Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Sabtu, 29 Oktober 2011

Penyu Menagih Kejuaraan....

Alhamdulilah malam nie penyu kembali ke FINAL PIALA MALAYSIA...... setelah menanti 10 tahun ke pentas akhir Piala Malaysia.....tahun nie pasukan penyu....pasukan negeri kelahiranku....gah ke pentas akhir....tahun 2001 ialah kali terakhir pasukan negeriku....TERENGGANU ke pentas akhir dan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama....ketika itu aku berada di Sekolah rendah...tahun empat....masih ku ingat bagaimana pasukan TERENGGANU ketika itu bangkit berjuang setelah ketinggalan 1-0 kepada pasukan PERAK....nama ROSDI TALIB dan SAPIAN WAHIB pasti dikenang seluruh rakyat TERENGGANU...kerana hasil jaringan mereka membolehkan kapten TERENGGANU ketika itu...ZULHARISYAM  AWANG menjulang Piala Malaysia buat kali pertama...Tahun ini TERENGGANU kembali dengan harapan menggunung rakyat TERENGGANU untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua....Bagi aku,tahun 2011 adalah terbaik untuk mengulangi sejarah 2001...kerana TERENGGANU memiliki barisan pemain yang hebat di segenap posisi....Posisi Penjaga gol dipegang oleh Penjaga Gol Negara....Sharbinee Allawee sememang cukup dikenali....dalam Liga Super membuktikan Gawang TERENGGANU antara yang paling sedikit dibolosi....Ia juga dibantu oleh benteng pertahanan kukuh yang diketuai oleh kapten TERENGGANU....Marzuki Yusof yang juga digelar Kete Kebal....yang bergandingan dengan Faizal Muhamad....dibantu oleh Mazlizam dan Wan Zubir Azmi dikiri dan kanan.....bahagian tengah pula tampak kental apabila Ismail dan Resyafiq bergandingan dibantu pula oleh dua perancang berbisa TERENGGANU.....Joseph yang digelar Messi Ganu di sebelah kanan dan disebelah kiri pula....tampak berbisa dgn SILENT KILLER TERENGGANU....Ashari Samsudin yang kadang kala bertindak sebagai Penyerang....bahagian depan sempurna dengan gandingan Abdul Manaf dan Abdul Hadi.......Alhamdulilah jika tiada halangan dan izin ALLAH....InsyaALLAH piala Malaysia kembali ke bumi TERENGGANU....dengan pencaturan jurulatih berpengalaman Haji Irfan Bakti Abdul Salim dan sokongan serta doa seluruh rakyat....InsyaALLAH...PENYU bukan menagih kejuaraan...tapi menjulang Piala Malaysia...InsyaAllah tarikh 29.10.2011 iaitu malam ini akan menjadi sejarah baru.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...

Label