Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Ahad, 29 Disember 2013

Imbasan 2013....Harapan 2014

Tinggal beberapa hari lagi kite akan melangkah ke Tahun baru 2014....bermakna umur kita pun makin meningkat.....2013 kita tinggal dan 2014 akan kita jejaki....pelbagai perkara yang berlaku pada diri aku...dan juga negara aku sendiri...iaitu Malaysia...

Walaupun pelbagai perkara yang melingkari perjalanan kehidupan aku di sepanjang 2013....namun detik 31.10.2013 menjadi detik penamat segala kekecewaan dan kesedihan lalu...apabila aku menemui seorang gadis yang bersedia bersamaku melayari perhubungan dengan aku....

Semoga perhubungan yang dibina dari ketentuan Takdir ini terus berkekalan dan diredhai selalu....dan tahun 2014 yang menjengah tiba akan memberi sinar kebahagian yang berterusan kepada perhubungan yang dibina ini...Amin

Dan untuk negara tercinta aku....Negara Malaysia....aku sayangkan negara aku....walau berlainan fahaman parti politik.....Keamanan dan Kestabilan perlu dikekalkan....Peristiwa berdarah Pencerobohan Tentera Sulu perlu dijadikan iktibar agar ia tidak berulang lagi...

Ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada perlu disalurkan dengan cara yang betul....agar keamanan dan kestabilan Negara terpelihara....dan Kerajaan yang sedia ada perlu sedar dan berubah agar menjadi sebuah kerajaan yang Adil dan Saksama....serta perlu kembali kepada matlamat awal yang dicanangkan dulu iaitu Rakyat Di Dahulukan....

Label