Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Selasa, 11 Mac 2014

Aku Berbahagia..Aku Bersyukur

Alhamdulilah aku kembali lagi ke blog ini..kini aku menjadi blogger kepada dua blog aku iaitu blog ini..JEJAK AIMAN.BLOGSPOT dan blog yang baru aku lahirkan KOLEKSI KARYA AIMAN..hari nie aku memasuki minggu keempat di Semester 4 UMK..

Aku bersyukur kini aku berbahagia dengan apa yang aku ada..setelah memiliki DIPLOMA TEKNOLOGI MULTIMEDIA di UniSZA..kini aku di UMK untuk IJAZAH di FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF WARISAN..dan bagi aku Pensyarah Terbaik diantara Terbaik ialah En Mat Atar Mat Amin di UniSZA dan En Tarmizi Azizan di UMK kerana dua insan ini begitu mudah bagi aku untuk meluahkan segala masalah akademik dan Terima Kasih aku  ucapkan buat dua insan ini..

Aku berbahagia dan dapat menerima segala dugaan dan cabaran di UMK..walau pada mula aku menerima kejutan budaya kerana suasana di UMK juga berbeza dengan UniSZA..namun segala pengalaman di UniSZA menjadikan aku kuat untuk melalui kehidupan di UMK.

Aku bersyukur kerana memiliki kawan-kawan yang begitu memahami aku..dan aku dapat untuk menerima kawan-kawan yang datang dari pelusuk Negara kerana pengalaman di UniSZA yang begitu bermakna menjadikan aku lebih dewasa dalam bersahabat.


Dan yang paling aku bahagia dan bersyukur kerana aku kini menemui kebahagian yang pernah aku impikan sebelum ini..kebahagian dalam soal hati..kedatangannya secara tiba-tiba mengisi ruang kosong dihati aku betul-betul buat aku bersyukur..dan ianya bermula dari Takdir dari Yang Atas..ALLAH..

Label