Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Rabu, 17 September 2014

Aku Insan Lemah

Aku Insan Lemah

Telah ku mungkiri
Janjiku lagi
Janji kepada Mu
Untuk kembali
Ke jalan Mu..

Tuhanku
Maaf kan aku..
Aku insan lemah
Sering kali kecundang..
Dek dugaan dan cabaran..

Janjiku kepada Mu
Untuk tidak mengulangi
Kesilapan lalu..
Sering ku mungkiri

Tuhanku..
Ampun kan aku
Aku insan lemah
Sering kali ku mencuba..
Untuk tidak mengulangi
Kesilapan lalu..
Namun..
Aku insan lemah..

Janji dan taubatku..
Sering kali ku langgar..
Dek keseronokan dunia..
Aku jadi hanyut
Aku lupa bahawa
Dunia hanya sementara
Akhirat jua kekal abadi..

Tuhanku..
Bantu lah aku..
Dalam menempuh dugaan dan cabaran
Bimbinglah aku..
Agar tidak mengulangi
Kesilapan lalu..

Terlalu banyak dosa ku kepada Mu
Namun tidak pula Neraka ku pinta
Tetap jua Syurga menjadi idaman
Untuk kebahagiaan abadi

Tuhan ku
Ampun kan aku
Maafkan aku
Aku insan lemah
Perlu bantuan dan bimbingan Mu
Untuk ke Syurga idaman

Kebahagian Abadi… 

Alhamdulilah..sekali lagi aku dapat siapkan sajak terbaru aku..Aku Insan Lemah..dan seperti biasa aku adaptasi dari kisah sebenar yang terjadi di sekeliling kita..kepada anda pembaca setia blog aku..anda adalah juri..dan anda berhak untuk memberi kutukan membina..agar aku dapat meningkatkan gaya tulisan aku dalam penghasilan sajak di masa akan datang..Terima Kasih..

Dua Tahun Di UMK..Terima Kasih Semua

Alhamdulilah dalam sedar atau tidak..Aku kini berada di Sem 5 UMK..rasa baru jew aku daftar masuk UMK pada bulan September 2012..mengimbau kenangan lalu dengan keadaan sekarang..pergh banyak berubah..

Bulan September 2012..bermulanya aku melangkah kaki ke UMK..berbekal semangat dari En Mat Atar,En Rizhan dan Pn Fauziah..Pensyarah aku di UniSZA bersemangat mahu aku ke UMK..paling aku terharu..En Mat Atar sanggup telefon aku untuk pastikan aku ke UMK..Terima Kasih Pensyarah ku..Bermula dari situ..dengan semangat dan panduan dari kenangan di UniSZA..membawa aku mencipta kejayaan yang cemerlang di Sem 1..disini lah juga persahabatan dengan kawan – kawan aku..soal hati juga berbicara..namun bicara itu terhenti pada awal tahun 2013..dan kembali semula berbicara pada Oktober 2013..sebelum terhenti pada Mei 2014..

Kini..cukup 2 tahun aku berada di UMK..cukup untuk aku mengenali siapa kawan..siapa lawan..Alif, Safiy, Sue, Adda..Terima Kasih kerana masih terus bersama aku..tika aku jatuh..dibaginya tongkat untuk bangkit semula..mencipta kejayaan..

2 tahun di UMK..banyak mengajar aku..tentang kehidupan..tentang Fitnah..tentang Karenah Kawan – kawan..namun semua itu bukan mudah untuk aku tempuhi tanpa semangat dari kawan – kawan..Terima Kasih kawan – kawan aku kat UMK..

Bercakap tentang kawan..aku bersyukur sebenarnya…dari dulu sehingga sekarang..aku punyai ramai kawan yang sudi berkawan dengan aku..malah kata – katanya banyak menyedarkan aku..Antaranya Syafiq dan Hanafi iaitu kawan aku kat SmkPM..pernah berkata..Jangan terus berada dalam kenangan lalu,tetapi cipta lah kenangan baru..Ila dan Wahida iaitu kawan aku kat UniSZA pernah cakap kat aku..Terima kawan kita seadanya..InsyaAllah kita akan bahagia…Kata – kata semangat dari mereka ini lah sebenarnya yang membawa aku terus berdiri…disamping kata azimat dari Ain..seorang lagi kawan aku kat UniSZA..yang berbunyi..Kau mampu boleh lakukan…

Dhiya kawan aku di SmkPM juga pernah menegur aku dengan perkataan…Kau jangan jadi lembik..kau kena kuat..ketika aku down dalam soal hati dan ketika blog aku dihentam..di serang bertubi tubi..sekali lagi Dhiya memberi aku semangat..dengan satu mesej yang berbunyi..Teruskan Berkarya..


Alhamdulilah..aku bersyukur..kepada di kurniakan kawan – kawan yang sudi berkawan dengan aku..dari SmkPM..UniSZA dan UMK..termasuklah yang nama tercatat atau tidak tercatat kat atas tadi…Terima Kasih semua..jasa dan sumbangan anda..tidak mampu dibalas..Hanya Tuhan yang mampu membalas… 

Selasa, 9 September 2014

Kisah Cinta Seorang Lelaki

Cinta itu adalah anugerah dari Allah kepada hambaNya..Setiap orang pasti akan merasai cinta..Namun hari ini aku nak berkongsi kisah cinta yang bagi aku sangat unik untuk aku kongsi kan kepada semua. Kisah cinta ini adalah kisah cinta seorang lelaki yang diizinkan untuk dipaparkan disini untuk tatapan semua.

Kisah cinta lelaki ini bermula pada tahun 2003..ditakdir Tuhan memberi rasa cinta kepada seorang gadis yang bagi lelaki ini..gadis terbaik..namun cinta lelaki ini dipermainkan..dia kecewa sehingga tertutup pintu hatinya untuk bercinta lagi..

Namun sesudah enam tahun, pada tahun 2009, hatinya terbuka apabila terpandang seorang gadis yang mukanya hampir sama dengan gadis yang dicintai enam tahun yang lalu..dia menyimpan perasaan cinta dalam hati kerana takut kecewa lagi..namun perasaan itu diluahkan jua..seperti yang diduga..dia kecewa kerana cintanya ditolak..akhirnya gadis itu pergi tanpa berita..

Kekecewaan lelaki ini segera terubat seolah tuhan tidak mahu dia kecewa lagi..pada tahun 2010 didatangkan tanpa diduga seorang gadis yang cukup sempurna..cukup dengan sifat islamik..membuatkan lelaki ini bersyukur kepada tuhan..namun dia bimbang untuk menyatakan cinta kerana merasakan dirinya tidak layak untuk gadis itu..perhubungan terus mekar sehingga kecuaian lelaki di laman Facebook membuatkan gadis ini kecewa dan meninggalkan lelaki ini. Lelaki ini kecewa dengan kecuaian diri sendirinya..

Namun tuhan masih bersama lelaki ini dengan menghantar seorang gadis yang cukup baik..seorang yang selalu memberi semangat kepada lelaki ini..melalui sikap itu, pada tahun 2011..lelaki ini jatuh cinta dalam diam kepada gadis ini..lalu diluahkan kepada gadis ini..gadis ini tidak menolak tetapi gadis ini sebenarnya sudah berpunya..namun gadis ini menyatakan bahawa dia mahu terus berkawan dengan lelaki ini..lalu segala masalah yang berlaku kepada lelaki ini..gadis ini selalu menjadi pakar motivasi..memberi semangat sehingga gadis ini terpaksa pulang ke negeri asalnya..kerana gadis ini adalah pelajar di sebuah IPTA di negeri lelaki ini..
Setelah kepergian gadis ini,Tuhan seakan tidak mahu lelaki ini kesunyian..pada tahun 2012 dia datangkan pula seorang gadis yang menambat hati lelaki..dia jatuh cinta kepada gadis ini..namun gadis ini hanya menjawab ada jodoh ada lah..perhubungan hanya bertahan 4 bulan apabila gadis ini menyatakan dia sudah berpunya…kecewa lelaki ini..buat pertama kali lelaki ini menangis kerana terlalu kecewa…
Namun tuhan datangkan pengganti pada akhir tahun 2012..didatangkan seorang gadis yang bagi lelaki ini cukup comel..diye meluahkan perasaannya..namun gadis ini menerima tetapi masih bersedih akibat putus cinta..lelaki ini selalu ada disisi gadis ini..menjadi penasihat..sehingga takdir menyatukan kembali gadis ini dengan bekas kekasih..lelaki ini cukup kecewa…dia menangis lagi kerana dia dibuang begitu sahaja..

Hampir setahun lelaki ini kecewa..macam – macam dilakukan untuk melupakan gadis itu..dia begitu kecewa..dia cuba mencari pengganti namun takdir telah menetap pada akhir tahun 2013..tuhan datangkan seorang gadis yang cukup dengan sifat islamik..lelaki ini tertarik lalu meluahkan kepada gadis itu..gadis itu menerima..perhubungan yang dibina cukup bahagia namun takdir tuhan..didatangkan bekas kekasih gadis ini..membuatkan gadis ini berada dalam dilemma dan akhirnya gadis membuat keputusan untuk meninggalkan kedua duanya…
Itulah kisah cinta seorang lelaki yang amat sedih..kini lelaki itu keseorangan namun dia mampu bergembira..kerana dek pengalaman cintanya yang lepas..dijadikan tauladan dan pengajaran..yang akhirnya..kecewanya dalam tidak begitu begitu meresap dalam dirinya kali ini..dan dia pada kali ini menyatakan bahawa cara terbaik untuk kekal gembira iaitu REDHA..apabila kita redha dengan setiap yang berlaku dalam hidup kita..pasti kita akan merasa bahagia…Semoga kisah cinta lelaki menjadi tauladan kepada semua pembaca..

Label