Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Ahad, 30 Ogos 2015

Khas Merdeka : Hargailah Dan Hormatilah

Dalam kehidupan kita bernegara..pasti kita ada pemimpin yang kita hargai jasa dan pengorbanan beliau..sempena Hari Kemerdekaan Negara yang ke 58...aku ada coretkan beberapa pemimpin yang bagi aku perlu kita hargai...

NABI MUHAMMAD S.A.W...adalah idola yang perlu dan wajib kita sebagai umat Islam hargai dan jadikan tokoh tauladan...Baginda S.A.W telah menyebarkan Islam Agama ALLAH kepada kita di bumi Malaysia...jadi bersyukurlah dengan nikmat ISLAM yang kita nikmati sekarang ini...jaga lah ISLAM dari sebarang unsur penghinaan dari MUSUH2 ISLAM...beristiqamah sehingga Islam kembali disegani seperti dahulu...

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD...bagi aku negarawan yang perlu disanjung kerana kejayaannya membawa negara kita seperti hari ini...mengubah negara dari Negara Pertanian ke Negara Perindustrian...suara lantang beliau dalam mempertahankan Islam digeruni negara barat...keberanian beliau mengubah Dasar Pandang Ke Barat kepada Dasar Pandang Ke Timur dan kebijaksanaan beliau dalam mengurus ekonomi Negara ketika krisis ekonomi 1997...

ARWAH TUAN GURU DATO NIK AZIZ NIK MAT...seorang pemimpin yang bagi aku cukup hebat...terkenal dengan sifat zuhudnya...bagi aku..jasa yang cukup hebat adalah menyatupadukan Rakyat Kelantan dengan bersatu atas nama KELANTAN...kehebatan beliau mentadbir KELANTAN sebagai Menteri Besar digeruni kawan dan lawan...

Walaupun Tuan Guru sudah meninggalkan kita..namun Rakyat Kelantan terus bersatu atas nama KELANTAN...penyatuan mereka memang cukup hebat dan kukuh...SEBAGAI PENCARI ILMU DI BUMI KELANTAN...penyatuan ini lah yang membuat aku kagum..pernah sekali dimusim mengundi..markas politik mereka iaitu PAS dan BN hanya sebelah menyebelah..membuktikan bahawa perbezaan politik tidak dapat memutuskan ikatan penyatuan mereka...TAHNIAH RAKYAT KELANTAN...

TUAN GURU PRESIDEN HAJI HADI AWANG...Timbalan Kesatuan Ulama Dunia...lihatlah dunia mengiktiraf Ulama yang berasal di MARANG, TERENGGANU...jadi bukan alasan untuk kita warga bumi Malaysia menghargai jasa Tuan Guru ini...Bagi aku SEBAGAI RAKYAT TERENGGANU, jasa paling besar adalah kejayaan beliau ketika menjadi MENTERI BESAR TERENGGANU adalah berjaya meluluskan UNDANG UNDANG TAKZIR 2001 dan UNDANG UNDANG HUDUD DAN QISAS 2002....

DATO SERI AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN...sebagai RAKYAT TERENGGANU, semestinya aku menghargai jasa dan sumbangan MENTERI BESAR TERENGGANU hari ini dalam mentadbir Negeri Darul Iman, TERENGGANU...Transformasi Terengganu Baharu jelas berjaya menggubah pembangunan negeri ke arah Negeri Maju 2020...yang berlandaskan kepada nilai nilai atau bak kata Menteri Besar...membangun negeri bersesuaian dengan DARUL IMAN...

Antara jasa yang amat tinggi adalah MENGUATKUASAKAN UNDANG UNDANG TAKZIR 2001 pada 1 Januari 2015 dengan PENUTUPAN 2 JAM OPERASI PASARAYA SEMPENA SOLAT JUMAAT...PENANGKAPAN LELAKI YANG PONTENG SOLAT JUMAAT...TINDAKAN SAMAN WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT....

Itulah antara pemimpin yang bagi aku..antara pemimpin yang aku hormati dan hargai...jasa mereka kepada kita amat tinggi...hargailah dan hormatilah mereka...semperna Ulang Kemerdekaan Negara yang ke 58...Salam Kemerdekaan aku ucapkan...semoga Allah terus melindungi Negara kita dari keadaan yang tidak baik dan Allah memberi hidayah kepada Pemimpin2 kita untuk mentadbir Negara dan Negeri2 dengan baik dan di redhai NYA....Aminnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...

Label