Disini ia bermula
Dari kehebatan takdir
Kita bertemu dan bermesra
Mengukir janji
Untuk kekal selamanya
Bermula dari situ
Dugaan dan cabaran
Kita tempuh bersama
Kita harungi bersama
Namun
Mendung datang tanpa diundang
Tanpa disangka
Perhubungan kita makin jauh
Hari ke hari..
Kita hilang keserasian
Aku mencari mana puncanya
Yang meretakkan mahligai indahku
Kini..
Ku ketahui..
Aku bukan yang kau impikan
Aku hanya tempat persinggahanmu
Aku kau tinggalkan
Demi mengejar kebahagian
Yang tidak pasti..
Aku redhai
Dengan apa yang kau lakukan
Namun..
Aku tetap menanti
Kerana aku..
Sudah terlanjur mencintaimu..
Ini adalah sajak terbaru ciptaan aku..seperti biasa diadaptasi dari Kisah diri sendiri..bersedia menerima kutukan dan kritikan..demi menjadikan aku penulis Sajak yang berkualiti..Terima kasih kerana membuang sedikit masa untuk singgah membaca..Terima Kasih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...