Sebelum apa-apa...aku rasa masih belum terlambat...untuk aku ucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua pembaca blog JEJAK AIMAN ini....kerana kita masih berada di bulan SYAWAL....kembali aku ke blog ini...setelah lama tak update sesuatu kat blog ini....hari ini aku nak kongsikan SAJAK TERBARU aku yang bertajuk.....DIsini Ia Bermula....Kisah Hati....Jom kita hayatinya....IN SHA ALLAH....
Disini ia bermula
Ditakdirkan kita bersama
Untuk satu tugasan…
Bermula dari itu…
Kita semakin rapat
Suatu ketika
Awak ada masalah
Awak mengadu kat saya…
Awak kata
Dia sakitkan hati awak…
Dia dah bencikan awak
Awak menangis…
Takpelah awak
Saya ada di sisi awak
Beri awak semangat
Beri awak kenyakinan
Akhirnya…
Awak makin ceria…
Saya gembira…
Awak kata…
Saya lah punca
Awak ceria….
Saya dan awak makin rapat…
Makin serasi bersama…
Selalu bersama…
Mencipta kenangan terindah
Janji mula diukir…
Harapan mula disemai….
Agar kita terus berkekalan
Selamanya…
Namun….
Panas tidak berpanjangan
Awak mula berubah
Mula menyepikan diri
Saya anggap itu hanya gurauan
Tetapi itu lah hakikat
Saya dah hilang awak
Awak yang dulu…
Suatu hari
Saya sentap
Bila awak kata
Awak dengan dia dah baik…
Tapi saya tak kisah
Kerana saya
Hanya impikan persahabatan
Hari ini…
Awak dah lupa saya…
Tapi saya tetap ingat awak…
Awak persenda saya…
Saya sedih…
Awak bahagia dengan dia
Saya hanya memandang
Dengan hati yang calar…
Awak makin jauh dengan-Nya
Tapi saya selalu doa
Agar awak dekat-Nya
Disini Ia Bermula....Kisah Hati adalah sajak terbaru ciptaan aku....pertama kali aku mengunakan perkataan "Saya Awak " dalam sajak aku....Pembaharuan demi pembaharuan agar sajak aku lebih terkini....Sajak ini seperti biasa diadaptasi dari kisah benar....iaitu kisah aku sendiri.....Untuk itu, hayati lah dan ambil pengajaran dari yang tersurat dan tersirat dari sajak ini....IN SHA ALLAH....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...