Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Selasa, 22 Julai 2014

Ramadhan Di hayati..Syawal Di Rai

Hari ini kita berada di minggu terakhir Ramadhan..sekejap sahaja berlalu..aku pun baru sekarang sempat mencoret tentang Ramadhan..terasa Ramadhan kali ini tidak seindah Ramadhan dahulu..itu bagi aku..kerana dahulu ketika masuk 15 Ramadhan..maka pelita minyak tanah pasti akan menerangi segenap kawasan rumah..bunyi meriam buluh mengambil tempat bila malam menjelma..bandar – Bandar akan disinari cahaya lampu yang berkelip..terasa indahnya bila dikenang Ramadhan lalu..
Bagi aku, Ramadhan paling indah adalah Tahun 2007..kerana ketika itu..aku memiliki kenangan indah bersama kawan – kawan…berseronok di malam – malam Ramadhan selepas berterawih..kini kenangan itu terus menjadi kenangan yang pasti tak akan berulang..terima kasih kepada penggerak kenangan itu..Nuzdran..Hadaina..Layalia..Adam..Yuthika..Fahmy..dan Shaira..Semoga nama – nama ini berbahagia selalu dengan kehidupan yang dilalui..dan suatu hari nanti kita akan berkumpul kembali seperti Ramadhan 2007..
Dan Ramadhan kali ini..seperti Ramadhan tahun lalu dan 2012..aku banyak menghabiskan masa di Sabasun HyperRuncit sebagai pekerja..sebagai mengisi masa lapang masa cuti semester aku..dan untuk aku melupakan kenangan sedih Sem 4 UMK..namun bukan mudah untuk kita melupakan sesuatu yang kita sayang..semakin jauh kita cuba lari,semakin dekat dia datang..ditakdirkan Tuhan..aku bertemu dengan seseorang..rakan sekerja aku yang sebijik seperti dia..cara jalan..paras muka..memang mirip seperti dia..bila aku pandang dia..pasti kenangan sedih akan datang..tapi bak Zizan Razak..nampak sama tapi bukang diye..
Apapun yang terjadi..hari ini aku bersyukur kepada tuhan..segala dugaan dan cabaran soal hati di sem 4..kini aku dapat terima dengan tenang..soal hati dan perasaan kini ku titipkan noktah buat sementara..cukuplah segala pengalaman  yang aku lalui dan aku terima semua ini sebagai ketentuan takdir.

Dan untuk Syawal yang akan menjelang tiba, aku ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri..Maaf Zahir dan Batin kepada kawan – kawan aku di Kampung Pelong..kawan – kawan aku di SMKpm 2004 – 2009..di UniSZA 2009 – 2012..di Sabasun HyperRuncit..di UMK..semoge semuanya berbahagia selalu..Salam AidilFitri Maaf Zahir Batin... 

Isnin, 14 Julai 2014

Kenangan Sem 4..Harapan Sem 5

Sem 4 telah berlalu..pelbagai kenangan yang berlaku..kadang – kadang langsung aku tidak faham dengan apa yang berlaku..cabaran dan dugaan yang melanda aku sem ini..buat pertama kalinya aku down giler – giler..masalah hati dan perasaan akhirnya memberi aku hilang keyakinan..namun aku bersyukur dengan kawan – kawan aku yang akhir memberi aku tongkat untuk cuba bangkit semula.
Terima Kasih buat SUE kerana selalu memberi aku pandangan..Thanks buat ADDA yang tak putus – putus memberi aku sokongan semangat..juga buat Safiy dan Alif kerana selalu buat aku yakin untuk melangkah dalam kehidupan di UMK ini.
Dan istimewa buat seorang gadis yang aku gelarkan AREFAA..Terima Kasih kerana atas kebahagian yang pernah diberikan..jasa dan kenangan bersama akan terus jadi kenangan abadi selamanya..dan semoga persahabatan yang dibina akan terus berkekalan..walau apa jua keadaan yang berlaku..
Hari ini..aku mula mengerti bahawa segala yang berlaku ada hikmah dari Nya..segala cabaran dan dugaan sem 4 yang berlaku akan menjadi kenangan berharga bagi aku untuk melalui kehidupan di masa hadapan.

Semoga sem 5 yang akan membuka tirai September nanti akan memberi seribu kebahagian buat aku..pastinya aku mengharapkan kejayaan dalam Final Exam sebagai permulaan kebahagian di Sem 5 nanti..InsyaAllah..aku redha dengan apa yang berlaku..aku terima ketentuan dan kehebatan takdir Mu..dengan hati yang terbuka.. 

Label