Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Selasa, 29 Mac 2011

SENARIO THE BLOGSPOT..

Dulu SENARIO menghiburkan kita...Kita bergelak tawa dengan lawak mereka....Aku juga antara peminat setia SENARIO.....Sekarang SENARIO masih bertahan tapi ada yg mengutuk SENARIO tapi tanpa kita sedar SENARIO adalah Kumpulan Lawak yang paling lama bertahan di Malaysia....Tapi aku mengharapkan akan lahir Kumpulan Lawak baru untuk meneruskan legasi SENARIO....

Dulu bila kita sebut nama kumpulan SENARIO...Pasti orang akan terbayangkan lawak jenakanya...Kini selepasnya 15 tahun berlalu,SENARIO masih lagi wujud dikala ramai yang mengatakan...SENARIO dah tak lawak...dah basi...tak relevan...Tapi aku hairan kenapa TV3 tak pernah lupa untuk menayangkan sitcom SENARIO setiap tahun....Filem2 mereka masih mendapat sambutan...terbaru mereka akan muncul dalam filem terbaru mereka...SENARIO OPS POCOT...Jika disingkap kembali sejarah kumpulan lawak ini...mereka muncul dari program reality Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995....SENARIO ditubuhkan secara rasminya pada 1996 dengan dianggotai oleh 6 anak muda ketika itu...Azlee,Wahid,Mazlan,Hamdan,Ilya dan Syamsul....Nama SENARIO dikatakan berasal dari perkataan Senang Riuh..hasil idea Syamsul..Bermula 1996 mereka mewarnai industry lawak Negara....pada tahun 1997,Hamdan,Ilya dan Syamsul mengundur diri....Azlee,Wahid dan Mazlan berusaha meneruskan legasi SENARIO sehinggalah kedatangan Saiful Apek pada tahun 1998...Tahun 1999 bermula zaman kegemilangan SENARIO.....tahun inilah mereka muncul dgn filem sendiri iaitu SENARIO THE MOVIE....selepas kejayaan filem ini mereka digelar....Kumpulan Lawak No 1 Malaysia...Tahun 2000 Yassin Yahya menjadi anggota baru SENARIO dan Tahun ini juga mereka muncul pula dgn filem SENARIO LAGI....Bermula dari itu mereka terus mengorak langkah untuk filem ketiga LAGI LAGI SENARIO....tetapi jangka hayat Yassin Yahya bersama SENARIO tidak panjang...pada tahun 2002,Yassin terpaksa meninggalkan SENARIO kerana masalah peribadi....Tetapi itu tidak mematahkan semangat empat anggota yang lain apabila mereka terus mengorak langkah untuk Filem keempat mereka LANG BUANA pada tahun 2003....Tahun 2004 SENARIO kehilangan ayam tambatan mereka,Saiful Apek...apabila ingin bergerak secara solo....Populariti SENARIO kian merundum tanpa Saiful Apek....tetapi untuk menyelamatkan SENARIO,mereka muncul dgn Filem SENARIO XX pada tahun 2005 bersama Saiful Apek dan Yassin Yahya....walaupun populariti SENARIO semakin merundum tetapi sambutan terhadap filem2 mereka masih memberangsangkan....2007 mereka muncul lagi dgn Filem PEMBURU EMAS YAMASHITA....tetapi tahun ini juga mereka menghadapi krisis fitnah dgn Pengarah mereka Aziz M Osman....Selepas itu SENARIO terus merundum tanpa filem sehinggalah David Teoh mengatakan mahu membuat filem SENARIO....ketika itu ramai yang mempersoalkan keputusan David Teoh tetapi beliau tetap dgn keputusan...dan kini kita melihat populariti SENARIO meningkat semula....

Diharap SENARIO terus berjaya dan selepas ini akan ada dan wujud kumpulan baru untuk meneruskan Legasi SENARIO....InsyaAllah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...

Label