Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Jumaat, 22 November 2013

KEHEBATAN TAKDIR : Permulaan Sebuah Perhubungan

Selepas aku kehilangan seseorang yang pernah memberi semangat kepada aku pada Sem 1 dahulu....sehingga aku down di Sem 2....hari ini aku bersyukur aku dipertemukan Tuhan dgn seseorang yang boleh memberi semangat baru untuk aku bangkit kembali di Sem 3 ini....

Takdir tuhan menemukan aku dengan dia di sem ini adalah tepat pada masanya....ketika aku merancang untuk jadi sem ini sem kebangkitan aku....InsyaAllah semoge dipermudahkan tuhan.

Kisah aku dan dia berkait rapat dgn takdir dari Tuhan....kerana pada suatu hari aku terpandang dia...lalu dihati aku teringin untuk memiliki ikatan persahabatan dengan dia....selepas itu aku tak jumpa lagi dia..

Namun,takdir tuhan tak siapa dapat menghalang....group dia meminta pertolongan aku....aku rasa inilah masanya untuk aku memulakan....dengan sokongan sahabat aku....aku mulakan langkah perkenalan...dengan penuh kesyukuran aku bersyukur....langkah perkenalan aku diterima..lalu disitu bermulalah segalanya.

Tanpa ku sangka...bermula kisah aku dan dia....dengan takdir tuhan....membenarkan aku dan dia.....melayari ikatan persahabatan yang terjalin....berbual mesra....bergurau senda....menjadikan aku dan dia semakin rapat....semakin serasi......lalu terbina sebuah perhubungan....janji dan ikrar mula diukir....agar kisah ini terus berkekalan....selamenya

Dan pada tuhan....
Aku bersyukur kerana denganMu jua....
Perhubungan ini terbina....
Memohon agar 
Kau lindungilah 
Dan jagelah agar perhubungan yang terjalin ini....
Berada di landasanMu selalu....
Dan terakhir Terima Kasih Tuhan....

Dan kepada dia
Aku mengucapkan Terima Kasih
Kerana sudi bersamaku
Melalui
Ikatan perhubungan ini
Dan semoge
Ia kekal selamenya


= 31.10.13 ==AreFaa=

Rabu, 13 November 2013

Aku Yang Dulu.....Aku Yang Sekarang

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang.....
Dulu....
Aku tidak punya apa-apa...
Seorang budak kampung
Tak tahu apa-apa
Aku mengenali komputer masa umur 16 tahun
Dengan memiliki akaun MySpace....
Itupun
Bergetar tangan nak pegang komputer
Selepas diajak oleh kawan-kawan
Ke Bestari Dot Com
Sebuah pusat Internet percuma
Yang di sediakan oleh Kerajaan Terengganu
Memiliki telefon pada usia 18 tahun...
Itulah aku yang dulu....

Namun hari ini
Semuanya berubah
Aku memiliki blog sendiri
Dengan bantuan kawan baikku
Syed Saifullah pada tahun 2009

Berjaya melangkah ke Universiti
Menjadikan aku lebih banyak berubah
Loghat Terengganu yang pekat
Berubah menjadi biasa-biasa
Namun aku tetap orang ganu boh

Memiliki Diploma Teknologi Multimedia
Dan sekarang Ijazah Pengajian Warisan
Di Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan
Menjadikan aku celik IT

Disebalik aku yang sekarang....ada insan-insan yang berjasa kepada aku...tidak perlu aku catatkan sorang2 kerana terlalu ramai mereka yang bergelar kawan kepada aku....cukup dengan ucapan TERIMA KASIH buat semer kawan aku di SMKPM 2004 - 2009 dan di UNISZA 2009 - 2012 serta mereka yang pernah mengenali aku di SABASUN HYPErRUNCIT Mei - Sept 2012 dan Jun - Ogos 2013 serta kawan2 aku sekarang di Universiti Malaysia Kelantan.....Terima Kasih Semua....



Selasa, 12 November 2013

Airmata Perjuangan....Sabasun HyperRuncit

Sebut sahaja nama SABASUN HYPErRUNCIT....pasti seluruh rakyat TERENGGANU mengenalinya...sebuah Pasaraya yang bersifat Islamik serta konsisten dalam melaksanakan Kempen Boikot Demi Palestin.....Dan aku juga pernah menjadi sebahagian daripada Keluarga Sabasun......dari bulan Mei 2012 hingga September 2012 sebagai Staff Customer Service dan pada bulan akhir Jun 2013 aku kembali lagi sehingga lah pada Ogos 2013 sebagai Staff S.P.u dan Staff S.S.B.....

Tetapi hari tak nak cerita pasal aku bekerja disini....yang aku nak cerita adalah Kisah Perjuangan Menongkah Arus Sabasun dalam menjadi Sabasun yang berdiri megah pada hari ini....

Kisah Sabasun bermula 18 tahun yang lalu....melalui pembukaan kedai yang kecil yang kini membesar sehingga sehingga memiliki cawangan kedua iaitu Sabasun HyperRuncit 2....(sila kilik untuk sejarah Sabasun http://www.sabasun.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=82&Itemid=62 )

Namun perjalanan Sabasun bukan mudah.....ada saja halangan dari pihak2 tertentu untuk menjatuhkan Sabasun....antara nya ada usaha daripada pihak2 yang berkuasa mahu membuang Parking Lot Jalan di hadapan Sabasun 1 dan mahu mengambil balik Tempat Parking Sabasun 1....Itu di Sabasun 1 belum lagi di Sabasun 2 yang agar keras usahanya dalam menjatuhkan Sabasun 2....

Membenarkan Giant dan Mydin membuka operasi di sebelah Sabasun 2 adalah satu usaha halus bagi menjatuhkan Sabasun 2....namun usaha mengambil balik tanah Sabasun 2 adalah usaha Terang-terangan bagi menjatuhkan Sabasun 2....

Jika Sabasun 2 mahu di ambil tanah.....dan kesannya jika tanah di ambil maka Sabasun akan di roboh....tetapi Alhamdulilah Sabasun 2 terus berdiri sehingga ke hari ini dan Sabasun 2 semakin pesat berkembang dengan pembesaran bangunan Sabasun 2....

Namun usaha yang seakan sama berlaku di Sabasun 1 apabila permintaan Sabasun untuk memperbaharui Lesen pada Januari lalu masih tidak diterima sehingga ke hari ini...iaitu saat coretan ini di tulis...namun bersyukur lah...sehingga ke hari ini SABASUN HYPErRUNCIT 1 dan 2 terus berdiri megah di Bukit Kecil Kuala Terengganu dan di Wakaf Tembesu Gong Badak.

Dan InsyaAllah...Sabasun akan membuka Cawangan ketiga tidak lama lagi....Bersama kite berdoa agar Sabasun terus berdiri kukuh disebalik usaha berterusan menjatuhkannya....semoga kepimpinan Sabasun....Mok su (Pengerusi Sabasun)...Abg Long (Pengarah Urusan)...Abg Ngoh (Pengarah Operasi) terus tabah dalam membawa Sabasun ke Puncak Kejayaan.....

Selasa, 5 November 2013

Kehebatan Takdir....Dua Hati Bersatu

Kehebatan Takdir

Selepas kekecewaan
Dalam soal hati yang lalu
Aku tekadkan pendirianku
Untuk tidak memikirkan lagi
Soal hati.....

Namun....
Takdir tuhan tidak siapa
Dapat menghalangnya
Dia datangkan seorang gadis
Yang akhirnya mengetuk hatiku
Untuk kembali berbicara
Soal hati....

Lalu aku mulakan langkah
Aku cuba untuk mendekatinya
Tatkala aku hampir gagal
Takdir Tuhan datang lagi
Menyatukan aku dengan dia

Bermula dari situ
Aku dan dia
Berkawan berkenalan
Mencipta pelbagai kenangan
Suka duka pahit manis

Kini…
Aku dan dia
Melayari perhubungan
Yang ditakdirkan ini
Dengan kebahagian

Dan…
Doa ku panjatkan
Kepada sang pencipta
Agar hubungan ini berkekalan
Selamanya..

Aku kembali bersajak hari ini....selepas sekian lama tidak bersajak....sajak ini seperti biasa diadaptasi daripada kisah aku dengan seorang gadis....aku harap perhubungan aku dengan dia kekal selamanya....Amin...

Label