Alhamdulilah aku melalui minggu kedua sem 2 Umk ini
dengan penuh kebahagiaan….Tuhan itu
sentiasa bersama kita…Dia tidak akan membiarkan kita terus berada dengan kesedihan….Dan
aku sentiasa percaya pada takdir tuhan….dan aku pasti setiap yang berlaku pasti
ada hikmah-Nya….Tetapi kita kadang kala tidak dapat mengerti perancangan
tuhan…..kita hanya dapat mengerti bila kita berfikir dan bermuhasabah diri…..
Aku sendiri pun kadang kala tidak pernah berhenti untuk berfikir bila aku berada dalam kesedihan atau dugaan….namun baru-baru nie…Tuhan
menyedarkan aku….aku berfikir dan kini aku mengerti bahawa….sebenarnya Tuhan maha adil….sebelum Dia mengambil
org yang kita sayang….Dia sebenarnya sudah datangkan seseorang buat kita
mengadu masalah….
Itulah yang terjadi pada aku….Tuhan datangkan semula
seorang kawan….seorang sahabat….kepada aku…setelah beberapa bulan dia
seolah-olah merajuk dgn aku…kerana sikap aku….Alhamdulilah….Dan aku berharap persahabatan yang terjalin semula kekal
abadi….Insha Allah..
Dan yang paling membuatkan aku bahagia ialah kedatangan
semula seorang gadis….yang banyak berjasa kepada aku….ketika aku berada di Sem
3 UniSZA dulu….setelah 2 tahun kita terpisah…kini Tuhan kembali menyatukan
kita….Aku bersyukur kepada-Mu Tuhan….dan Aku bersyukur kepada Gadis Specialku….kerana Tuhan memberi
peluang kedua untuk aku memperbetulkan kesilapan yang pernah aku lakukan….dan
peluang yang kedua ini akan mematangkan kita dalam perhubungan….InshaAllah…