Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Jumaat, 25 Oktober 2013

Hikmah Perpisahan....Meraih Kegembiraan


Baru-baru nie aku terjumpa bende nie kat dalam beg aku....bende nie dibeli semasa aku pergi ke Muzium Diraja Kelantan bersama seseorang.....niat dihati nak bagi kat DIA...tp DIA tak nak....lalu aku simpan dan berhajat nak bg masa birthday DIA....tp tak sempat kerana DIA buat keputusan untuk tinggalkan aku..... 

Semua nie buat aku tringat kembali kenangan silam aku bersama dengan DIA....pada akhir bulan Oktober tahun lepas.....

Kenangan ini bermula disebabkan satu tugasan yang akhirnya membentuk sebuah perhubungan antara aku dan DIA...

Proses menyiapkan tugasan itu mencipta kenangan terindah antara aku dan DIA....Kenangan di Pantai Sabak....seterusnya KB Mall.....Muzium Perang.....Muzium Diraja....Muzium Kraftangan dan berakhir di Pantai Cahaya Bulan....yang pasti membuatkan aku terus mengingati Kenangan lalu...sebgai panduan untuk aku meniti perjalanan hidup ini.

Kenangan ini hanya mampu bertahan sehingga pertengahan bulan Januari tahun ini....sebelum berakhir dengan penuh tragedi.....yang membuatkan terus dilanda kesedihan.....

Namun....hari ini aku bersyukur....aku dipimpin....aku dibangkitkan dengan kata-kata nasihat dari Kawan-kawan.....yang akhirnya aku mampu bangkit....

Kini....aku mampu untuk kembali seperti dahulu.....kenangan bersama kini kusimpan sebagai satu lagi koleksi kenangan terindah dalam hidup ku.....

Dan hari ini juga...aku sekali lagi menadah tangan bersyukur....kerana hikmah dari Kenangan lalu...byk menyumbang kepada Kegembiraan ku hari ini....betul kata pepatah...."Tuhan amik sesuatu yang kita sayang sebab Dia nak bagi yang lebih baik kita..." 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...

Label