Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Khamis, 28 Februari 2013

Ketentuan Takdir


Alhamdulilah aku melalui minggu kedua sem 2 Umk ini dengan penuh kebahagiaan….Tuhan itu sentiasa bersama kita…Dia tidak akan membiarkan kita terus berada dengan kesedihan….Dan aku sentiasa percaya pada takdir tuhan….dan aku pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya….Tetapi kita kadang kala tidak dapat mengerti perancangan tuhan…..kita hanya dapat mengerti bila kita berfikir dan bermuhasabah diri…..

Aku sendiri pun kadang kala tidak pernah berhenti untuk berfikir bila aku berada dalam kesedihan atau dugaan….namun baru-baru nie…Tuhan menyedarkan aku….aku berfikir dan kini aku mengerti bahawa….sebenarnya Tuhan maha adil….sebelum Dia mengambil org yang kita sayang….Dia sebenarnya sudah datangkan seseorang buat kita mengadu masalah….

Itulah yang terjadi pada aku….Tuhan datangkan semula seorang kawan….seorang sahabat….kepada aku…setelah beberapa bulan dia seolah-olah merajuk dgn aku…kerana sikap aku….Alhamdulilah….Dan aku berharap persahabatan yang terjalin semula kekal abadi….Insha Allah..

Dan yang paling membuatkan aku bahagia ialah kedatangan semula seorang gadis….yang banyak berjasa kepada aku….ketika aku berada di Sem 3 UniSZA dulu….setelah 2 tahun kita terpisah…kini Tuhan kembali menyatukan kita….Aku bersyukur kepada-Mu Tuhan….dan Aku bersyukur kepada Gadis Specialku….kerana Tuhan memberi peluang kedua untuk aku memperbetulkan kesilapan yang pernah aku lakukan….dan peluang yang kedua ini akan mematangkan kita dalam perhubungan….InshaAllah…

Jumaat, 22 Februari 2013

Kecewa....Sokongan....Aku Bangkit



Hari nie sudah hampir seminggu aku berada di sem 2 di UMK Bachok….dan hari nie aku sedang melalui hari-hari yang menyedihkan….aku kehilangan seorang gadis….yang menjadi punca aku menggapai kejayaan gemilang dalam Final Exam Sem 1…..dia terpaksa pergi demi kehidupan yang lebih sempurna….siapa aku untuk menghalangnya pergi….namun ku harap dia berbahagia demi keputusannya ini...
Dan aku akan terus melangkah….untuk ku buktikan…bahawa aku kuat untuk hadapi semua ini….dulu mungkin aku tidak kuat….kerana dulu aku kurang pengalaman….hari ini….saat aku jatuh aku teringat akan kata semangat dari Dhiya….Sahabat aku di SMKPM dulu…..”Kau jangan jadi lembik…jangan jadi bapuk”…..
Hari ini….dengan langkah sumbang ini….aku tekad untuk bangkit semula…..walaupun dia tiada lagi di sisi….namun ku bersyukur ada insan ini….Alif…kawan terbaik aku di Umk….Lina dan Akma….Sahabat ketika aku bekerja di Sabasun dulu…..
Dan aku juga memiliki pakar motivasi terhebat...Wahidah..motivasi darinya sangat menyedarkan aku...Terima kasih banyak-banyak...aku cukup hargai...dan aku berjanji...aku akan bangkit kembali….untuk ku pertahan kejayaan dalam Final Exam Sem 2 nanti….Insha Allah...

Rabu, 6 Februari 2013

Sajak terbaru.....Dugaan Cinta

Pasti anda pernah merasa cinta dan sayang....kerana perasaan cinta dan sayang itu adalah fitrah manusia....tapi pernahkah anda merasa cinta dan sayang yang tidak kene pada masa,tempat dan ketikanya....jika pernah jom layan dan hayati sajak terbaru aku nie....DUGAAN CINTA....


Dugaan Cinta

Tiada ku sangka
Engkau datang
Tiada ku pinta
Persahabatan ini

Teman
Kehadiranmu
Memberiku ketenangan
Memberiku kegembiraan

Dari tidak di rancang
Lahir bibit bibit cinta
Membuatku pening
Kerana aku tidak pernah merancang

Takdir tuhan menyatukan kita
Namun kita manusia
Terkadang salah menafsir
Terkadang salah menghitung

Teman
Ingatlah kita makhluk Tuhan
Kita sedang di uji-Nya
Dengan rasa cinta
Dengan rasa sayang

Bukan aku tidak menerimamu
Bukan juga aku membencimu
Tetapi masa yang tidak sesuai
Untuk kita bersama
Menyemai rasa cinta dan sayang

Namun
Persahabatan yang terjalin
Biarlah terjalin
Bersamalah kita kukuhkan
Dan kita hiasinya
Agar ia mampu
Menjadi jalan
Untuk kita bina
Mahligai Indah
Suatu masa nanti
In Sha Allah

Sajak ini adalah terbaru aku...dan kali pertama aku menggunakan cinta dan sayang sebagai subjek untuk sajak aku kali nie....dan seperti sajak2 aku sebelum nie....yang banyak diadaptasi dari kisah sebenar kehidupan kita....begitu juga dengan sajak...ia juga diadaptasi dari kisah aku dengan seseorang....jadi moral daripada sajak ini ialah tidak salah untuk bercinta dan berkasih sayang....tapi biarlah ia kene dengan caranya...dan tidak melampau batas....TERBAIK...

Label