Alhamdulilah dalam sedar atau tidak..Aku kini berada di Sem
5 UMK..rasa baru jew aku daftar masuk UMK pada bulan September 2012..mengimbau
kenangan lalu dengan keadaan sekarang..pergh banyak berubah..
Bulan September 2012..bermulanya aku melangkah kaki ke
UMK..berbekal semangat dari En Mat Atar,En Rizhan dan Pn Fauziah..Pensyarah aku
di UniSZA bersemangat mahu aku ke UMK..paling aku terharu..En Mat Atar sanggup
telefon aku untuk pastikan aku ke UMK..Terima Kasih Pensyarah ku..Bermula dari
situ..dengan semangat dan panduan dari kenangan di UniSZA..membawa aku mencipta
kejayaan yang cemerlang di Sem 1..disini lah juga persahabatan dengan kawan –
kawan aku..soal hati juga berbicara..namun bicara itu terhenti pada awal tahun
2013..dan kembali semula berbicara pada Oktober 2013..sebelum terhenti pada Mei
2014..
Kini..cukup 2 tahun aku berada di UMK..cukup untuk aku
mengenali siapa kawan..siapa lawan..Alif, Safiy, Sue, Adda..Terima Kasih kerana
masih terus bersama aku..tika aku jatuh..dibaginya tongkat untuk bangkit
semula..mencipta kejayaan..
2 tahun di UMK..banyak mengajar aku..tentang
kehidupan..tentang Fitnah..tentang Karenah Kawan – kawan..namun semua itu bukan
mudah untuk aku tempuhi tanpa semangat dari kawan – kawan..Terima Kasih kawan –
kawan aku kat UMK..
Bercakap tentang kawan..aku bersyukur sebenarnya…dari dulu
sehingga sekarang..aku punyai ramai kawan yang sudi berkawan dengan aku..malah
kata – katanya banyak menyedarkan aku..Antaranya Syafiq dan Hanafi iaitu kawan
aku kat SmkPM..pernah berkata..Jangan terus berada dalam kenangan lalu,tetapi
cipta lah kenangan baru..Ila dan Wahida iaitu kawan aku kat UniSZA pernah cakap
kat aku..Terima kawan kita seadanya..InsyaAllah kita akan bahagia…Kata – kata
semangat dari mereka ini lah sebenarnya yang membawa aku terus
berdiri…disamping kata azimat dari Ain..seorang lagi kawan aku kat UniSZA..yang
berbunyi..Kau mampu boleh lakukan…
Dhiya kawan aku di SmkPM juga pernah menegur aku dengan
perkataan…Kau jangan jadi lembik..kau kena kuat..ketika aku down dalam soal
hati dan ketika blog aku dihentam..di serang bertubi tubi..sekali lagi Dhiya
memberi aku semangat..dengan satu mesej yang berbunyi..Teruskan Berkarya..
Alhamdulilah..aku bersyukur..kepada di kurniakan kawan –
kawan yang sudi berkawan dengan aku..dari SmkPM..UniSZA dan UMK..termasuklah
yang nama tercatat atau tidak tercatat kat atas tadi…Terima Kasih semua..jasa
dan sumbangan anda..tidak mampu dibalas..Hanya Tuhan yang mampu membalas…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...