Iklan Terkini

Terbaik

Blog ini sangat

Selasa, 22 Februari 2011

Balasan (Setiap Pembuatan Ada BalasanNya)

Setiap kita usahakan pasti akan mendapat balasanNya....Dibawah ini adalah skrip cerita yang aku ciptakan sempena projek Audio Video....Tp skrip tidak dapat menarik minat kawan-kawanku....Jadi aku letakkan lah kt dlm blog ini....Tak lupa gak kpd Kawan2 aku yang berjaya dlm STPM,aku ucap Tahniah...Ingatlah Setiap Pembuatan yang kita lakukan akan mendapat balasanNya...
 
Balasan
(Setiap Pembuatan Ada BalasanNya)

Kisah ini mengisahkan kehidupan seorang pelajar Kolej hazman.Cerita ini bermula ketika Hazman sedang membaca akhbar bersama kawan-kawannya pada waktu makan malam.Tiba-tiba dia terbaca berita seorang gadis yang membunuh diri kerana putus cinta.Mereka pun mengulas berita itu.
    Selepas itu,mereka pun balik ke bilik masing-masing.Tiba-tiba,hazman sakit perut dan pergi ke tandas.Semasa dalam tandas,Hazman merasa ada sesuatu yang memerhatikannya.Tetapi,dia tidak memperdulikannya dan terus ke biliknya.
    Hazman masuk kedalam bilik dan tiba-tiba dia ternampak ada anak patung di atas katil.Tetapi sekali lagi,dia tidak memperdulikannya dan terus membuang anak patung itu.
    Keesokannya,Hazman pergi ke kelas seperti biasa dengan kawan-kawannya.Sering kali juga ketika didalam kelas dia merasa seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikannya.Hazman merasa pelik dengan keadaan yang menimpa dirinya.
    Pada waktu malam,ketika dia hendak tidur,tiba-tiba dia ternampak anak patung yang dibuangnya semalam berada di atas katil.Dia memegang anak patung itu dan berfikir kenapa anak patung masih berada di atas katilnya lagi. Secara tiba-tiba, dia teringat kenangan bersama kekasihnya bahawa dia pernah menghadiahkan anak patung kepada kekasihnya pada hari lahir kekasihnya.Tiba-tiba badan hazman berpeluh dan dia merasa seram lalu dengan keadaan tergesa-gesa dia membuang anak patung itu sekali lagi dan terus berselimut diatas katilnya.
    Keesokkannya,kawan hazman datang kebilik untuk mengajak pergi kelas.Kawannya terkejut melihat keadaan biliknya yang berselerak manakala hazman tiada didalam biliknya.Tiba-tiba,Hazman datang dari belakang mengejutkan kawannya.Keadaan Hazman yang lesu dan tidak bermaya menimbulkan kemusykilan kepada kawannya.
    Dengan keadaan yang berlaku kepada dirinya,Hazman tidak tahan lagi lalu menceritakan kepada kawannya tentang keadaan yang berlaku kepada dirinya.Kawan-kawannya juga pelik dengan keadaan yang berlaku kepada diri Hazman.
    Pada malam berikutnya,Hazman sekali lagi diganggu anak patung itu.Tetapi pada kali ini,anak patung berdarah dan memanggilnya “papa” membuatkan Hazman keluar dari biliknya dan berlari meninggalkan biliknya.Ketika berlari,tiba-tiba dia terserempak dengan anak patung yang sedang menangis lalu Hazman menukar arah lariannya.Ketika sedang berlari,dia terserempak pula kawan-kawannya.Dia beritahu kawannya bahawa dia sedang dikejar anak patung.Ini menambahkan lagi rasa musykil kepada kawannya.
    Keesokannya,dia duduk bersendirian dan berfikir kenapa dia mengalami gangguan demi gangguan.Tiba-tiba  dia teringat lagi kenangan bersama kekasihnya,dia teringat bahawa dia pernah terlanjur dengan kekasihnya.Kekasihnya mengandung tetapi dia tidak mahu bertanggungjawab dan mengambil keputusan untuk sambung belajar ke kolej ini.Dia merasakan mungkin ini punca segala gangguan yang berlaku kepadanya.Hazman tiba-tiba menyesal lalu berdoa kepada tuhan memohon ampun keatas dosa-dosa yang pernah dilakukannya.
    Hazman juga mengambil keputusan untuk kembali ke kampungnya bagi memohon kemaafan daripada kekasihnya.Sekembalinya dikampung,dia diberitahu oleh keluarganya bahawa kekasihnya baru sahaja mati dalam keadaan yang mengerikan.Berita ini memberi tekanan yang amat dasyat kepada Hazman.
    Seminggu kemudian,kawan-kawannya datang kebiliknya setelah seminggu hazman menghilangkan diri.Alangkah terkejut melihat Hazman bercakap seorang diri dalam keadaan gembira dan sedih.

Khamis, 17 Februari 2011

Kenangan Ber"Reunion"....

Bersama kawan2 perempuan...bekas pelajar Ting.5 2008....semua dh berubah...makin cute dan cantik....Menyesal tak adjust dari dulu....hahak

Syafiq tengah syok makan ayam...makanan kegemaran nie....Ayin pulak entah lah...trauma ke...?hahak

Inilah gambaran kenangan Reunion bekas pelajar Form 5...Tak lah bila kita sama berkumpul mcm nie lagi...
Reunion ini telah diadakan pada cuti Tahun Baru Cina baru2 nie....Walaupun sekadar 13 org yg join....sekadar suka-suka....tetapi cukup bg aku Kenangan Terindah pertama di Tahun 2011....Semoga kita jumpa lagi....Dan Ber"Reunion lagi.....InsyaAllah....

Rabu, 16 Februari 2011

Aku Tanpa Cinta-Mu...

Terasa indah bila berada di tepi pantai....Disitu boleh kita bermunasabah diri....Menginsafi diri....Kelemahan dan kekerdilan diri....Disisi maha Pencipta....Lagu Aku Tanpa Cinta-Mu....Nyanyian Mirwana dan Jay Jay...Bagiku mempunyai makna yg tersendiri....Mengajak kita sama2 bermunasabah....Ingatlah kita hanya insan biasa....Selalu buat silap....Marilah kawan-kawanku....Kita berubah menjadi Insan Kamil....Menjadi Muslim Soleh dan Muslimah Solehah....
Artist: Mirwana
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
Masa masih ada....dikala nyawa masih dikandung badan...berubahlah...jejakilah Al-Quran dan Al-Hadis.... untuk bekalan masa hadapan....dikala pintu taubat masih terbuka....Insya-Allah...

Isnin, 14 Februari 2011

Antara Syurga Dan Neraka


Inilah yg akan terjadi jika dibiarkan gejala sosial terus berlaku dalam masyarakat kita...ari ini cube kita lihat kalendar....ada sesetengah kalendar sengaja mencatat pada tarikh ari ini(14 feb) sebagai hari kekasih...perlu kah dibuat begitu....Apa kejadahnya ini...?Sesetengah kalendar seolah-olah cuba mempromosikan hari kekasih...Kenapa...?Lupekah kita tarikh ari kekasih ini lah Kerajaan Islam jatuh di Sepanyol dan gugurnya Lefternan Adnan dalam pertempuran dgn Tentera Jepun...Jadi wahai anak2 gadis dan jejaka islam Malaysia,ingatlah jika anda menyambut ari kekasih bermakna anda bergembira dgn kejatuhan Islam di Sepanyol dan Gugur seorang perwira Lefternan Adnan...Untuk itu bersamalah kita lupekan Hari Kekasih pada ari ini...
Jika anda tetap mahu menyambut Hari Kekasih,Maka anda telah menempah jalan ke Neraka...

Sebaliklahnya pilih jalan ke Syurga dgn berselawat ke atas Jujungan Besar Nabi Muhammad pada Hari Keputeraan Nabi Muhammad pada esok(15 feb)....Bersamalah kita berubah dan berselawat kpd nabi...Ingat sekali kita berselawat kpd Nabi,Allah dan Para Malaikat-Nya akan berselawat dgn 10 kali ganda untuk kita.
 Wahai teman-teman bersama lah kita hayati lagu ini....

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Anda Menyambut Keputeraan Nabi,Bermakna Anda Menempuh Jalan Ke Syurga

Khamis, 10 Februari 2011

Debaran Database Berakhir

Akhirnye berakhirnya debaran aku untuk memasuki kelas database....bkn ape,tiap2 kali bile waktu kelas nie...lecture wajib kn pelajarnye untuk bg tazkirah...Pagi tadi ketika waktu klas diye...nama aku tiba2 dipanggil utk bg tazkirah....aku pun melangkah maju kehadapan...bg sebijik dua tazkirah....nampak nak sangat...hahak..Tajuk tazkirah aku ialah masa...Pergh,dlm x sedar aku berjaya bg tazkirah dgn jayanya...mcm x caya jew....pape pun ari ini secara rasmi berakhirlah debaran aku untuk memasuki kelas database ini...Syukur kpda tuhan krn memberi semangat dan keyakinan untuk aku memberi tazkirah tadi...Pape pun aku nak ucapkan terima kasih buat kawan baik aku,Engku Nazrin krne bg idea dan semangat untuk aku memberi tazkirah ari ini....
Syukur Kepada Tuhan....Terima Kasih Kawanku

Isnin, 7 Februari 2011

Semangat Yang Hilang

Kembali lagi aku ke blog nie...dh lame ak tak update blog nie...bkn tak de ape yg nk dicoretkan...tapi...,entah lah...aku langsung takde semangat nak coret kt dlm blog nie...ari nie aku pakse diri aku untuk coretkan sesuatu kt blog nie...kesian lak tengok blog nie...berabuk takde sebarang coretan baru..yelah,blog nie bagi aku sangat penting....blog nie diciptakan di Perpustakaan Awan Negeri Terengganu dan dikembangkan di UniSZA... bermula dgn nama Salam Cecunario 3D pada pertengahan tahun 2009....dan berubah kpd Coretan Rasa Aiman Smkpm pada pertengahan tahun 2010...dan pada awal tahun 2011,nama blog ini berubah lagi dek satu tragedi yang berlaku dalam hidup aku...maka pada pertengahan Januari 2011,Coretan Rasa Aiman Smkpm dikuburkan dan ku lahirkan Jejak Aiman Smkpm...Tapi Semangat aku masih lagi hilang...puas sudah ku mencari...ku tinggalkan pesan...ku kirim mesej...agar dapat ku temui ....dirimu umpama sebutir permata...yang bersinar....Itu kata AXL’S...Tapi yang aku mahu ...satu jew ...semangat aku...Kembalikan semangat aku....
Ya Allah..Ya Tuhanku..
Kembalikan lah semangat aku
Untuk aku mencoret blog...
Untuk aku tumpukan
Pelajaran aku kat UniSZA ini...
Ya Allah...Ya Tuhanku..
Aku meminta kepada Mu...
Kerana Engkau tempat ku meminta..
Aku merayu kepada Mu..
Kerana Engkau tempat ku merayu..
Aku berdoa kepada Mu...
Hanya kerana Engkau...
Maha pemberi...Maha Pengasih...
Hanya Kerana Engkau...
Yang Mampu Memberi Semangat..
Amin...Yarolbal-alamin..

Label