Cinta itu adalah anugerah dari Allah kepada hambaNya..Setiap
orang pasti akan merasai cinta..Namun hari ini aku nak berkongsi kisah cinta
yang bagi aku sangat unik untuk aku kongsi kan kepada semua. Kisah cinta ini
adalah kisah cinta seorang lelaki yang diizinkan untuk dipaparkan disini untuk
tatapan semua.
Kisah cinta lelaki ini bermula pada tahun 2003..ditakdir
Tuhan memberi rasa cinta kepada seorang gadis yang bagi lelaki ini..gadis
terbaik..namun cinta lelaki ini dipermainkan..dia kecewa sehingga tertutup
pintu hatinya untuk bercinta lagi..
Namun sesudah enam tahun, pada tahun 2009, hatinya terbuka
apabila terpandang seorang gadis yang mukanya hampir sama dengan gadis yang
dicintai enam tahun yang lalu..dia menyimpan perasaan cinta dalam hati kerana
takut kecewa lagi..namun perasaan itu diluahkan jua..seperti yang diduga..dia
kecewa kerana cintanya ditolak..akhirnya gadis itu pergi tanpa berita..
Kekecewaan lelaki ini segera terubat seolah tuhan tidak mahu
dia kecewa lagi..pada tahun 2010 didatangkan tanpa diduga seorang gadis yang
cukup sempurna..cukup dengan sifat islamik..membuatkan lelaki ini bersyukur
kepada tuhan..namun dia bimbang untuk menyatakan cinta kerana merasakan dirinya
tidak layak untuk gadis itu..perhubungan terus mekar sehingga kecuaian lelaki
di laman Facebook membuatkan gadis ini kecewa dan meninggalkan lelaki ini.
Lelaki ini kecewa dengan kecuaian diri sendirinya..
Namun tuhan masih bersama lelaki ini dengan menghantar
seorang gadis yang cukup baik..seorang yang selalu memberi semangat kepada
lelaki ini..melalui sikap itu, pada tahun 2011..lelaki ini jatuh cinta dalam
diam kepada gadis ini..lalu diluahkan kepada gadis ini..gadis ini tidak menolak
tetapi gadis ini sebenarnya sudah berpunya..namun gadis ini menyatakan bahawa
dia mahu terus berkawan dengan lelaki ini..lalu segala masalah yang berlaku
kepada lelaki ini..gadis ini selalu menjadi pakar motivasi..memberi semangat
sehingga gadis ini terpaksa pulang ke negeri asalnya..kerana gadis ini adalah
pelajar di sebuah IPTA di negeri lelaki ini..
Setelah kepergian gadis ini,Tuhan seakan tidak mahu lelaki
ini kesunyian..pada tahun 2012 dia datangkan pula seorang gadis yang menambat
hati lelaki..dia jatuh cinta kepada gadis ini..namun gadis ini hanya menjawab
ada jodoh ada lah..perhubungan hanya bertahan 4 bulan apabila gadis ini
menyatakan dia sudah berpunya…kecewa lelaki ini..buat pertama kali lelaki ini
menangis kerana terlalu kecewa…
Namun tuhan datangkan pengganti pada akhir tahun
2012..didatangkan seorang gadis yang bagi lelaki ini cukup comel..diye
meluahkan perasaannya..namun gadis ini menerima tetapi masih bersedih akibat
putus cinta..lelaki ini selalu ada disisi gadis ini..menjadi
penasihat..sehingga takdir menyatukan kembali gadis ini dengan bekas kekasih..lelaki
ini cukup kecewa…dia menangis lagi kerana dia dibuang begitu sahaja..
Hampir setahun lelaki ini kecewa..macam – macam dilakukan
untuk melupakan gadis itu..dia begitu kecewa..dia cuba mencari pengganti namun
takdir telah menetap pada akhir tahun 2013..tuhan datangkan seorang gadis yang
cukup dengan sifat islamik..lelaki ini tertarik lalu meluahkan kepada gadis
itu..gadis itu menerima..perhubungan yang dibina cukup bahagia namun takdir
tuhan..didatangkan bekas kekasih gadis ini..membuatkan gadis ini berada dalam
dilemma dan akhirnya gadis membuat keputusan untuk meninggalkan kedua duanya…
Itulah kisah cinta seorang lelaki yang amat sedih..kini
lelaki itu keseorangan namun dia mampu bergembira..kerana dek pengalaman
cintanya yang lepas..dijadikan tauladan dan pengajaran..yang
akhirnya..kecewanya dalam tidak begitu begitu meresap dalam dirinya kali
ini..dan dia pada kali ini menyatakan bahawa cara terbaik untuk kekal gembira
iaitu REDHA..apabila kita redha dengan setiap yang berlaku dalam hidup
kita..pasti kita akan merasa bahagia…Semoga kisah cinta lelaki menjadi tauladan
kepada semua pembaca..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...