Sem 4 telah berlalu..pelbagai kenangan yang berlaku..kadang
– kadang langsung aku tidak faham dengan apa yang berlaku..cabaran dan dugaan
yang melanda aku sem ini..buat pertama kalinya aku down giler – giler..masalah
hati dan perasaan akhirnya memberi aku hilang keyakinan..namun aku bersyukur
dengan kawan – kawan aku yang akhir memberi aku tongkat untuk cuba bangkit
semula.
Terima Kasih buat SUE kerana selalu memberi aku
pandangan..Thanks buat ADDA yang tak putus – putus memberi aku sokongan
semangat..juga buat Safiy dan Alif kerana selalu buat aku yakin untuk melangkah
dalam kehidupan di UMK ini.
Dan istimewa buat seorang gadis yang aku gelarkan
AREFAA..Terima Kasih kerana atas kebahagian yang pernah diberikan..jasa dan
kenangan bersama akan terus jadi kenangan abadi selamanya..dan semoga
persahabatan yang dibina akan terus berkekalan..walau apa jua keadaan yang
berlaku..
Hari ini..aku mula mengerti bahawa segala yang berlaku ada
hikmah dari Nya..segala cabaran dan dugaan sem 4 yang berlaku akan menjadi kenangan
berharga bagi aku untuk melalui kehidupan di masa hadapan.
Semoga sem 5 yang akan membuka tirai September nanti akan
memberi seribu kebahagian buat aku..pastinya aku mengharapkan kejayaan dalam
Final Exam sebagai permulaan kebahagian di Sem 5 nanti..InsyaAllah..aku redha
dengan apa yang berlaku..aku terima ketentuan dan kehebatan takdir Mu..dengan
hati yang terbuka..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...