Kehebatan Takdir
Selepas kekecewaan
Dalam soal hati yang lalu
Aku tekadkan pendirianku
Untuk tidak memikirkan lagi
Soal hati.....
Namun....
Takdir tuhan tidak siapa
Dapat menghalangnya
Dia datangkan seorang gadis
Yang akhirnya mengetuk
hatiku
Untuk kembali berbicara
Soal hati....
Lalu aku mulakan langkah
Aku cuba untuk mendekatinya
Tatkala aku hampir gagal
Takdir Tuhan datang lagi
Menyatukan aku dengan dia
Bermula dari situ
Aku dan dia
Berkawan berkenalan
Mencipta pelbagai kenangan
Suka duka pahit manis
Kini…
Aku dan dia
Melayari perhubungan
Yang ditakdirkan ini
Dengan kebahagian
Dan…
Doa ku panjatkan
Kepada sang pencipta
Agar hubungan ini berkekalan
Selamanya..
Aku kembali bersajak hari ini....selepas sekian lama tidak bersajak....sajak ini seperti biasa diadaptasi daripada kisah aku dengan seorang gadis....aku harap perhubungan aku dengan dia kekal selamanya....Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...