Hari ini kita berada di minggu terakhir Ramadhan..sekejap
sahaja berlalu..aku pun baru sekarang sempat mencoret tentang Ramadhan..terasa
Ramadhan kali ini tidak seindah Ramadhan dahulu..itu bagi aku..kerana dahulu
ketika masuk 15 Ramadhan..maka pelita minyak tanah pasti akan menerangi segenap
kawasan rumah..bunyi meriam buluh mengambil tempat bila malam menjelma..bandar
– Bandar akan disinari cahaya lampu yang berkelip..terasa indahnya bila
dikenang Ramadhan lalu..
Bagi aku, Ramadhan paling indah adalah Tahun 2007..kerana
ketika itu..aku memiliki kenangan indah bersama kawan – kawan…berseronok di
malam – malam Ramadhan selepas berterawih..kini kenangan itu terus menjadi
kenangan yang pasti tak akan berulang..terima kasih kepada penggerak kenangan
itu..Nuzdran..Hadaina..Layalia..Adam..Yuthika..Fahmy..dan Shaira..Semoga nama –
nama ini berbahagia selalu dengan kehidupan yang dilalui..dan suatu hari nanti
kita akan berkumpul kembali seperti Ramadhan 2007..
Dan Ramadhan kali ini..seperti Ramadhan tahun lalu dan
2012..aku banyak menghabiskan masa di Sabasun HyperRuncit sebagai
pekerja..sebagai mengisi masa lapang masa cuti semester aku..dan untuk aku
melupakan kenangan sedih Sem 4 UMK..namun bukan mudah untuk kita melupakan
sesuatu yang kita sayang..semakin jauh kita cuba lari,semakin dekat dia
datang..ditakdirkan Tuhan..aku bertemu dengan seseorang..rakan sekerja aku yang
sebijik seperti dia..cara jalan..paras muka..memang mirip seperti dia..bila aku
pandang dia..pasti kenangan sedih akan datang..tapi bak Zizan Razak..nampak
sama tapi bukang diye..
Apapun yang terjadi..hari ini aku bersyukur kepada
tuhan..segala dugaan dan cabaran soal hati di sem 4..kini aku dapat terima
dengan tenang..soal hati dan perasaan kini ku titipkan noktah buat
sementara..cukuplah segala pengalaman
yang aku lalui dan aku terima semua ini sebagai ketentuan takdir.
Dan untuk Syawal yang akan menjelang tiba, aku ucapkan
Selamat Hari Raya AidilFitri..Maaf Zahir dan Batin kepada kawan – kawan aku di
Kampung Pelong..kawan – kawan aku di SMKpm 2004 – 2009..di UniSZA 2009 –
2012..di Sabasun HyperRuncit..di UMK..semoge semuanya berbahagia selalu..Salam AidilFitri Maaf Zahir Batin...