Alhamdulilah aku kembali lagi ke blog aku nie..agak lama
sebenarnya tak berblog nie..banyak hal yang berlaku menyebabkan blog ini agak
kurang focus sikit..hari ini dah hampir sebulan kita memasuki tahun baru 2015…
Tahun 2014 telah pun meninggalkan kita dengan seribu satu
kenangan yang indah dan sebaliknya..kenangan ini yang akan mematangkan kita
untuk terus melangkah mengenggam apa yang kita inginkan.
Peristiwa MH370..MH17 dan banjir besar yang melingkari calendar
2014 pasti menjadi kenangan yang tak mahu di ulangi lagi dengan izinNya. Namun
peristiwa ini sebenarnya menyatukan kita tanpa mengira politik, agama dan
bangsa..Kita membina semangat perpaduan atas dasar Negara ini kita punya..MH17
membuktikan bahawa Negara kita dihormati dari kawan dan juga lawan..kejayaan
rundingan dengan pemberontak untuk ke kawasan kejadian MH17 membuka mata dunia…DS
Anwar Ibrahim memuji DS Najib Razak atas kejayaan rundingan itu..Itulah
sebahagian coretan peristiwa yang berlaku pada tahun 2014 kepada Negara kita…
2015 kita mengharapkan Negara kita terus melangkah menuju
tahun wawasan 2020…namun beberapa melangkah tahun 2015..kita dikejutkan dengan
kutukan lantang seorang yang mengaku Warganegara mengatakan Khutbah Jumaat
mempromosikan keganasan…kutukan sangat mudah untuk dibalas sebenarnya..kerana
jika sememangnya mempromosikan keganasan…Orang bukan Islam tidak akan duduk
aman di Negara Ini sehingga boleh mengutuk kesucian Agama Islam.
Tidak cukup dengan itu..budaya K.Pop yang di agungkan oleh
Warga Malaysia termasuk mereka yang bergelar pemimpin…akhirnya memakan diri..apabila
dengan bangganya gadis Melayu Islam bertudung memeluk erat Artis Lelaki K.Pop..sedihnya
melihatnya namun itu lah sebenarnya bila Dasar Kebudayaan Negara yang digubal
oleh pemimpin terdahulu dikhianati…
Ayuh..Usah diminta azab Tuhan dengan melakukan perkara yang
dilarang Tuhan..namun mintalah nikmat keamanan dan keberkatan ke Bumi Malaysia
yang kita sayangi ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...