apabila aku mengutuk orang yang pernah mengutuk aku….ketika itu blog aku di PRINTSCREEN….namun semua ini menjadi semangat untuk meneruskan blog ini….2011 adalah TAHUN UJIAN buat blog ini….
Memasuki 2012….penyakit malas mula melanda diri aku….malas untuk update blog….akhir blog dibiarkan tanpa entry terbaru berbulan-bulan….sehingga aku berkenalan seorang sahabat….HASLINA…sewaktu aku bekerja sementara di SABASUN…apabila aku update blog dengan tajuk…Kerana Dia Aku kembali….dan selepas itu aku cuba membuka lembaran baru kepada blog ini….dengan pembaharuan dalam segala hal…dengan nama baru iaitu Jejak Aiman.Blogspot…
2013….setelah empat tahun meniti perjalanan hidup…aku dan blog ini cukup matang…untuk meneruskan karya dalam blog ini….aku kini cukup berhati dalam karya aku….kerana prinsip aku hari ini ialah mahu semua happy dengan karya aku….walau aku mengutuk biar aku mengutuk secara berhemah….kerana bagi itu adalah cara terbaik….
Dan hari ini…kita sedang berada bulan JUN yang juga bulan KELAHIRAN blog ini…aku blog aku ini…JEJAK AIMAN.BLOGSPOT….terus berdiri kukuh…dan aku juga akan berkarya….dengan karya terbaik…yang mampu dijadikan pengajaran kepada semua pembaca blog aku ini…..InshaALLAH….

TERIMA KASIH….SALAM JEJAK AIMAN.BLOGSPOT

Label