Coretan ini adalah kesinambungan drpd coretan Sharifah nur Munirah...sajak di bawah adalah sajak yg ak ciptakan khas untuk diyer sewaktu ak meninggalkan Form 6 atas dorongan seorang kwan ak,Syed...Inilah bukti bahawe ap yg pernah ak katekan dulu iaitu Terlalu indah kenangan bersama mu,terlalu sukar untuk ak lupakan...InsyaAllah..
Kenangan Bersama Mu
Masih ku ingat
Dulu ...Aku impikan
Sebuah persahabatan
Terjalin antara kita
Hari ini....
Aku merapatkan kesyukuran
Kepada tuhan
Kerana memberi kesempatan
Untuk aku mengenalimu
Untuk aku layari
Ikatan persahabatan yang terjalin
Bermula saat itu
Kita kukuhkan persahabatan
Dengan ikrar dan janji
Kita hiasinya
Dengan gelak tawa
Dan gurau senda
Namun...
Disaat kemesraan mula terjalin
Perpisahan jua menimpa
Masa akhirnya tiba
Untuk ku pergi
Demi sebuah impian dan harapan
Teman...
Walaupun aku terpaksa pergi
Teruskanlah perjuanganmu
Jagalah persahabatan kita
Pastikan ia terus utuh di hati
Aku sentiasa mendoakan
Perjuangan dan kejayaanmu
Biarpun kita berjauhan
Aku sentiasa mengingatimu
Mengingati keputihan wajahmu
Mengingati kemesraanmu
Mengingati segala-galanya
Kerana...Kaulah
Gadis Melayu Terakhir
Kenangan Terindahku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
anda dipersilakan buat kutukan..kutukan perlulah membina dan kutukan anda amat dihargai...