Dulu anda mungkin pernah terbaca Skrip Cerita Balasan....yang pernah aku siarkan di blog kalu tak pernah jom klik di http://www.aiman-3dinamik2006.blogspot.com/2011/02/balasan-setiap-pembuatan-ada-balasannya.html .....dan kat bawah ini adalah kesinanbungan Skrip Cerita Balasan....yang diberi tajuk Balasan Nafsu.....tetapi Balasan Nafsu bukanlah menyambung Kisah Balasan tetapi mengisahkan kisah yang berlaku sebelum Balasan.....jadi kat bawah nie lah....skrip cerita Balasan Nafsu....jadi seperti biasa...anda adalah juri....lepas baca harap komen...untuk jadikan pengajaran dan panduan buat aku....Jom Hayati Kisah ini......
Balasan Nafsu
Balasan Nafsu adalah kesinambungan kisah Balasan yang
menceritakan kisah Hazman yang sebelum dia memasuki Universiti iaitu ketika dia
berada di kampung. Hazman adalah baru sahaja habis SPM dan dia cuba untuk
mencari pekerjaan bagi mengisi masa lapangnya ini. Setelah puas mencari akhir
dia diterima bekerja di sebuah Pasaraya.
Di pasaraya itu,Hazman telah berkenalan dengan Azlina.
Perkenalan itu membawa kepada persahabatan yang amat rapat. Mereka mula datang
dan pulang kerja bersama dan ini menimbulkan rasa curiga di hati Azrul yang
dalam diam menaruh hati kepada Azlina. Pada suatu hari, Azrul telah memberi
amaran kepada Hazman dan hampir mencetus pergaduhan tetapi dapat dileraikan
oleh Azmir yang kebetulan melihat kejadian itu.
Selepas peristiwa itu, Hazman bertekad untuk meluahkan
perasaan cinta kepada Azlina dan dia berjaya meluahkannya ketika dia membawa
Azlina berjalan-jalan di pantai. Azlina menerima cinta Hazman dan membuatkan
perhubungan mereka bertambah rapat sehingga ke pengetahuan ibu bapa mereka.
Suatu hari di hari lahir Azlina,Hazman datang ke rumah
Azlina untuk meminta izin keluarganya membawa Azlina keluar.Mereka pun keluar
dan Hazman membawanya ke pondok di tepi sungai. Pondok itu adalah tempat Hazman
lepaknya bersama kawan-kawannya. Dipondok itu, Hazman telah memberi anak patung
kepada Azlina tanda hadiah sempena hari lahirnya. Azlina yang terlalu gembira
berdiri namun dia tergelincir dan rebah ke atas Hazman. Secara tidak sengaja
mereka berpeluk dan nafsu mula mengoda sehingga mereka tewas.
Seminggu selepas kejadian itu,Azlina memberitahu Hazman
bahawa dia takut dia akan mengandung kerana dia merasa lain pada badannya.Namun
Hazman tetap menyakinkan Azlina bahawa dia tidak akan mengandung.Tetapi takdir
tuhan tidak siapa dapat menghalangnya,Azlina akhirnya mengandung.
Azlina memberitahu kepada Hazman tetapi Hazman tidak dapat
menerimanya malah dia menyuruh Azlina menggugurkan kandungan itu. Azlina tidak
mahu menggugurkan kandungan itu dan mahu Hazman bertanggungjawab tetapi Hazman
tetap dengan keputusannya.
Hazman yang dalam keadaan tertekan telah menerima tawaran
melanjutkan pelajaran tanpa memberitahu Azlina. Hazman juga telah meminta
keluarganya agar tidak memberitahu sesiapa dimana dia menlanjutkan pelajaran.
Seminggu kemudian,Azlina cuba mencari Hazman setelah dia
tidak dapat menghubungi namun dia diberitahu Hazman telah pergi melanjutkan
pelajaran. Azlina kecewa dan telah menggugurkan kandungannya.
Sebulan selepas itu, Azlina diganggu dengan kelibat anak
patung yang memanggilnya “Mama” ketika dia hendak tidur. Keadaan ini
menyebabkan Azlina hidup dalam ketakutan yang akhirnya meninggal dunia dan
mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan.
Macam mane....ok tak...?Seperti biasa lah aku selalu harapkan...setiap Skrip Cerita aku....suatu hari nanti akan berubah jadi sebuah Filem atau Drama....In Sha Allah....