Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Rabu, 13 November 2013

Aku Yang Dulu.....Aku Yang Sekarang

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang.....
Dulu....
Aku tidak punya apa-apa...
Seorang budak kampung
Tak tahu apa-apa
Aku mengenali komputer masa umur 16 tahun
Dengan memiliki akaun MySpace....
Itupun
Bergetar tangan nak pegang komputer
Selepas diajak oleh kawan-kawan
Ke Bestari Dot Com
Sebuah pusat Internet percuma
Yang di sediakan oleh Kerajaan Terengganu
Memiliki telefon pada usia 18 tahun...
Itulah aku yang dulu....

Namun hari ini
Semuanya berubah
Aku memiliki blog sendiri
Dengan bantuan kawan baikku
Syed Saifullah pada tahun 2009

Berjaya melangkah ke Universiti
Menjadikan aku lebih banyak berubah
Loghat Terengganu yang pekat
Berubah menjadi biasa-biasa
Namun aku tetap orang ganu boh

Memiliki Diploma Teknologi Multimedia
Dan sekarang Ijazah Pengajian Warisan
Di Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan
Menjadikan aku celik IT

Disebalik aku yang sekarang....ada insan-insan yang berjasa kepada aku...tidak perlu aku catatkan sorang2 kerana terlalu ramai mereka yang bergelar kawan kepada aku....cukup dengan ucapan TERIMA KASIH buat semer kawan aku di SMKPM 2004 - 2009 dan di UNISZA 2009 - 2012 serta mereka yang pernah mengenali aku di SABASUN HYPErRUNCIT Mei - Sept 2012 dan Jun - Ogos 2013 serta kawan2 aku sekarang di Universiti Malaysia Kelantan.....Terima Kasih Semua....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...

Label