Alhamdulilah..syukur ke hadrat Illahi..hari ini aku kembali
untuk mencoret sesuatu di blog aku ini..hari ini 11 Ogos 2014..tarikh dimana 2
0rang kawan aku akan berhenti kerja dari Sabasun HyperRuncit..iaitu Sue dan
Nurul..kebetulan atau suratan takdir...kedua orang kwn aku ini memiliki rupa
paras yang sama dengan kwn aku sewaktu di SmkPM dan di UMK..Sue yang wajah dan
tingkah lakunya mirip serta hampir sama dengan kawan aku di SMKpm iaitu
Nabilah..manakala Nurul memiliki rupa paras, tingkah laku, cara jalan sama
seperti kawan aku di UMK..juga gadis yang pernah membahagiakan aku..iaitu gadis
yang pernah aku gelarkan AreFaa..
Pertama kali aku melihat mereka..aku tersenyum kerana
kehebatan takdir dan hikmah pertemuan yang ditetapkan tuhan sebenarnya menjadi
pembakar semangat untuk bekerja buat kali ketiga di Sabasun HyperRuncit..kerana
aku sebenarnya seronok untuk melihat kehebatan Tuhan dalam menrencana setiap kehidupan
kita.
Namun hari ini..hari last mereka di sabasun..dan secara
kebetulan juga..aku juga merancang untuk berhenti kerja pada minggu
hadapan..dan bila difikirkan balik..hebat ketentuan takdir tuhan dalam
merencana kan kehidupan kita.
Itulah cerita kehidupan aku di Sabasun yang akan berakhir
pada minggu hadapan..cerita aku sabasun banyak sebenarnya..dari kali pertama
aku bekerja di Sabasun pada tahun bulan Mei 2012..pengalaman kerja kali pertama
benar2 mematang kan aku..tentang kehidupan kita..tentang perjuangan rakyat
Palestin..tentang pengaulan lelaki dan Perempuan..bagi aku..Sabasun adalah
Madrasah Kehidupan dalam soal bekerja..
Cerita kehidupan aku untuk kali kedua di Sabasun pula
bermula pada bulan Ramadhan tahun 2013..kali ini ceritanya seperti sebuah
Madrasah kehidupan dalam soal mencari pengalaman kerja kerana pada kali ini aku
berpeluang untuk merasa 3 pengalaman keje..pertama sebagai Pembantu kafe..kedua sebagai Staff SSB..ketiga sebagai pembantu penjual air..Itulah yang dikata Madrasah kehidupan dalam mencari pengalaman kerja...
Dan sekarang..2014..cerita aku kembali di Sabasun...sebagai Staff SSB..aku jadikan ini sebagai pengisi masa lapang dan release tension selepas banyak cabaran dugaan yang berlaku ketika di Sem 4 lalu..dan takdir tuhan menemukan aku dengan 2 sahabat yang ceritakan di awal tadi..banyak menormalkan aku kembali..Alhamdulilah..aku dah kembali seperti dahulu...Terima kasih Sue dan Nurul..anda anugerah Allah untuk aku..dalam misi aku untuk lupakan segala kenangan pahit dalam soal hati yang lalu...