Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Selasa, 12 November 2013

Airmata Perjuangan....Sabasun HyperRuncit

Sebut sahaja nama SABASUN HYPErRUNCIT....pasti seluruh rakyat TERENGGANU mengenalinya...sebuah Pasaraya yang bersifat Islamik serta konsisten dalam melaksanakan Kempen Boikot Demi Palestin.....Dan aku juga pernah menjadi sebahagian daripada Keluarga Sabasun......dari bulan Mei 2012 hingga September 2012 sebagai Staff Customer Service dan pada bulan akhir Jun 2013 aku kembali lagi sehingga lah pada Ogos 2013 sebagai Staff S.P.u dan Staff S.S.B.....

Tetapi hari tak nak cerita pasal aku bekerja disini....yang aku nak cerita adalah Kisah Perjuangan Menongkah Arus Sabasun dalam menjadi Sabasun yang berdiri megah pada hari ini....

Kisah Sabasun bermula 18 tahun yang lalu....melalui pembukaan kedai yang kecil yang kini membesar sehingga sehingga memiliki cawangan kedua iaitu Sabasun HyperRuncit 2....(sila kilik untuk sejarah Sabasun http://www.sabasun.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=82&Itemid=62 )

Namun perjalanan Sabasun bukan mudah.....ada saja halangan dari pihak2 tertentu untuk menjatuhkan Sabasun....antara nya ada usaha daripada pihak2 yang berkuasa mahu membuang Parking Lot Jalan di hadapan Sabasun 1 dan mahu mengambil balik Tempat Parking Sabasun 1....Itu di Sabasun 1 belum lagi di Sabasun 2 yang agar keras usahanya dalam menjatuhkan Sabasun 2....

Membenarkan Giant dan Mydin membuka operasi di sebelah Sabasun 2 adalah satu usaha halus bagi menjatuhkan Sabasun 2....namun usaha mengambil balik tanah Sabasun 2 adalah usaha Terang-terangan bagi menjatuhkan Sabasun 2....

Jika Sabasun 2 mahu di ambil tanah.....dan kesannya jika tanah di ambil maka Sabasun akan di roboh....tetapi Alhamdulilah Sabasun 2 terus berdiri sehingga ke hari ini dan Sabasun 2 semakin pesat berkembang dengan pembesaran bangunan Sabasun 2....

Namun usaha yang seakan sama berlaku di Sabasun 1 apabila permintaan Sabasun untuk memperbaharui Lesen pada Januari lalu masih tidak diterima sehingga ke hari ini...iaitu saat coretan ini di tulis...namun bersyukur lah...sehingga ke hari ini SABASUN HYPErRUNCIT 1 dan 2 terus berdiri megah di Bukit Kecil Kuala Terengganu dan di Wakaf Tembesu Gong Badak.

Dan InsyaAllah...Sabasun akan membuka Cawangan ketiga tidak lama lagi....Bersama kite berdoa agar Sabasun terus berdiri kukuh disebalik usaha berterusan menjatuhkannya....semoga kepimpinan Sabasun....Mok su (Pengerusi Sabasun)...Abg Long (Pengarah Urusan)...Abg Ngoh (Pengarah Operasi) terus tabah dalam membawa Sabasun ke Puncak Kejayaan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...

Label