Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Khamis, 3 Mac 2011

Jejak Kejuaraan Sukma

Sukma datang lagi...Sang Juara mahu menjejak kejuaraan lagi...Juara buat kali ketiga....Dengan logo baru dan semangat terengganu Nelang....Bulan jun nanti Kontinjen Terengganu akan menjejak kejuaraan ketiga berturut-turut Sukma yang berlangsung di Kuala Lumpur nanti...Kite Rakyat Terengganu,marilah kita sama2 berdoa agar impian ini menjadi kenyataan....InsyaAllah...Dibawah petikan Akhbar yang menunjuk kenyakinan Kontinjen Terengganu menjejak kejuaraan ketiga...

KONTINJEN Terengganu meletakkan sasaran 24 pingat emas pada Sukan Malaysia XVI (Sukma) di Kuala Lumpur, Jun ini dalam usaha mempertahankan kejuaraan buat tiga tahun berturut-turut dan yakin mampu berbuat demikian berdasarkan kepada ramai atlit berpotensi musim lalu masih kekal mewakili negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat yakin kontinjen negeri mampu mengulangi kejayaan gemilang dengan mencapai sasaran emas itu.

“Saya yakini keupayaan atlet kerana sebilangan besarnya memenangi pingat emas di Sukma Melaka tahun lalu masih bersama kita tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan logo baru Kontinjen Terengganu dan majlis penyampaian insentif skim kemenangan serta insentif skim wakil negara di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Terengganu, semalam.
Hadir sama Ketua Kontinjen Terengganu, Datuk Wan Ahmad Wan Muda dan Pengarah Majlis Sukan Terengganu, Zainal Abidin Husin.

Kontinjen Terengganu menggunakan logo baru tahun ini berbentuk penyu belimbing dengan slogan Terengganu Hanelang.

Rozi berkata, sasaran emas paling banyak dalam acara kanu (10 emas), basikal (4), judo (3), lawan pedang (2), masing-masing satu emas bagi bola tampar pantai, bola baling, futsal , ragbi dan sofbol.

Harapkan Impian ini menjadi kenyataan...Bersama kite menjejak kejuaraan Sukma buat kali ketiga...Doa seluruh warga Terengganu diperlukan....
Ganu Nelang Sokmo Boh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...

Label