Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Selasa, 22 Februari 2011

Balasan (Setiap Pembuatan Ada BalasanNya)

Setiap kita usahakan pasti akan mendapat balasanNya....Dibawah ini adalah skrip cerita yang aku ciptakan sempena projek Audio Video....Tp skrip tidak dapat menarik minat kawan-kawanku....Jadi aku letakkan lah kt dlm blog ini....Tak lupa gak kpd Kawan2 aku yang berjaya dlm STPM,aku ucap Tahniah...Ingatlah Setiap Pembuatan yang kita lakukan akan mendapat balasanNya...
 
Balasan
(Setiap Pembuatan Ada BalasanNya)

Kisah ini mengisahkan kehidupan seorang pelajar Kolej hazman.Cerita ini bermula ketika Hazman sedang membaca akhbar bersama kawan-kawannya pada waktu makan malam.Tiba-tiba dia terbaca berita seorang gadis yang membunuh diri kerana putus cinta.Mereka pun mengulas berita itu.
    Selepas itu,mereka pun balik ke bilik masing-masing.Tiba-tiba,hazman sakit perut dan pergi ke tandas.Semasa dalam tandas,Hazman merasa ada sesuatu yang memerhatikannya.Tetapi,dia tidak memperdulikannya dan terus ke biliknya.
    Hazman masuk kedalam bilik dan tiba-tiba dia ternampak ada anak patung di atas katil.Tetapi sekali lagi,dia tidak memperdulikannya dan terus membuang anak patung itu.
    Keesokannya,Hazman pergi ke kelas seperti biasa dengan kawan-kawannya.Sering kali juga ketika didalam kelas dia merasa seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikannya.Hazman merasa pelik dengan keadaan yang menimpa dirinya.
    Pada waktu malam,ketika dia hendak tidur,tiba-tiba dia ternampak anak patung yang dibuangnya semalam berada di atas katil.Dia memegang anak patung itu dan berfikir kenapa anak patung masih berada di atas katilnya lagi. Secara tiba-tiba, dia teringat kenangan bersama kekasihnya bahawa dia pernah menghadiahkan anak patung kepada kekasihnya pada hari lahir kekasihnya.Tiba-tiba badan hazman berpeluh dan dia merasa seram lalu dengan keadaan tergesa-gesa dia membuang anak patung itu sekali lagi dan terus berselimut diatas katilnya.
    Keesokkannya,kawan hazman datang kebilik untuk mengajak pergi kelas.Kawannya terkejut melihat keadaan biliknya yang berselerak manakala hazman tiada didalam biliknya.Tiba-tiba,Hazman datang dari belakang mengejutkan kawannya.Keadaan Hazman yang lesu dan tidak bermaya menimbulkan kemusykilan kepada kawannya.
    Dengan keadaan yang berlaku kepada dirinya,Hazman tidak tahan lagi lalu menceritakan kepada kawannya tentang keadaan yang berlaku kepada dirinya.Kawan-kawannya juga pelik dengan keadaan yang berlaku kepada diri Hazman.
    Pada malam berikutnya,Hazman sekali lagi diganggu anak patung itu.Tetapi pada kali ini,anak patung berdarah dan memanggilnya “papa” membuatkan Hazman keluar dari biliknya dan berlari meninggalkan biliknya.Ketika berlari,tiba-tiba dia terserempak dengan anak patung yang sedang menangis lalu Hazman menukar arah lariannya.Ketika sedang berlari,dia terserempak pula kawan-kawannya.Dia beritahu kawannya bahawa dia sedang dikejar anak patung.Ini menambahkan lagi rasa musykil kepada kawannya.
    Keesokannya,dia duduk bersendirian dan berfikir kenapa dia mengalami gangguan demi gangguan.Tiba-tiba  dia teringat lagi kenangan bersama kekasihnya,dia teringat bahawa dia pernah terlanjur dengan kekasihnya.Kekasihnya mengandung tetapi dia tidak mahu bertanggungjawab dan mengambil keputusan untuk sambung belajar ke kolej ini.Dia merasakan mungkin ini punca segala gangguan yang berlaku kepadanya.Hazman tiba-tiba menyesal lalu berdoa kepada tuhan memohon ampun keatas dosa-dosa yang pernah dilakukannya.
    Hazman juga mengambil keputusan untuk kembali ke kampungnya bagi memohon kemaafan daripada kekasihnya.Sekembalinya dikampung,dia diberitahu oleh keluarganya bahawa kekasihnya baru sahaja mati dalam keadaan yang mengerikan.Berita ini memberi tekanan yang amat dasyat kepada Hazman.
    Seminggu kemudian,kawan-kawannya datang kebiliknya setelah seminggu hazman menghilangkan diri.Alangkah terkejut melihat Hazman bercakap seorang diri dalam keadaan gembira dan sedih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...

Label