Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Khamis, 16 Mei 2013

Bulan MEI : Dari Pandangan Aku

Ari nie ari ke 16 kite berada di bulan MEI....bulan yang sangat aku tunggu2 kn....kerana dalam bulan nie adalah bulan kelahiran aku dan juga beberapa kawan2 aku yang lain....HARI GURU dan HARI IBU juga disambut pada bulan nie....

HARI IBU...
Disambut hari ahad minggu kedua bulan MEI...
Tapi kecoh baru2 nie...
Ada yang kate tak elok sambut hari ibu
Kerana sejarah hari ibu tu sendiri....
Tetapi bagi aku...
Sambutlah selagi tak bercanggah dengan nilai-nilai ISLAM...
Aku tak sambut....TETAPI aku bagi ucapan...
Melalui telefon....Hello,selamat hari ibu Ma....

HARI GURU...
Tanggal 16 MEI setiap tahun
Sambutan hari GURU diadakan
Aku juga tertarik untuk mengucapkan 
SELAMAT HARI GURU
Buat guru-guru aku kat
SEK KEB PADANG MIDIN
Iaitu Cikgu ZABEDAH yang pernah tampar aku..
CIKGU BAHAR yang pernah tarik rambut aku...
CIKGU AZAMI yang pernah cubit perut aku...
CIKGU NAZIAH DAN CIKGU KAMISAH
Pernah hantar aku balik rumah kerana sakit perut...
 Dan Cikgu AZAHAR DAN SIR JAILANI
Bagi aku CIKGU terbaik di SKPM...
Buat guru guru aku kat 
SEK MEN KEB PADANG MIDIN
Iaitu USTAZAH AIDA, CIKGU NAWAL
CIKGU NASPU, CIKGU HARUN
SIR NIK AZMI, SIR LEE LAI FANG
CIKGU ASMAH, CIKGU ZULFAREH
CIKGU YUSRI, USTAZAH AZIZAH
Juga buat PENSYARAH aku kat 
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
seperti PN AZILAWATIE, PN MALA
EN RIZHAM, EN MAT ATAR
EN SUFFIAN, PN FAUZIAH
serta juga PENSYARAH aku kat
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Iaitu EN HARIS, EN EZRAN
EN SUHAIMI, EN ISA
Terima Kasih buat Cikgu2 dan pensyarah
Kerana mendidik aku 
Sehingga aku berada dimana 
Aku berada sekarang...

SUHAFIZAL, INA, DIYANA, FAREHA, WAHIDAH
Di sepanjang bulan ini juga...
Kawan-kawan aku ini akan bergembira...
Menyambut Ulang kelahiran mereka...
Dimana ari ini 16 MEI...
SUHAFIZAL atau PEJA 
Seterusnya 25 MEI
INA dan DIYANA pula
Dan tanggal 27 MEI pula
Giliran FAREHA bergembira
Dan di akhiri dengan GADIS MELAKA WAHIDAH
Iaitu pada tarikh 31 MEI 
Jadi aku ingin ucapkan...
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN
Buat mereka ini...
SEMOGA PANJANG UMUR
DIMURAHKAN REZEKI...

Itulah sebab mengapa bulan MEI sentiasa aku tunggu setiap tahun...bulan yang penuh dengan hari2 penting dan kadang kala perlu kita hayati dan kita sambut seperti HARI GURU dan HARI IBU...kerana dari IBU kita DILAHIRKAN dan DIBESARKAN....seterusnya dari GURU...kita diberi ILMU untuk menjadi MANUSIA YANG SEMPURNA....IN SHA ALLAH....

Khamis, 9 Mei 2013

Terima Kasih Kutuk Aku


Hari ini aku kembali ke utk update sesuatu kat blog nie....dh lame aku tak update blog nie....bkn malas tapi terlalu sibuk dengan assignment....sebut psl assignment nie...aku jadi sedih....bila....

AKU AJAR DIA....DIA KUTUK AKU...
Apa korang rase...bila kita ajar diye....tiba-tiba diye kutuk kite....memang kite akan kate diye tu...memang tak sedar di untungkan....yang terjadi kat aku nie....aku ajar o
rg yang selame nie aku hormat diye...kerana pada sem lepas diye yang banyak bg aku....semangat dan harapan....tapi sem nie....diye jd bala kt aku....suatu hari....aku ajar diye Adobe Illustrator....bkn setakat ajar...tp tlg buat sekali....tp di belakang aku diye KUTUK aku....PERLEKEHKAN aku....cerita KEBURUKAN aku pada org lain....TERSENTAP aku bila aku dgr semua nie....sampai hati diye....tak pe lah....mungkin diye nie SEMPURNA sgt kot....mungkin diye nie BAIK sgt kot....

AKU TAK KAN AJAR DIA DAH
kini aku bawa hati yang sakit nie....kini aku berjanji pada diri aku....aku TAK nak ajar dia lagi dah....STOP...

SURAT TERBUKA UNTUK DIA
Buat diye
Andai diye baca blog nie..
Terima kasih banyak-banyak
Beri aku semangat dan harapan dulu
Kutuk dan perlekeh aku
Selepas aku ajar kau
Dan
Aku janji
Aku tak kan ajar kau lagi dah
Aku tak nak tolong kau dah...
Kerana kau baik sangat
Sempurna sangat kan...
Dan akhirnya
Aku nak cakap dgn kau
Aku tak rugi apa-apa...
Tapi kau yang rugi..
Sebab kau akan hilang
Org yang boleh ajar kau
Adobe Photoshop
Adobe Illustrator
dan sem 3 nanti
Adobe Dreamweaver

Aku betul berharap dia dapat membaca blog ini....biar diye rase apa yang aku rase....diye yang mulakan permainan ini...aku hanya meneruskan....jangan salahkan aku...aku tak kan cari pasal dgn org....kalu org tak cari psl dgn aku....

Apa salah aku kat diye....sampai diye kutuk aku....perlekeh aku...mcm gini.....pape pun...Terima kasih banyak-banyak....KUTUK aku....PERLEKEH aku...aku TAK KAN BALAS....kerana aku tak de hak utk balas....biar ALLAH yang BALAS semuanya.....ALLAHUAKBAR

Khamis, 4 April 2013

Terima Kasih Sahabat



Cuti Mid Sem….
Alhamdulilah….tanpa aku sedari….ak dah berada separuh di Sem 2 UMK….esok tepat pukul 10 mlm aku berangkat pulang ke kampung….kembali ke bumi asal ku….Terengganu….menandakan bermula cuti mid sem….

Kecewa….
Memulakan perjalanan dengan kekecewaan….kehilangan seorang kawan….seorang teman yang banyak berjasa kepada aku….sehingga mencipta kejayaan gemilang…dalam final Exam sem 1….

Syukur….
Namun….aku bersyukur….punya kawan yang membantu aku bangkit….untuk bangkit….dari kekecewaan itu….dengan memberi ku semangat dan harapan baru….agar dapat mempertahankan kejayaan sem 1 dulu….In Sha Allah

Sahabat UMK….
Dan di Umk….aku ada Alif, Aiman dan Safiy…..ada Sue…Nad….Emi…Zue…Zieyan….serta banyak lagi mereka yang mencipta kenangan bersama ku….untuk separuh pertama Sem 2 UMK….Terima kasih pernah menegur salah silap aku….membimbing….memberi kepercayaan…dan menerima aku sebagai kawan dengan seadanya….Terima Kasih…


Itulah kita….memiliki kisah duka dan kecewa….dan kita perlu bangkit dari duka dan kecewa itu….kerana kehidupan perlu diteruskan….namun mungkin kita tidak berdaya untuk bangkit sendiri….lalu kawan menjadi tongkat untuk kita bangkit….di sinilah kita mengenali siapa yang akan sebenarnya menjadi kawan kita….dan justeru itulah….ada kawan pernah berkata….”dia bercinta sampai lupa kita nie kawan dia….tp bila dia putus nanti atau ada apa masalah kita jugalah yang dia cari,”….jadi hargailah kawan kita sementara ada di sisi kita….

Ahad, 31 Mac 2013

Gadis Special Kembali....Hepy Besday



Setelah dua tahun terpisah…..kini perhubungan kita kembali terjalin….terima kasih kepada tuhan kerana kembali menyatukan kita….dan memakbulkan doa2 aku….Terima kasih gadis Specialku kerana sudi meneruskan kembali perhubungan ini…..Aku bersyukur kepada tuhan kerana memberi ruang untuk memperbetulkan salah silap ku dulu….Dan kepadamu gadis Specialku…aku ciptakan sajak ini khas untukmu…..sempena ulang tahun kelahiranmu….
Kemarin
Aku masih berdoa
Kepada tuhan
Agar kembali menyatukan kita
Agar dapat ku ubah
Segala kesakitan dengan kebahagian

Walaupun
Tuhan datangkan pengganti
Namun dirimu
Tetap ku nanti
Tetap Ku tunggu

Kerana
Dirimu terlalu istimewa
Pernah memimpin aku
Ketika aku jatuh
Mengejutkan aku
Ketika aku dalam lamunan

Hari ini
Aku menadah tangan
Mulut mengucap syukur
Doa dimakbulkan tuhan
Kita kembali bersama

Tuhan
Ku bersyukur kepadaMu
Kerana memberiku peluang kedua
Untuk tebus segala kekurangan
Agar kebahagiaan
Menjadi milik kita

Teman
Terima Kasih ku ucapkan
Kerana kembali
Meneruskan perhubungan ini
Aku cukup terharu
Dan aku akan cuba
Menjadi yang terbaik
Di antara yang terbaik

Hari esok dan esok
Bersamalah kita terus berdoa
Agar perhubungan ini
Dikekalkan tuhan
Dan diberkati Nya
In shaa Allah

Dan diharapkan perhubungan ini…kekal untuk selamanya….dan perhubungan yang pernah terjalin mampu menjadi pengajaran buat kita….agar tidak berulang lagi segala salah silap dulu…InshaAllah.

Aku juga ingin ucapkan salam ulang tahun kelahiran buatmu…semoga hidupmu terus diberkati oleh Allah dan dibawah perlindunganNya selalu…Amin…

Rabu, 27 Mac 2013

Sajak Terbaru....Hikmah Pertemuan


Hikmah Pertemuan

Kita bertemu dan berkawan
Atas takdirNya
Dan pastinya ada hikmah
Yang tersembunyi

Namun kita gagal….
Gagal untuk mentafsir
Kita buta untuk melihat
Melihat hikmah
Yang tersembunyi

Ketahui
Allah datangkan pertemuan
Pasti ada sebabnya
Adakala Dia datangkan
Pertemuan antara
Lelaki dan perempuan
Disusuli pula dengan cinta

Namun bukan untuk
Jadikan mereka
Pasangan bercinta
Tetapi untuk menguji mereka

Kadang kala….
Allah datangkan seorang lelaki
Kepada perempuan
Yang sedang bergaduh
Dengan pasangannya

Bukan untuk menjadi
Batu api atau menjadikan mereka
Pasangan bercinta
Tetapi
Pakar motivasi
Agar perempuan itu
Tidak tersilap langkah

Justeru
Sedarlah….setiap pertemuan
Pasti ada sebab
Yang mengiringinya
Dan bila pertemuan itu
Sudah menemui sebabnya
Ia akan berakhir
Dan kita perlu menerimanya
Sebagai hikmah pertemuan…..

Jumaat, 15 Mac 2013

Terima Kasih UniSZA



Alhamdulilah…sudah cukup sebulan aku berada di Sem 2 UMK….Setelah aku berada di UMK….kini aku nak bagitau bahawa….walaupun aku mencipta pelbagai kenangan di UMK…tapi jauh di sudut hati….UniSZA tetap terbaik…..

UniSZA mengajar aku….cara berkawan….menerima kawan dengan seadanya….itu kata Wahida….kawan aku kat UniSZA dulu….dan daripada pengalaman ini lah yang memudahkan aku di UMK….tetapi sayang mereka tidak seperti anda….wahai sahabat terbaikku UniSZA….kini aku rindu kan anda….betullah kate pepatah…..kite hanya menghargai seseorang tu bila diye dh tak bersama kita lagi…..

Nazrin…..kau memang pakar motivasi aku….kawan sembang bola yang terbaik….kini aku belum jumpa pengganti mu….Kini aku rindukan kritikan mu….kutukan mu….kritikan dan kutukan mu selalu membuatkan aku terfikir akan kebenaran kata-kata itu….

Abqari…..aku tak tahu kenapa aku boleh suka berkawan dgn kau….walaupun kau sering kutuk aku….tapi aku boleh senyum jew….haha…pelik betulkan….tapi yang paling aku rindu….ialah kau jadikan aku seperti pakar motivasi cinta…..haha

Ain dan Wahida…..kawan yang sentiasa bagi semangat kat aku….beri aku keyakinan baru….menyokong aku walaupun tau ia memang salah aku….bagi aku nasihat…..aku rasa tanpa diorang nie….aku mungkin tidak berada seperti mana aku berada skunk…..Terimalah kawan anda dengan seadanya….kata wahida….ketika aku berada di sem 2 UniSZA….selepas aku gagal dalam Final Exam Sem 1 UniSZA…..Ain juga pernah berkata kat aku….Kau mampu lakukan….setiap kali ada apa2 presentation….yang paling aku ingat adalah ketika dalam proses menyiapkan Final Projek Diploma….

Dan buat semua kawan aku kat UniSZA….termasuklah Safwan dan Faisal….aku rindukan korang….gelagat koranglah yang mematangkan….mengajar aku cara berkawan….mengajar aku sebuah kehidupan….dan terakhirnya aku doakan….buat semua kawan2 aku kat UniSZA….yang kini bertaburan di seluruh Negara….Gudluck and Take Care…..

Serta buat pensyarah terbaik aku kat UniSZA…..En Mat Atar…En Rizhan….dan Pn Fauziah….terima atas semangat dan dorongan yang diberikan…..sebelum ke UMK….didorongnya untuk pergi….dan kini aku di UMK….di baginya semangat….agar aku Berjaya mencipta kejayaan yang lebih cemerlang lagi….Terima kasih atas segala-galanya….akan ku buktikan…..

Isnin, 11 Mac 2013

Selamat Tinggal Penderitaan



Hari ini aku titik kn noktah dalam usaha ku….untuk kembali kan semula persahabatan kita….bukan aku sudah berputus asa…tapi sikap mu yang seolah-olah membenci diri ini….tidak mengapa…jika itu yang kau pinta…aku turut kn…demi kebahagiaan mu….kerana bagiku…kebahagiaan mu adalah kebahagiaan ku jua…

Namun keputusan ku ini bukan bermakna aku melupakanmu….tidak sama sekali…kerana bagiku…sekali aku berkawan….selama tetap dihatiku….segala kenangan yang tercipta akan tetap ku kenang untuk selama-lamanya…bukan mudah untuk ku lupakan kenangan bersamamu….kenangan ke kelas bersama….makan bersama….shopping bersama….berkongsi masalah bersama….semuanya bersama…

Tapi itu dulu….aku terima ketentuan takdir….bahawa kini kita jauh terpisah….bukan kerana aku…tapi keputusan mu sendiri memisahkan kita….tidak mengapa….mulai hari ini…aku akan berhenti dari menagih persahabatan mu….

Selamat tinggal kawan….segala kenangan terindah antara kita akan terus ku kenang buat selamanya….aku doakan agar kau berbahagia dengan kehidupan mu….aku akan pergi…tak kan kembali….jgn lah kau cari aku lagi….kau cari lah pengganti baru….untuk jadi pakar motivasi…jika kau dihimpit masalah….menjadi penghibur dikala kau kesunyian….

Ini adalah coretan terakhir aku….buat seorang insan….seorang teman…seorang kawan….semasa aku di Sem 1 UMK dulu….Terima kasih kerana beri kn aku kebahagiaan….dan pengalaman yang amat berguna untuk aku terus Berjaya dan cemerlang dalam Sem 2 ini….In Shaa Allah…

Sabtu, 9 Mac 2013

Kesinambungan Sajak " Dugaan Cinta "


Hari itu
Takdir tuhan menemukan kita
Kita berkawan dan bermesra
Terbit rasa sayang
Lalu kita berjanji
Kita akan terus berkawan

Namun
Dalam setiap perhubungan
Pasti ada dugaan dan cabaran
Kita tempuh dan harungi bersama
Perhubungan itu terus mekar

Hari ini
Kau berada di persimpangan
Memaksa kau membuat pilihan
Pilihan di antara dua

Pilihan telah dibuat
Membuatkan kita terpisah
Namun ku yakin
Perpisahan ini sementara
Demi kematangan kita

Hari esok
Aku akan terus berharap
Dan berharap
Takdir tuhan sekali lagi
Menemukan kita

Kerana ku percaya
Pada kekuatan doa
Serta ku yakin
Pada takdir yang memisahkan kita
Takdir juga
Yang akan menyatukan kita

Sajak ini telah dicipta ketika aku dalam kesedihan...namun berjaya juga aku mencipta sajak ini....sajak ini adalah kesinambungan sajak DUGAAN CINTA....tapi sajak ini bukan sajak realiti keadaan ini....sajak ini hanya lah kesinambungan sajak DUGAAN CINTA....ia juga menunjuk kan kehidupan kita perlu menerima realiti dan takdir dalam kehidupan kita....bila kita menerima takdir hidup kita...kita akan tenang....dan rasa bahgia....hahahahahak...

Khamis, 28 Februari 2013

Ketentuan Takdir


Alhamdulilah aku melalui minggu kedua sem 2 Umk ini dengan penuh kebahagiaan….Tuhan itu sentiasa bersama kita…Dia tidak akan membiarkan kita terus berada dengan kesedihan….Dan aku sentiasa percaya pada takdir tuhan….dan aku pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya….Tetapi kita kadang kala tidak dapat mengerti perancangan tuhan…..kita hanya dapat mengerti bila kita berfikir dan bermuhasabah diri…..

Aku sendiri pun kadang kala tidak pernah berhenti untuk berfikir bila aku berada dalam kesedihan atau dugaan….namun baru-baru nie…Tuhan menyedarkan aku….aku berfikir dan kini aku mengerti bahawa….sebenarnya Tuhan maha adil….sebelum Dia mengambil org yang kita sayang….Dia sebenarnya sudah datangkan seseorang buat kita mengadu masalah….

Itulah yang terjadi pada aku….Tuhan datangkan semula seorang kawan….seorang sahabat….kepada aku…setelah beberapa bulan dia seolah-olah merajuk dgn aku…kerana sikap aku….Alhamdulilah….Dan aku berharap persahabatan yang terjalin semula kekal abadi….Insha Allah..

Dan yang paling membuatkan aku bahagia ialah kedatangan semula seorang gadis….yang banyak berjasa kepada aku….ketika aku berada di Sem 3 UniSZA dulu….setelah 2 tahun kita terpisah…kini Tuhan kembali menyatukan kita….Aku bersyukur kepada-Mu Tuhan….dan Aku bersyukur kepada Gadis Specialku….kerana Tuhan memberi peluang kedua untuk aku memperbetulkan kesilapan yang pernah aku lakukan….dan peluang yang kedua ini akan mematangkan kita dalam perhubungan….InshaAllah…

Label