Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Khamis, 28 Februari 2013

Ketentuan Takdir


Alhamdulilah aku melalui minggu kedua sem 2 Umk ini dengan penuh kebahagiaan….Tuhan itu sentiasa bersama kita…Dia tidak akan membiarkan kita terus berada dengan kesedihan….Dan aku sentiasa percaya pada takdir tuhan….dan aku pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya….Tetapi kita kadang kala tidak dapat mengerti perancangan tuhan…..kita hanya dapat mengerti bila kita berfikir dan bermuhasabah diri…..

Aku sendiri pun kadang kala tidak pernah berhenti untuk berfikir bila aku berada dalam kesedihan atau dugaan….namun baru-baru nie…Tuhan menyedarkan aku….aku berfikir dan kini aku mengerti bahawa….sebenarnya Tuhan maha adil….sebelum Dia mengambil org yang kita sayang….Dia sebenarnya sudah datangkan seseorang buat kita mengadu masalah….

Itulah yang terjadi pada aku….Tuhan datangkan semula seorang kawan….seorang sahabat….kepada aku…setelah beberapa bulan dia seolah-olah merajuk dgn aku…kerana sikap aku….Alhamdulilah….Dan aku berharap persahabatan yang terjalin semula kekal abadi….Insha Allah..

Dan yang paling membuatkan aku bahagia ialah kedatangan semula seorang gadis….yang banyak berjasa kepada aku….ketika aku berada di Sem 3 UniSZA dulu….setelah 2 tahun kita terpisah…kini Tuhan kembali menyatukan kita….Aku bersyukur kepada-Mu Tuhan….dan Aku bersyukur kepada Gadis Specialku….kerana Tuhan memberi peluang kedua untuk aku memperbetulkan kesilapan yang pernah aku lakukan….dan peluang yang kedua ini akan mematangkan kita dalam perhubungan….InshaAllah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...

Label