Dan dibawah ini pula adalah SKRIP CERITA Bu-Dang 2...iaitu kesinambungan SKRIP CERITA Bu-Dang....jadi anda semua yang sudi membaca blog ini....adalah juri atau hakim untuk memberi komen terhadap SKRIP CERITA Bu-Dang 2 ini....dan aku kini adalah dalam usaha untuk menyambung untuk SKRIP CERITA Bu-Dang 3 pula.....
Bu-Dang 2
Bu-Dang 2 adalah kesinambungan daripada
Bu-Dang.Kisah Bu-Dang 2 bermula selepas Hairi dan abangnya bebas dari buruan Ah
long. Hairi dan Aiman mendapat tawaran untuk sambung belajar di sebuah
Universiti di Kelantan. Manakala Daniel dan Zack kini menjual burger
berhampiran dengan rumah Zack.
Hairi
dan Aiman kini belajar di Kelantan dan mereka berdua kini menjadi kawan rapat.
Disana Aiman berkawan rapat dengan seorang gadis, Azira tetapi persahabatan
mereka tidak disenangi oleh Hairi kerana Hairi tahu yang Aiman sudah punya
kekasih iaitu Huda. Persahabatan mereka ini juga tidak disenangi oleh Azwan
iaitu bekas kekasih Azira lalu Azwan merancang sesuatu bersama kawan baiknya
Amir. Amir sebenarnya bekas pelajar yang dibuang kerana dia sebenar adalah ketua
gangster.
Di
Bandar, Zack sebenarnya masih bersedih atas kepergian Hadaina dan asyik
termenung mengenangkan kenangan dia bersama dengan Hadaina. Suatu hari datang seseorang
yang memperkenalkan diri sebagai abang Hadaina, Amirun memberitahu Zack bahawa
dia sekeluarga mahu menuntut bela di atas kematian Hadaina apabila mengetahui
hanya Ah Long sahaja yang dikenakan hukuman manakala empat orang konco
dibebaskan. Zack bersetuju untuk bersama dengan Amirun tanpa berbincang dengan
Daniel atau kawannya yang lain.
Di
Kelantan, Hairi dan Aiman keluar ke pantai bersama Azira dan ketika sedang
berbual mesra di tepi pantai datang Azwan dan Amir menegur mereka membuatkan
mereka terkejut. Azwan dan Amir memberi amaran kepada Aiman dan Hairi agar
tidak mendekati Azira lagi dan jika tidak diendahkan oleh Aiman dan
Hairi,mereka berjanji akan melakukan sesuatu yang lebih dasyat lagi.
Zack
berbincang dengan Amirun serta seorang lagi kawan Amirun, Azuan untuk merangka
strategi untuk membalas dendam. Mereka mendapat tahu bahawa konco-konco Ah Long
kini berada di Kelantan lalu mereka merancang untuk ke Kelantan. Daniel
sebenarnya sedar akan perubahan sikap Zack yang banyak berfikir dan tidak
menumpukan perhatian pada peniagaan burger mereka lagi. Daniel cuba bertanya
kepada Zack tetapi Zack hanya menjawab dengan “Aku sedang merancang sesuatu
agar Ina tenang di sana” membuatkan Daniel tertanya-tanya.
Dua
minggu selepas amaran dari Azwan dan Amir, Hairi cuba mengajak Aiman berbincang
mengenai kemelut yang dihadapi. Tetapi Aiman menolak kerana menganggap amaran
dari Azwan hanya lah main-main.Berlaku perselisihan antara Aiman dan Hairi yang
menyebabkan hubungan mereka renggang.
Aiman
dan Azira keluar bersama ke Pantai Irama untuk melepaskan tekanan belajar tapi
dalam tanpa di sedari oleh mereka,pengerakan mereka diperhatikan dan diikuti
oleh Azwan dan Amir serta konco-konco mereka. Ketika mereka sampai di pantai,
mereka di serang oleh Azwan dan Amir serta konco-konco. Azwan menangkap dan
membawa pergi Azira manakala Amir dan konco-konconya mula untuk membelasah
Aiman.
Tiba-tiba
datang Zack dan Amirun serta Azuan yang sudah memerhati gerak geri konco –konco
Amir yang sebenarnya adalah konco-konco Ah Long.Berlaku perang mulut antara
mereka yang seterusnya menimbulkan antara mereka. Aiman yang sudah tidak
berdaya hanya mampu melihat keadaan itu. Amirun dan Azuan sudah seolah tidak
berdaya lagi untuk melawan konco-konco Ah Long lalu melarikan diri. Mereka cuba
untuk membelasah Zack namun secara tiba-tiba datang Hairi dengan kuasa Budang
menewaskan Amir dan konco-konconya.
Selepas
daripada peristiwa itu, Aiman meminta maaf kepada Hairi kerana tidak mengambil
peduli amaran dari Azwan manakala Zack memohon maaf kerana terlalu mengikut
perasaan sedihnya. Namun perasaan cinta dan sayang Aiman kepada Azira tetap
tidak berubah walaupun kerana Azira dia hampir kehilangan nyawa.
Aku berharap suatu hari nanti SKRIP CERITA aku ini...dapat ditukar kepada DRAMA atau FILEM....InShaAllah.....