Aku Insan Lemah
Telah ku mungkiri
Janjiku lagi
Janji kepada Mu
Untuk kembali
Ke jalan Mu..
Tuhanku
Maaf kan aku..
Aku insan lemah
Sering kali kecundang..
Dek dugaan dan cabaran..
Janjiku kepada Mu
Untuk tidak mengulangi
Kesilapan lalu..
Sering ku mungkiri
Tuhanku..
Ampun kan aku
Aku insan lemah
Sering kali ku mencuba..
Untuk tidak mengulangi
Kesilapan lalu..
Namun..
Aku insan lemah..
Janji dan taubatku..
Sering kali ku langgar..
Dek keseronokan dunia..
Aku jadi hanyut
Aku lupa bahawa
Dunia hanya sementara
Akhirat jua kekal abadi..
Tuhanku..
Bantu lah aku..
Dalam menempuh dugaan dan cabaran
Bimbinglah aku..
Agar tidak mengulangi
Kesilapan lalu..
Terlalu banyak dosa ku kepada Mu
Namun tidak pula Neraka ku pinta
Tetap jua Syurga menjadi idaman
Untuk kebahagiaan abadi
Tuhan ku
Ampun kan aku
Maafkan aku
Aku insan lemah
Perlu bantuan dan bimbingan Mu
Untuk ke Syurga idaman
Kebahagian Abadi…
Alhamdulilah..sekali lagi aku dapat siapkan sajak terbaru aku..Aku Insan Lemah..dan seperti biasa aku adaptasi dari kisah sebenar yang terjadi di sekeliling kita..kepada anda pembaca setia blog aku..anda adalah juri..dan anda berhak untuk memberi kutukan membina..agar aku dapat meningkatkan gaya tulisan aku dalam penghasilan sajak di masa akan datang..Terima Kasih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...